Friday, April 18, 2008

Membuat Keputusan!

Salam!



Ini la kali pertama sy menghadapi situasi yang pelik macam ni. Pada hari sabtu bersamaan 26 april, sy seharusnya menghadiri majlis perkahwinan kakak saya. Sy mau menyertai hari yang penuh bermakna ini, bermula dari pemberkatan di gereja sehinggalah majlis makan2 di rumah selesai sebelah malamnya. Bermaksud, saya mau terlibat secara langsung dalam kebahagiaan kakak saya, dan sebagai sokongan kami adik beradik kepada dia ni yang manis rupawan.


Pada tanggal 25 april, saya akan membuat presentation untuk final year project yang sangat menyakitkan hati ini. Dan saya akan membuat presentation itu pada sebelah petang! Jadi, masalah sekarang yang timbul ialah,





  1. Saya masih berada di Kuantan pada sebelah petang 25 april.



  2. Saya harus berada di Tuaran pada sebelah pagi 26 april.


Selepas menghabiskan presentation pada 25 april, sy cuma ada masa sepanjang malam untuk perjalananku.




Untuk meninggalkan kuantan, saya cuma ada dua pilihan iaitu menaiki pesawat MAS atau menaiki bas. Menurut laman web MAS yang sempat ku tengok sebentar tadi, pada 25 april, suma tiket telah sold out!!











Benda2 macam ni la yang selalu menjadi mimpi buruk kepada banyak orang, iaitu tidak dapat menyertai aktiviti khas dan istimewa dengan orang2 yang tersayang.









Sekarang yang tinggal hanyalah pilihan untuk menaiki bas dari kuantan ke kuala lumpur. Tapi setakat ni, saya belum sempat lagi untuk melihat peluang menaiki bas. Belum beli tiket belum tengok tiket dan segala.




Bagaimana pula saya membuat keputusan untuk pulang ke Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur? Saya cuba merujuk kepada kedua2 penerbangan yang ada iaitu MAS dan AirAsia. Saya tau bahawa perjalanan menaiki bas mengambil masa sehingga 4 jam dan itu memberi saya kurang pilihan untuk pemilihan jalan saya yang seterusnya.





Naik MAS ka atau AirAsia?





Yang menjadi pening kepala lagi ni ialah perjalanan ku dari tempat bas berhenti ke airport. kalo saya naik bas dari Kuantan, saya akan berhenti di Pekeliling atau Pudu pada pagi hari yang sangat hening. So, how in the world saya boleh gerak dari tempat2 tersebut ke airport pada jam yang sudah hening itu?



Sy andaikan macam ni lah.


Kalo sy ambil penerbangan paling awal guna MAS, saya akan sampai di Kota Kinabalu pada 6.35 pagi. At least, saya ada banyak masa untuk bersiap sedia dan segala.


Kalo sy ambil AirAsia paling awal pula, sy boleh sampai jam 9.20 pagi.


Ini bermaksud, lebih baik saya ambil yang MAS tu kan. Namun, bagaimana saya dapat bergerak dari perhentian bas ke KLIA? Berapa tambang teksi/bas/ kenderaan lain2 yang beroperasi pada awal pagi subuh itu? Walaupun duit bukan masalah sangat, tapi bgerak dalam keadaan begitu buat saya seram. Seram dengan orang jahat.



Muka jahat yang menakutkan.

No comments: