Tiada masa mau update.
Beberapa waktu ini, banyak juga hal berlaku.
Gempa Bumi
Sedang saya bosan-bosan menonton Project A di Tv2 hari tu, tiba-tiba saya merasa ada pegerakan yang berlaku pada bangunan hotel. Seram juga rasa saya, dalam kepala cuma pikir mau lari saja. Sudah la stay 6th floor hotel, guyang-guyangan bangunan hotel itu membikin ku seram. Nasib baik tiada tingkap hotel yang boleh buka masa tu, kalo tidak, ada la berita manusia sia-sia terjun dari hotel tu.
Konvokeysen
Akhirnya.
Pada tahun ke 5 pengajian, baru la saya dengan rasminya menjadi pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Punya la lama rasa penderitaan dalam siri-siri kehidupan pelajar yang mencabar.
Kursus susah kata orang.
Kursus mahal lagi.
Saya menaiki Keretapi Tanah Melayu dari Perlabuhan Klang menuju ke KL Sentral. Saya saja mau cuba ini transport, sama ada syok ka dia, sama ada relevan ka dia, suma saya nilai. Saya bagi rating bagus juga la untuk transport ni. Haha, teruja orang asli.
Sampai KL Sentral, saya terus naik itu monorel macam biasa. Tapi hari itu, saya emosi sket la, mentang-mentang mau grad.
Ada dua orang perempuan buta masuk, lalu berdiri sebelah pintu. Bangla muda sebelah saya terus berdiri dan meng’offer’ tempat duduk. Satu orang itu duduk. Saya mengelongsor ke tepi lagi buka tempat duduk sebelah saya, lalu mereka berdua pun dapat duduk.
Saya pula menjadi emosi lalu mensyukuri keberadaan saya, ciptaan yang berbeza, ada lebih dan ada kurangnya, dalam segenap satu hal.
Lagi satu orang buta masuk lalu duduk row sama saya lagi, hujung sana.
Aduh, Satu itu peringatan.
Dua itu amaran.
Tiga itu SAH!
Lagi satu OKU duduk sebelah saya.
Empat? CheckMate!
Klang
Tempat ini pelik la rasa ku.
Mungkin saya ini yang disoriented melihat bangunan tinggi banyak-banyak. Tidak dapat saya menyerap keadaan muka bumi dan alamat dan mengambarkan peta daerah Klang ini lagi.
Banyak orang bekerja dan hidup di kawasan ini. India Cina Melayu Sabahan Sarawakian Paskitani Bangladeshi Filipino China Indonesian Vietnamese Thais suma pun ada. Taraf hidup tinggi, wang rm2000 cukup-cukup untuk satu orang, tempat makan banyak, tempat urut banyak, tol mahal, jalan tidak tentu miss satu junction pasti merana, dan sebagainya.
Memang pelik la Selangor ni. Bangunan cantik-cantik di banyak tempat, design futuristik, jalan raya suma orait-orait dan best-best. Tapi perangai pemandu pelik-pelik, penunggang motosikal pun tidak pikir panjang semasa di jalanraya, semua ikut sedap saja. Pemandu-pemandu lori pula gila, tidak kisah orang lain yang bawa kereta yang lebih kecil. Macam komplen Dr. M hari tu, “ Saya da pegi banyak tempat dalam dunia, tapi pemandu d Malaysia yang paling degil bawa paling laju”.
Itu hari bos besar datang melawat site, so kami orang pegi ambil dia jalan2 tengok site. Bila da petang, dia pun balik mencari hotel la. Petang tu ngam2 lagi jam orang habis kerja, so jalan sangat sesak gila. Mula2 pegi hotel crystal crown, tapi da penuh. Dia merungut2 da. Then kami pun mencari hotel lain di bandar klang sana.
Sambil layan dia merungut-rungut, kami pusing2 cari jalan pegi hotel satu lagi tu. Jalan da la sesak, tensen dibuatnya. Rasanya polis trafik di daerah klang saja yang bertugas kawal lalulintas di seluruh Malaysia ini. Suma simpang pun ada polis trafik melambai-lambai tangan mereka suruh kereta bgerak. Yang lagi pelik, manusia-manusia yang bkerja di daerah ini la. Macam mana boleh hidup dalam suasana sesak ini macam pagi-pagi da trafik jem, petang-petang pun trafik jem. Sesak sungguh.
Banyak tu bos saya merungut, meleter, mengkomen dan menyanyi kerana kereta kami tu asyik2 salah masuk jalan. Apa boleh buat, driver pun sama2 dari Malaysia Timur. Salah sikit, da termasuk flyover. Silap sket da takda jumpa simpang masuk. Lalai sket, da tpaksa pusing dua kilo meter cari jalan u turn. Walaupun bangunan sebelah saja, tapi yang malangnya, jalan masuk memang tidak ada, malah terpaksa guna jalan yang kita tidak terfikir boleh guna. Ganjil.
No comments:
Post a Comment