Monday, March 7, 2011

Telemarketer Bikin Panas

Lagi-lagi saya kena.

Apa la nasib badan ni. Kenapa ramai sangat manusia yang boleh dapat maklumat kad kredit saya ni? Hairan betol.

Yang pertama kali saya dapat call dari seorang perempuan, saya belum ada lagi kad kredit itu dalam tangan. Bank pun belum call saya lagi untuk beritahu bahawa kad kredit saya da siap dan suruh ambil. Tapi itu orang telemarketer da pula dulu telefon. Panas betul hati rasa. Suruh dengar ini itu tipu temberang dia yang panjang lebar.

Bikin panas hati la itu orang yang jual itu maklumat kita sebarangan.

Yang kedua pula call. Temberang ini itu begini begitu tipu temberang dia cakap banyak woo.

Sejak dari itu hari saya tidak lagi terima masuk panggilan kalau nombor Selangor punya ( 03 ). Banyak juga saya tidak sambut mula itu jam. Tapi baru-baru ni saya terpaksa sambut sebab saya ada apply kerja kat selangor. tapi malang sungguh kerana itu manusia ialah cik telemarketer lagi. menyampah betul.

menyampah betul laaa...

No comments: