Sunday, July 29, 2012

Telemarketing Scam

Sudah banyak aku layan mereka ni.

Da banyak kali juga wang lesap terkena dengan mereka ni. Kerana mereka hanya mahu anda berkata ya, dan ya akhirnya memotong sejumlah wang dari kad kredit dan sebagainya.

Aku tidak puas hati, terutama sekali dengan maklumat kad kredit yang kini sudah berlegar-legar sekitar pengusaha-pengusaha telemarketer berkaitan perlancongan, insuran dan sebagainya.

Pada pertama kali aku terkena panggilan telemarketer ialah pada ketika pertama kali mendapat kad kredit dari sebuah cawangan bank di Malaysia. Entahlah, aku tidak pandai bercerita, biarlah aku menulis dalam urutan jajaran masa kejadian. Tapi perincian masa aku tidak ingat, cuma urutan acara saja yang aku mampu beri.

1. Buat permohonan kad kredit.

2. Tidak lama kemudian, buat panggilan untuk periksa status. Keputusannya dukacita GAGAL.

3. Aku tak peduli la selepas itu, kerana memikirkan aku tidak perlu kad kredit segala.

4. Entah tidak lama kemudian mungkin juga berselang sebulan, seseorang dari pihak bank yang sama telah menawarkan untuk membuat kad kredit untukku. Aku rasa diri ini dan mereka BANGANG kerana ketika aku pohon, mereka telah gagalkan. Sekarang sibuk-sibuk mencari pelanggan untuk membuka kad kredit. Tapi aku beri segala maklumat, dengan harapan permohonan kali ini diluluskan.

5. AKU BELUM DI TELEFON OLEH PIHAK BANK UNTUK AMBIL KAD KREDIT.

6. Suatu hari, seseorang menelefon bercerita tentang 'jadi member kelab' dan banyak perkara lain lagi seperti insuran, voucher dan lain-lain. Kemudian dia bertanya tentang kad kredit aku. Aku naik hairan, aku tak ada kad kredit lagi kerana belum ambil dari bank. Aku bagitahu aku mana ada kad kredit. Kemudian dia membacakan suatu tarikh luput dan nombor kad kredit kepadaku, sebagai pengesahan. Aku masih belum pegang dalam tangan lagi kad itu, dan itu bikin aku panas hati. Dia akhirnya mengalah dan menamatkan panggilan.

7. Dari kejadian itu, aku telah menelefon pihak bank dan bertanyakan status kad kredit. Operator telefon itu mengesahkan bahawa permohonan kad kredit aku telah lulus, dan siap untuk diambil dari cawangan bank berdekatan.

8. Betapa bangang aku merasa diri ini. Seawal itu, pihak berkepentingan sendiri telah menjual maklumat pemegang kad kredit kepada telemarketer. Itu manusia tiada integriti.

9. Aku telah mengambil kad dan kini berada dalam simpananku.

10. Bertubi-tubi panggilan masuk telemarketer nak jual macam-macam. Insurans la, member kelab la, dan aku selalu juga terima jawab YA. Betapa bangangnya aku. Wang lesap begitu saja.

11. Sehinggalah sampai suatu tahap aku tidak akan menyambut telefon dari nombor yang akut tidak kenali, dan terutama sekali daripada nombor telefon Selangor (+03), kerana logik akal tahu banyak syarikat telemarketer berpusat di negeri itu.

12. Dan berlanjutan sehingga kini aku semakin hebat. Jika itu orang mau jual barang, memang aku bagi dia cakap sendiri. Telefon aku letak kat tepi biar dia cakap macam-macam. Dia akan call lagi dan lagi dan lagi. Tapi aku bikin itu hal juga. Baru dia merasa.

13. Baru-baru ini aku telah terima sebuah panggilan dari SERVICE CARD CENTER. Ya, itu yang mereka gelar. 


13a. Dia bermula dengan bertanyakan perihal katalog redeem point sudah sampai atau belum ke alamat yang diberi. Bunyi macam dari pihak bank saja.


13b. Kemudian dia memberi banyak nasihat dan kata-kata, contohnya, jangan dedahkan nombor keselamatan kad kredit la, pihak bank akan memulangkan wang jika pernah kena tipu la, selepas ini tiada panggilan masuk dari telemarketer la. 


13c. Hujung-hujung dalam 15 saat terakhir perbualan, dia sebut perihal wang rm599.00 dan berjaya membuat ku berkata YA. Di sambungkan kepada seseorang kononnya pengurus, dan berjaya membuat ku kata YA.


13d. Dia mengucapkan terima kasih kerana berminat dengan produk Anonymous99 lalu memutuskan perbualan, pantas dalam 5 saat macam tu.


14. Aku merasa pelik, kerana habis diputar belit fakta selama 15 minit (itu tertera dalam telefon). Lalu ku menghubungi hotline bank.

15. Sejurus kemudian aku bercakap dengan Pegawai bertugas. Selepas pengesahan segala, dia memeriksa akaun kad kredit ku. Ya, tertera ada percubaan pembayaran dari kad kredit tetapi mengejutkan aku, kerana perincian yang tertera di sana menurut si Pegawai tadi, adalah Insuran bank Hong Leong.

16. Cilanat aku rasa manusia-manusia itu. Untungnya percubaan tadi GAGAL. Kerana aku kelat membayar hutang kad kredit, jumlahnya kini dah bertimbun nyaris mencapai siling. Hihi. Suka hati aku la kawan... Si Pegawai tadi menerangkan untuk tidak terperangkap dengan telemarketer yang semakin canggih setiap hari dan aku bersetuju.

17. Beberapa minit berselang, si telemarketer menelefon masuk untuk membuat pengesahan kedua  kali. Dia bertanya samada tarikh luput dan nombor kad itu adalah sama.

18. Berikut perbualan singkat yang aku ingat:

Dia  : Saya En. Yazid pegawai operasi ingin membuat pengesahan kad kredit encik sebentar tadi. Adakah tarikh luput pada kad encik ialah 05/14?

Aku : Apahal tu? Tak boleh guna ka? Dah decline la tu.

Dia  : Saya cuma ingin membuat pengesahan saja encik. Encik ada guna kad kredit dari bank lain?

Aku  : Tiada, cuma itu saja. Memang la decline, sebab aku tak bayooo...da sampai maksimum.

Dia   : Ooh ye ke encik. Tak..tak cuma nak pengesahan je.

Aku  : Apa boleh buat. Aku tak bayoorr. Dah decline.

Dia   : Tak encik cuma nak pengesahan jerr..


19. Selang beberapa hari panggilan masuk dari AirAsia collaboration dengan AIA Insurans. Dia nak hantar catalog tapi tak tau bagi ke alamat mana, so dia nak aku bagi. Aku senang la cakap aku tak hengat. Dia panass jeeeerr. "OK BYE!".

20. Selang berapa hari ada pula lagi cakap mandarin telefon masuk. Aku ada belajar sket itu bahasa, jadi aku tahu la.

"Hello, Ni chiang huayu ma?"  Adakah patut orang telefon masuk tanya kita 'bertutur bahasa cina kah?'.

Lalu ku jawab, "NO no no."

Kemudian dia translate, "do you speak chinese".

Ku tetap jawab "no no no".



Bencinya banyak telemarketer nak menghapus wang aku saja!


No comments: