Friday, April 12, 2013

Banjir Jalan Raya Telipok

Banjir Jalan Raya Telipok

Ini adalah antara bencana yang terhasil daripada pembangunan kawasan perumahan flat sekitar sini. Kadar pengaliran air hujan tidak dapat ditampung oleh longkang akhirnya melimpah keluar ke jalan raya. Dahulu, kawasan ini sekitar jalan ini memang rendah, oleh itu air dengan mudah keluar dan berkampung ditempat lain.  

Apabila pembangunan sudah mengambil tempat, kawasan rendah ditimbus dengan tanah sebagai tapak pembangunan flat. Akhirnya, ia menyusahkan saya duduk menunggu sejam dua dalam trafik menunggu air surut. 

Mungkin ada tiga kali saya terkena situasi ini. 

Pertama, nak hantar adik ke sekolah asrama di MRSM Kinarut. Petang itu hujan lebat, dan esok nak buka sekolah. Kami telah tersangkut didalam trafik selama sejam lebih kereta sesak nak naik Kota Kinabalu tetapi jalan putus sebentar. 

Lagi kali kedua dan ketiga, tengah seronok bawa kereta laju-laju balik kerja dari Kota Kinabalu, tiba-tiba mula perlahan di Telipok dan berhenti sepenuhnya sejam menunggu air surut. Sesudah sedikit surut, air diredah dan pelbagai pemandangan pelik berlaku disekitar, seperti GEN2 tenggelam air masuk longkang besar, kemalangan kereta langgar belakang dan kereta naik pembahagi jalan. 

Hujan sikit da mau banjir, foto jadi bukti.




No comments: