Monday, January 10, 2011

Bayi Bongkok

Cara biasa dulu-dulu
Malang buat orang-orang yang badan mereka tidak tegak akibat kesilapan ibubapa mereka dahulu. Jadi, buat ibubapa yang masih mempunyai anak-anak  kecil dan mengamalkan pengunaan buaian seperti dalam gambar, anda perlu berhati-hati mulai sekarang.

Bongkok adalah perkara yang kita tidak jangka dan pasti tidak disukai jika memilikinya. Mungkin ada banyak perkara yang menyebabkan bongkok ini terjadi, misalnya kekurangan susu untuk pembentukan tulang dan sebagainya.

Namun, inilah peringatan yang harus diberikan kepada ibubapa yang mengamalkan buaian kepada bayi mereka.

 PASTIKAN BADAN ANAK ANDA DALAM POSTUR YANG BETUL SEMASA TIDUR.

Mungkin ramai orang tidak tahu, bahawa tumbesaran manusia biasanya sangat aktif ketika manusia sedang tidur. Bayangkan bayi-bayi anda dalam keadaan bongkok ketika tidur dalam buaian, maka pembesaran tulang mereka juga pasti akan mengikut bentuk itu, sehinggalah pada suatu peringkat, tulang sudah benar-benar tidak dapat dibentuk lagi.

Beringatlah wahai ibubapa, tulang anak anda juga tanggungjawab anda.

2 comments:

gunsirit said...

Sya pun ada bungkuk-bungkuk sikit oo bos. Hahaha..pa buli buat..

remsauce said...

Haa!

Tidak apa la tu tuan. Begitu la kejadian, tiada apa buleh buat juga. Yang penting, berusaha!