Tuesday, January 24, 2012

Durian Busuk

Kenapa kita pesimis dengan durian? Sedap wei.

Ada kemarin saya hantam sebiji durian makan berulas-ulas. Lepas siap makan, kepala macam jadi migrain, terus saya rasa mau tido. Tengah tido-tido itu, saya rasa badan semacam panas, perlu minum air cap badak. Bila sudah habis ngantuk, bingkas bangun dan duduk mamai sebentar. Perut rasa bergas, dan bila sendawa terasa gas durian yang tajam muncul dari dalam.

Betul kata orang, durian buah bikin panas badan. Kalo minum makan benda berkategori panas lagi, terus memang meletup la jawabnya.

Saya mau cerita harga durian dijual di Tuaran.

Saya tau itu durian kena angkut dari daerah Ranau, dan bila sampai Tuaran, harga sudah berbeza. Rm 20.00 sekilo geng. Mau mampus saja rasa bila dengar itu harga banyak tinggi. Dulu-dulu saya banyak makan durian semasa dalam pengajian di Pahang. Murah saja la. Bekalan banyak, harga turun.

Tapi Tuaran sini, memang sudah jadi kategori karut. Kenapa Rm20.00 sekilo?

Baru-baru saya ada pegi daerah Ranau sana, sekitar Matupang, Nabutan dan Paginatan, atas urusan kerja. Daerah ini semua terletak dalam laluan jalan utama KK-Sandakan. Saya sempat juga bercerita dengan penduduk sana, perihal raja buah macam-macam.

Maklumat yang saya dapat ialah, pengeluaran durian daerah Ranau adalah dari sekitar sana, harga dalam Rm7.00 sekilo saja. Peraih, pembekal datang berlori-lori memborong raja buah ini, dari seluruh Sabah, naik pegi ini daerah, dan beli dari penduduk kampung.

Perghh! Kau lihat sendiri beza harganya itu, Rm20 lawan Rm7. Untung gila wei.

Tapi, bila kita lihat topografi negeri Sabah, memang benar, pengeluaran raja buah ini sangat terhad. Semua orang sibuk menanam getah, semua orang sibuk menanam kelapa sawit. Kalo tidak jual mahal, tiada la untung. Lagipun raja buah adalah tanaman bermusim. Silap tahun, tidak ada buahnya.

Tapi apapun, saya rasa agak untung.

Bapa masih punya tanah, tanah yang bakal kami warisi. Sanalah punca buah-buahan kami. Ada rambutan, langsat, nangka dan durian. Rambutan makan fresh, kau jolok, kau kupas, kau makan, on da spot. Durian pula, sudah dua musim  dia berbuah, maklumlah muda lagi. Ditanam dalam tahun 2004 gitu.

Itulah tanah. Kau berbudi dengan tanah, tiada ruginya. Jika saya ada tanah, saya pasti tidak akan jual. Kerana ia umpama memiliki sebahagian daripada bumi ini secara sah. Kau lihat buah durian dan rambutan kami yang fresh ni.



Kalo kamu jual kepada saya durian Rm20.00 sekilo lagi, saya tidak layan. Lebih baik saya tunggu setahun sekali raja buah jatuh dari pokok sendiri.

Kau lihat itu durian, benar saya bedal semua sekali berseorangan, dan saya rasa sudah cukup kuota untuk tahun ini. Walau durian busuk, kau tetap nombor satu!

Nombor Kereta Bersiri

Ha! Sudah dapat semua.

Siapa lagi manusia yang ada aktiviti macam ni? Susunan nombor menurut 'sabxx4g' to 'sabxx5g' to 'sabxx6g'. Tidak juga lama saya kumpul ni, kurang juga setahun. Tapi yang penting ialah anda harus selalu merayau sekitar kota. Dan ditambah dengan nasib yang baik.

Berikut adalah yang saya telah kumpul.






Terbaek! Sekian.