Apabila pikir pasal Dusun, semua orang akan kata, "owh, diorang ni pemabuk. Kaamatan dorang mabuk, tahun baru dorang mabuk, krismas dorang mabuk, tahun baru cina dorang mabuk, hari raya aidilfitri dorang pun mabuk juga."
Tapi yang sebenarnya, pada zaman ini, suka mabuk atau tidak itu kini adalah menjadi keputusan individu itu sendiri. Disebabkan banyak pengaruh pada era kini seperti pekerjaan, agama, penyakit dan cara hidup, banyak individu juga telah menyerah diri daripada mengambil benda-benda yang pelik ini. Mungkin pada zaman dulu, kehidupan bangsa itu amat mudah, seperti bertani dan menikmati kegembiraan dunia. Tetapi senario kehidupan hari ini memaksa banyak individu untuk lebih serius kepada kehidupan dan memanjat keluar dari celah-celah sempit globalisasi.
Namun post kali ini, berkisarkan benda-benda pelik minuman mabuk milik penduduk asal Borneo Utara sekalian.
BAHAR / TODI
Mengambil nira kelapa |
Bahar Sabah |
Todi |
http://www.flickr.com/photos/yuzzie_mit/3905713618/
http://thirstyblogger.my/2009/07/23/toddy-ah-brickfields-la/
LIHING / KINOMOL / SEGANTANG / KINARUNG / KINOPI / LINAHAS / TAPAI / TUAK
Minum dari bekas tempayan |
Rasa lihing juga berbeza-beza mengikut kepakaran pembuat masing-masing. Ada yang sangat manis, ada yang masam, ada yang sedang masam sedang manis. Ikut suka la pembuat dia mau bikin apa macam. Saya pernah bersarapan di rumah kawan Sarawak sana, dengan minuman tuak sebagai pembuka selera. Aihh! Baru jam sembilan pagi la kawan.
http://www.flyingdusun.com/004_Features/038_lihing.htm
MONTOKU
Ini minuman yang paling kejam. Ia terhasil daripada proses penyulingan tapai, bahan beras tapainya dimasak, wap yang terhasil dikumpul dan disalurkan masuk ke dalam bekas. Minumlah dari bekas itu, dan anda akan mabuk dengan pantas. Entah mengapa montoku mempunyai kekuatan yang begitu menakutkan, mungkinkah alkohol yang terhasil tidak diberi rating atau macammana.
Itu jam saya di keramaian orang disekitar Sabah, saya kena sorong dua gelas montoku campur oren. Terus mau 'peng'. Time tu lagi underage. Lembu punya orang yang pegi sorong gelas tu.
Kesimpulannya, kalau anda mau minum mabuk, suka hati kamu la. Jangan sampai porak poranda keluarga dan komuniti sekitar anda.
Saya sudah jarang telan benda-benda pelik ni kerana mau jaga kesihatan badan. Itu hari check darah dan air kencing, ada tanda-tanda kena penyakit dalam tempoh 20 tahun lagi. Semua serba tidak kena.
3 comments:
Hi Abang Ray, lama sudah tidak dengar brita ko... Oh ya, nanti bulan 12, dexter mau buat reunion dirumah dia tu... Mari datang... Oh ya, sya follow ko punya blog, follow sya juga bah... huhuhu...
yala mosepa. mana rumah dia dexter tu? kalo dpt pegi,mau jg pegi.
Mana saya boleh cari bahar. Saya di gayang sepanggar
Post a Comment