Bukan la mau tunjuk baik.
Tapi mau kongsi sikit cerita lebih kurang macam hal pelajar sekalian.
2003
Itu tahun 2003 saya study di Labuan Pulau Arak Rokok murah. Selepas keluar dari sekolah menengah, saya terus sambung belajar pegi itu Matrikulasi Labuan. Boleh kata, itu dua semester merupakan masa yang paling gila buat para remaja bijak pandai bakal2 pelajar universiti. Banyak perkara yang remaja mau lakukan, sebenarnya boleh tercapai dalam tempoh ini. Bayangkan, umur para remaja yang baru mencecah 18 tahun dan baru menamatkan zaman sekolah menengah. Apabila mereka ini termasuk ke zaman peralihan dewasa, semua jadi gila!
Banyak pelajar yang bermotivasi, terus dapat menjaga fokus mereka kekal kepada objektif nombor satu, iaitu belajar dan menamatkan pengajian matrikulasi. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir manusia yang terkejut melihat kepelikan dunia baru lantas mereka terumbang-ambing, antara mau antara tidak. Maka, wujudlah aktiviti kurang sihat seperti kewujudan kelompok-kelompok pelajar ( gangsterisme ), kaki keluar malam ( curi keluar ), mencuri dan sebagainya.
Ada banyak juga kes pelajar matrikulasi memanjat pagar asrama pada malam hari, lalu meghilang ke bandar, menyewa hotel-hotel murah beramai-ramai dan bergembira di dalam pub disko, lelaki dan perempuan. Yang the best part pula tu ialah, ini LABUAN. Wang pun cukup mau beli arak-arak murah sekalian.
Aktiviti sumbang lelaki dan perempuan jangan cakaplah. Siapa yang berkasih sayang masa tu, sangat jarang yang tidak menyewa bilik untuk bikin perkara luarbiasa. Dan walaupun tidak berkasih sayang, ada juga menyewa bilik untuk aktiviti sumbang suka-suka.
Bukan mau tuduh pelajar matrikulasi sebagai hantu 100% dalam cerita ini, kerana terdapat juga pelajar UMS cawangan Labuan yang turut gila membikin perkara-perkara luarbiasa begini.
2008.
Itu tahun saya ikut projek di Bintulu, dan ditempatkan serumah dengan sekumpulan welder. Salah satu orang welder itu kononnya kenal dengan abang saya selepas melihat gambar keluarga saya dalam wallpaper laptop.
" Itu la yang kami pegi pukul dulu d Labuan tu", kata dia.
Walaupun saya rasa pelik, tapi mungkin sebenarnya ada kebenaran tersembunyi. Time frame yang kami bercerita ada la berlatar belakang pada tahun 2003 dan 2004 menurut projek yang dia ceritakan. Pada tahun itu, memang benar abang saya ada bekerja di Labuan. Suatu hari, abang saya telefon rumah, dan memberitahu mahu berhenti kerja segera tergesa-gesa. Sehari atau dua hari kemudian, dia pun da sampai rumah berangkut semua barang.
Si welder tadi juga bercerita pengalaman di Labuan la yang paling menarik. Katanya, banyak malam dia akan memandu motosikal ke tepi pagar asrama matrikulasi perempuan, menunggu perempuan memanjat keluar sebelum mereka berdua menuju ke hotel-hotel yang berkenan di hati. Pelajar melacur cari duit makan.
" Kesian juga la, mau cari makan punya hal", kata dia dengan sedikit sedih.
2010
Ada satu orang pekerja bercerita tentang projek lepas mereka di Klang sini. Biasanya selepas mendapat gaji awal atau pertengahan bulan, mereka ini akan merayau ke tempat-tempat pelik, dan salah satu adalah tempat pelacuran. Memanglah aktiviti begini tidak begitu jelas, kerana nama pusat-pusat ini biasanya beroperasi di bawah nama Pusat Urut Kesihatan atau Spa. Tapi aktiviti yang wujud, jangan cakaplah.
Jadi, dia bercerita mengenai aktiviti mereka ini. Katanya, banyak juga pelajar yang terlibat dengan pelacuran, umur pun dalam 20an saja. Ada juga pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di sekitar lembah Klang turut sama menjana kewangan dari aktiviti gila ini. Kononnya, melalui aktiviti itu, mereka boleh menjana wang yang lebih dari cukup untuk makan dan sewa kediaman. Gila memang gila.
Kesimpulannya, kalo engkao tanya pada ku, betul ka pelajar Institusi Pengajian Tinggi ada melacur untuk tampung study, terang-terang saya setuju dan berkata 'memang betul'.
Dan kamu tahu apa yang bodoh?
Bila mereka ini sudah graduate hasil daripada 'rasuah diri sendiri', banyak yang mau kerja dengan kerajaan. Sikap mereka itu terbawa kepada etika kerja mereka nanti. 'Rogol' saja semua peraturan. Telan saja semua rasuah. So, sampai bila korupsi?
Yang pegi jadi cikgu tu, tidak tau la kalo kamu mampu didik benda bermoral kepada murid-murid. Semua jadi korupsi.
2 comments:
Sometimes this thing do happen unfortunately, ada yg mau duit extra dan ada yg sebab memang terpaksa..mungkin lah kan..
Ada juga yang bergadai maruah dengan boifren. Boyfren jd suami express tukang tanggung makan minum si perempuan, dan mereka bikin perkara sumbang pun tiada hal punya.
Ini masalah ni, jenis berantai punya. Tidak akan putus. Mula-mula, datuk-nenek dia bikin. Dan ada anak dia bikin mcm tu nnt, dorg ckp " kta pun mcm tu jg dulu2". Itu anak bla besar, kawin dan beranak, bila itu anak dia bikin tu macam, itu ibubapa cakap " kita pn macam tu jg dulu2". Begitu la seterusnya sampai akhir zaman.
Post a Comment