Wednesday, December 31, 2008

Tutup Akaun 2008

Tutup Akaun 2008!

Apa perkara yang paling saya ingat sepanjang 2008. Cuba tengok.

Terbang ke sini sana.

1. Januari: Kota KInabalu – Kuala Lumpur

a. Pegi sikul d Pahang, buka semester baru.

2. March: Kuala Lumpur – Kota Kinabalu

a. Abang pegi kawen.

b. Cuti 5 hari.

3. March: Kota Kinabalu – Kuala Lumpur

a. Sambung sikul beberapa minggu.

4. April: Kuala Lumpur – Kota Kinabalu

a. Kakak pula pegi kawen.

b. Cuti seminggu.

5. May: Kota Kinabalu – Kuala Lumpur

a. Sambung sikul sekejap lagi.

6. May: Kuala Lumpur – Kota KInabalu

a. Abis semester.

b. Balik cuti satu minggu.

7. Jun: Kota Kinabalu – Miri

a. Mo pegi praktikal di Miri konon.

b. 3 bulan di Miri sebelum kena buang p Bintulu.

8. Dec: Miri- Labuan

a. Kena halau dari Sarawak.

b. Lari pegi Labuan.

c. Tinggal Labuan inn.

9. Dec : Labuan – Miri

a. Masuk Sarawak lagi.

b. Extend lagi duduk negeri orang.

10. Dec: Bintulu – Kota Kinabalu

a. Balik bercuti ke rumah.

b. SAmbut krismas di rumah.

c. Seminggu yang recharging.

11. Dec: Kota Kinabalu – Bintulu

a. Masuk kerja balik.

b. Masih guna alasan ‘Praktikal’.

c. Sepatutnya guna permit kerja.


Beli buku buat menghibur dan menguji minda.

1. You Are Creative by Dr. Yew Kam Keong

2. Trump: The Art of The Deal by Donald J.Trump with Tony Schwartz

3. Land Below the Wind by Agnes Newton Keith

4. Mind Stretching Puzzles by Terry H. Stickels

5. Math Logic Puzzle by Kurt Smith

6. World’s Most Amazing Puzzle by Charles Barry Townsend

7. Math Puzzle for the Clever Mind by Derrick Niederman

8. The Magical Math Book by Bob Longe

9. Check Your IQ by Ken Russel & Philip Carter.

Berjumpa dan dengar banyak bahasa.

1. Dengar dan cuba belajar bahasa Iban. Boleh la guna bahasa yang paling simple untuk kegunaan sendiri. Boleh faham pada pendengaran, tapi tidak tahu cakap.

2. Pertama kali dengar perbualan orang Kayan/ Kenyah. Sesuatu yang berbunyi luar biasa. Ada tune tersendiri.

3. Pertama kali dengar orang berbual bahasa Melanau versi Bintulu. Kononnya tidak sama bunyi dengan Melanau Mukah dan sekitar sana. Apapun, saya memang tidak paham.

4. Pertama kali dengar perbualan orang Foochow. Langsung tidak familiar pada pendengaran sebab langsung tidak pernah dengar. Saya tau itu Foochow sebab orang kata dorang bercakap Foochow.

5. Cuba mendalami ilmu percakapan Cina Mandarin, namun kurang berjaya. Boleh menangkap sedikit sebanyak perbualan dalam Mandarin sebab saya sendiri ada ulangkaji di bilik. Bahasa Mandarin yang ‘kurang sopan’ pula banyak di serap, sebab kawan2 cina tu suma tidak waras.

6. Pertama kali dengar orang berbual dalam bahasa Hakka, tapi saya dengar bunyi tu macam bahasa korea pula. Sy tidak tau tapi orang bilang itu bahasa cina hakka.

7. Cuba mendalami ilmu percakapan Melayu Sarawak, tapi selalu tersasul rojak dengan Iban. Susah mau maintain sebab hidup diantara banyak bahasa.

Wednesday, December 24, 2008

Penemuan : NOmbor Telepon Lama

Pernahkah anda terfikir lalu bertanya kepada diri sendiri,

atau bertanya kepada orang lain,

atau bertanya kepada sesiapa saja, persoalan macam ni:

Apa yang terjadi kepada nombor telefon lama ku yang telah ter'deactivate' kerana tidak digunakan selama beberapa bulan?

Pada suatu hari, saya telah mendail sebuah nombor lama seorang rakan yang telah lama terdeactivate. Bila saya kol nombor tu, ada bunyi 'beep beep' menandakan nombor itu aktif. Itu buat saya hairan, lalu serta merta saya tutup.

Beberapa minit kemudian, ada orang kol balik, bertanya samaada saya ada kol tadi ke nombor 016815****. Saya kata ada, dan saya kata salah nombor. Saya dapat cam suara tu macam suara orang bukan local sabahan. Pasti.

Then dia pun hang up.

Esok harinya, saya buat kajian lagi. Saya minta nombor seorang rakan yang lama sudah terdeactivate. Saya kol nombor tu, dan ada orang perempuain jawab. Saya buat dialog kononnya cari orang, tapi perempuan itu tidak kenal. Lalu saya kata salah nombor. Pasti.

Saya buat kesimpulan sini,

Nombor henpon prepaid yang telah terdeactivate, akan di recycle diguna pakai semula dan dijual kepada masyarakat.

Sekian. Kamu cubalah sendiri.

Tuesday, December 16, 2008

Oil & Gas : Design vs Fabrication vs Processing

Oil & Gas : Design vs Fabrication vs Processing

So, there are several fields of oil and gas job opportunities.

Another field in the oil and gas industry is the design field. These companies were called as the consultants, and their main purpose is to design, calculate, perform analysis and consult the fabricators in several matters.

In construction or fabrication field, the sequence of project development goes like this.
First, there is a client who wants a new, or to expand oil and gas facilities.
The client will seek for the best consultant + best price. In Malaysia, it is very obvious that MMC is the best oil and gas consultant.

Several consultants will bid the project (to design the facility) and give their best shot to get the tender.

Once they get the tender, they will start the management team, engineering team, design team and so on. The consultants will start the designing within the client’s desired period.
The design will always consist of several engineering in different fields, such as mechanical, piping, rotating machine and instrumentation.

Of course piping engineering is the main lead here, because of their direct requirement to oil and gas. Piping engineers will need to provide details of pipes to be used. They will need to calculate the right thickness for pipe, for the pipe specific purpose, whether it is chemical flows in them, whether it is oil or gas, whether it is water or whatever. The piping engineers also should know the material to be used for certain pipes, such as carbon steel, stainless steel, galvanized or fiberglass. After they design the piping or the pipeline, they also need to run the stress analysis for piping, and locate the pipe supports at a desired span.

The mechanical engineering will be the less yet important lead to backup the piping engineering. Mechanical engineering in this field always related to the steel structures such as the pipe supports, the pipe racks, ladder, ladder cage, handrail, guard tower and whatever steel structure it is. The mechanical structure engineer should know how to pick the steel plate thickness for structures, or the usage of angle bar, c channel, flat bar, solid bar, and be familiar with the bolt and nuts, screws, nails, welding and so on. Mechanical structure engineers also should have been familiar with stress analysis, material strength and other material behaviors as well.

Rotating machine is another story but still important. Rotating machine in oil and gas exists as the pumps, the fan, the coolers, and the turbine and so on. This engineering will need one to be familiar with the speed of rotation, which depending on the requirements of facility. Well, these machines will have to be designed if there is no rotating machine meets the spec in stock. One should think about the blades, the material, and the maximum rotation per minute it can go.

Pheww!

I think that, most of the design consultant has crazy heads. Most of them may have extra memory, or excellent use of their brains.

Additional Fact:

Consultants will need more computers, with the latest specifications and related software to do their design simulations.

Additional power backup to avoid blackout which to save the program or simulation running in computers.

Will need lot of draftsmen.

Will need lot of concentrations.

They work at fixed hour, and live at fixed address.

MMC is the craziest and richest oil and gas consultant; they already bought their own private airport!

Sunday, December 14, 2008

Sms Paling Tua?

Sms Paling tua?

Cuba anda tengok2 mesej pada telepon anda. Cuba tengok mesej yang ada pada henpon anda, apa yang paling lama anda masih simpan?

Saya punya mesej yang paling lama bertarikh 25 July 2005.

Sekarang sudah mau masuk tahun 2009, dasat juga mesej tu lama betul kn.

Tuesday, December 9, 2008

Penemuan : Cuci yang Kotor

Penemuan: Cuci yang kotor.

Petang tadi saya pegi kedai gunting sebab mo gunting rambut. Saya pilih yang macam salun canggih sket mau cuba apa yang istimewa sangat pada mereka. Saya memang tidak cerewet kalo mo pilih kedai gunting rambut. Saya selalu gunting rambut di kedai2 lama yang dijaga oleh pakcik-pakcik tua. Nda tau kenapa saya pilih tempat2 macam tu, mungkin kerana ada dua hal. Hal pertama, saya takut kalo salon canggih2, selalu ada perempuan cantik jadi tukang potong, saya memang segan silu malu-malu miau. Hal kedua pula, tukang potong yang jantina dia kabur2, separuh lelaki separuh perempuan. Fobia.

Petang tadi lain pula kejadian. Saya masuk ja salun yang bukan di jaga oleh pakcik2. Saya tenguk la menu yang ada, saya tertarik pula pada menu cuci rambut. Tenguk harga sedang2 murah la tu, RM14. Saya pun cuba la. Saya minta putung rambut + cuci.

Dia pun putung la rambut saya. Dia kasi pindik. Saya tidak pula kasi tau apa macam rupa putungan tu, tapi saya nda kisah la. Bulih la tu, kata hati saya.

Kemudian, semasa dia abis putung rambut, dia mo cuci la sudah.

“Mau guna syampoo apa?”soal si auntie.

“Sy pun tidak tau ni. Apa-apa pun boleh la,” kata saya bingung2.

“Biasa?” soal dia lagi.

“ah ya, syampoo biasa,” kata saya.

Si Auntie pun picit dia punya botol syampoo kasi keluar itu cecair dia. Saya cuba perhati brand syampoo tu. Nasib baik bukan Jenama X, kalo tidak, pasti buat saya cemas dan tercengang. Ada la tulisan cina. Made in China ka apa ka tu.Sebenarnya seram juga la.

Ini kali kedua saya cuci rambut di salun. Yg pertama kali dulu, betul2 buat saya teruja dan best dan siok dan enak. Itu yang sekali rasa, pasti nak lagi.

Kepada yang belum pernah cuba tu, boleh la try.

Perasaan kamu jadi enak dan pikiran kamu akan melayang di angkasa, saat dia mengosok-gosok kulit kepala itu dengan rakus.

Di saat dia membelai kepala itu dengan lembut, lalu memicit dengan kasar serentak mengubah emosi enak kepada geram.

Kamu akan memejamkan matamu, dan tangannya merayap ke belakang leher, dan memicit dengan kasar, memberikan mu kepuasan.

Lebih kurang macam tu la.

Dia urut2 lagi ka apa ka, itu hal si pencuci rambut tu la. Saya kena servis dlm 20 minit. Bagus betul itu auntie, mentang2 tiada orang menunggu, dia pun pasti boring tiada benda lain mo buat.

Dia urut lagi di bahu.

Dia urut lagi di belakang. Sy pula lain macam ja. Pelik betul.

Kemudian tamat servis. Sy bayar dia la gunting + cuci = rm23.


Bila sy pikir balik, cuci rambut tu tidak la susah sangat. Sy tau juga ba buang kutu anjing sy sana kampong. Kasi tuang sabun, berus dia. Lebih kurang saja.

Saturday, December 6, 2008

Episod: Mesti Keluar!

Episod: Mesti Keluar!

Aik?..

Hari ni bertarikh 2 haribulan, menandakan genap sudah saya 6 bulan di Sarawak ini. Saya ingat mo renew sy punya status ‘melawat Sarawak’ hari ni. Jadi sy pun merilek ja la. BAru jam 9 pagi. Nnt jam 10 baru sy gerak pegi Imigresen Bintulu.

Sedang saya tengah bermain dengan Autocad, mo kasi siap drawing, tiba-tiba si Falan (bukan nama sebenar) terpacul di pintu.

“ Joelicious, kamu tolong hantar itu Falan pegi Imigresen kejap. Tolong dia kasi renew dia punya pas lawatan”, kata si QC pada Joelicious.

“Boleh2. Kejap2”, kata Joelicious sambil menaip bait-bait terakhir di komputer dia.

“wei, saya pun mau juga.” Tiba-tiba saya teringat saya punya imigresen juga mo renew. “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai boring” kata hatiku. Salah lagi tu.

“ Jom pegi”, kata Joelicious.

Kami bertiga pun berangkat la. Naik kereta dia Proton Waja hitam.

“ Saya alang-alang buka akaun Maybank la. Alang-alang keluar langsung buat la. Tapi kad pengenalan saya rusak. Macammana la tu?” soal saya.

“Itu Maybank tidak mau kalo IC kamu rosak, sebab itu bank mau guna cip IC kau tu. Mesti buat IC baru owh.” Jawab Joelicious.

“Cipan betul. Ada cara lain lagi ka?” soal ku lagi.

“Guna surat ganti dari JPN mungkin boleh. Tapi itu hari dorang beri juga guna surat ganti tu.” terang Joelicious. “ tapi bawa sekali surat beranak la” sambung dia lagi.

“Singgah rumah ku dulu la.”

Sampai rumah, saya bergegas ambil surat beranak. Langsung masuk tidak buka kasut.
Hantam la.

JPN

“Saya paling tidak suka mo berurusan kalo terpaksa tunggu lama2. Ko tenguk orang ni suma, berapa lama lagi mo tunggu?” bersungguh-sungguh sy merungut.

Akhirnya number giliran ku tiba. Sy kata IC rusak. Mo ganti baru untuk buat akaun bank. Sy duduk then dia ambil gambarku.

“Sudah”, kata si lelaki itu. Ku tenguk gambarku itu tidak lawa macam orangnya. Hantam la kau.
Cis. urusan saya selesai tidak sampai tiga minit. Mo tunggu tu lebih 30 minit. Betul-betul buat menyampah. Kalo orang masa tu tengah nazak, tentu da mati. Kalo masa tu orang mo bersalin, tentu da beranak. Kalo masa tu orang makan tomyam, mesti da order tomyam round kedua. Betul-betul buat saya menyampah.

Imigresen.

Tadi dari JPN sana mo buat IC supaya dapat buat akaun bank. Sekarang adalah urusan untuk minta tempoh lanjutan duduk di Sarawak. Isi borang lagi. Nasib baik pegawai yang bertugas tu seorang wanita yang manis dan cantik d pandang.

“Ambil borang ni. Rm 1.00.” kata dia sambil menghulur borang tu. Ya ya. Mesti mau bayar owh. Dulu d Miri pun sama, buat saya tergelak di kaunter tu. Dia pandang sy ni mcm senteng ja, Pelik kn. Itu baru la cash and carry.

Ku isi la borang tu. Isi selengkap-lengkapnya. Lepas tu ku bawa pegi kaunter serahan borang tu ke Kaunter Lanjutan Tempoh Lawatan ka apa ka.

“Ini tidak boleh lagi ni. Sudah 6 bulan kamu d Sarawak. Mesti keluar.” Kata lelaki itu yang masih muda lagi.

“Apahal? Kamu tidak boleh cop ka apa ka? Sy cuma minta tempoh lanjutan la”, kata ku sedikit tensen.

“ Tidak boleh la. Kamu mesti keluar hari ni juga. Kamu beli la tiket belon ka feri ka, yang penting keluar “, kata dia tegas.

“kalo sy tidak mau?” Aiseh bekeras lagi tu.

“Nanti saya buang p sungai biar kena makan buaya!” kata dia.

Huh! Bayangkn panas hati kamu orang KALAU dia jawab macam tu. Mau kena penumbuk oleh orang Sabah tu,

“Tidak boleh. Nanti kamu kena buat kenyataan polis lagi. Buat repot lagi. Saya tidak la mau rumitkan keadaan lagi. Macam ni la. Kamu beli tiket belon,beritau saya bila kamu mau keluar, nnt saya keluarkan surat khas, supaya bila kamu keluar, keadaan tidak la rumit sangat.” Kata dia panjang lebar.

Belon belon belon! Kadang-kadang bunyi dia tu menjengkelkan la. Kenapa orang Sarawak ni suka sebut kapal terbang tu belon? Tiba-tiba sy memanas dalam hati. Ee..tensen betul. Saya membayangkan diri saya ni naik belon udara panas. Ntah boleh terapung ka tidak. Cis! Tambah lagi tersindir diri ini! Atau dia memang sindir sy ni? Tensen betul!

Maybank

Lepas makan tengahari, kami orang pegi la itu Maybank. Tengah saya syok isi borang tu, tiba-tiba si pegawai sana datang. Lalu dia kata tidak boleh buat akaun kalau guna surat ganti tu. Bikin panas. Saya langsung keluar tanpa cakap apa2.

Travel Agency

“ Ko tidak mau telepon bos ka mo tanya apa-apa boleh tolong ka?”, tanya Joelicious.

“Hantam la. Sy tidak kisah la. Sy keluar ja la. Ada lagi duit ni ” ,kataku tidak berpikir panjang.

“Biar saya tolong telepon bos la”, kata Joelicious sambil mendail nombor telepon bos.

Nda sy bersemangat mo pikir apa2 lagi ni. Hantam la cakap dengan bos.

“ Saya kena keluar Sarawak la bos. Tiada tempoh lanjutan lagi ni. Buruk betul Sarawak ni.” Kataku dengan nada kecewa.

“Aiseh, itu hari tidak check ka?” dia soal lagi.

“Siapa la tau undang2 pelik Sarawak ni. Lepas 6 bulan, wajib keluar, ingatkan perlu renew macam biasa. Saya sudah 3 bulan di Miri, saya ada cop, lepas tu another 3 months di Bintulu, tidak dapat pula. Mesti keluar.”, dengan nada kecewa saya.

“Kamu mau atau tidak mau? Tinggal dua seat lagi ni.” , si gadis kaunter travel agency tu mencelah perbualan saya.

Saya tengok sekarang sudah jam 1.30 pm.

“Kalau kamu beli tiket jm 6.10 pm dari Miri, masih sempat lagi owh”, kata Joelicious.

“Dari Bintulu tiada ka?” soal saya pada gadis itu.

“Kamu mau pegi mana la nnt?” soal bos ingin tau.

“Pegi Labuan. Sana paling dekat,” Kata saya. “ Lagi pun boleh cari perempuan. Haha,” Sambil saya pura2 ketawa padahal sudah bingung2.

“Bintulu – KK sudah penuh. Cuma ada Miri- Labuan saja. Tinggal satu seat saja lagi. “ beritau si gadis Travel Agency tu.

“Ambil saja la yang Miri-Labuan tu.” Kata Joelicious.

“Nanti saya minta hantar si Joelicious pegi Miri la,” Beritau saya pada bos.

“Emm. Kau bincang dengan dia la macamana,” Kata bos mengakhiri perbualan.

“Sempat lagi ka satu seat tu?” Tanya saya pada gadis travel Agency tu.

“Ya. Sempat. Miri-Labuan,” Kata dia tapi hati saya belum senang lagi. Sebab saya perlu bergegas ke Miri dari Bintulu.

“ Terpaksa la saya racing ni nnt. Boleh juga sampai Miri dalam kurang 2 jam, ” Kata Joelicious

“Aiseh, rilek la ko. Hari tu perempuan bawa pun sampai dalam 2 jam ja. Ko lagi la bole sampai kurang 2 jam, “ kata saya mau kasi yakin.

“ Nanti tertinggal flight baru ko tau. Harap-harap sempat la,” kata Joelicious.

“ Saya ni berpengalaman juga tertinggal flight. Dulu sy di LCCT sana tidak dapat check in sebab lambat kerana terlalai makan ayam KFC. Betul2 bikin panas,” kata saya. “ Terpaksa la beli tiket baru,”saya sambung lagi. Itu gadis travel agency ketawa pula dengar penjelasan ‘lalai kerana ayam KFC’ tu.

Betul2 sedap sehingga menjilat jari kaki kawan kakak.

“Kita balik office la dulu. Saya mo print itu drawing pagi tadi.”

Office

“ Ko cepat sket la print drawing tu. Kami tunggu luar,” kata Joelicious.
Tau la saya. Pegi Miri hantar saya, lepas tu dorang perlu pulang balik sebelum gelap hari. Bayangkan pergi 2 jam, lepas tu balik 2 jam juga. Sekarang waktu sudah jam 2.15 pm. Pergi dan sampai airport Miri sana, lebih kurang jam 4.30 pm. Lepas tu dorang perlu balik Bintulu lagi, sampai Bintulu jam 6.30 pm. Bukannya apa la, tapi jalanraya tu yang agak berbahaya kalo malam menjelma, sebab ada lanun mo rompak kereta ba. Sebab itu terlalu mengejar masa.

“Kamu pegi Labuan ka? Belikan coklat…” kata perempuan d office tu.

“Heh. Kepala otak sy tengah bingung ni sekarang. Tengokla macammana k,” jawab saya. Betul la tengah bingung.

“Kamu tolong print untuk saya k. Tolong la.”

“Tapi belikan saya coklat k?”

“Yala yala. Tolong k.”

“Orait.”

Coastal Road Miri-Bintulu

Dasat juga budak ni pandu. Boleh juga sampai 150 km/j pula. Bercerita la kami dua konon. Mo kasi hilang mengantuk dia. Berapa banyak kereta la kami potong. Berapa banyak lori la kami potong. Akhirnya ada tanda2 sampai di Miri. Terus kami pegi airport sana.

Airport

“Sudah sampai. Laju juga ko bawa kn. Kurang 2 jam,” kata saya pada dia.

“ Yang penting cari tandas dulu. Buang lepas tu balik,” sambil kami berlumba cari tandas.

Lepas buang cecair dari Bintulu, dorang langsung naik kereta pandu balik.

“OK la. Kami da jalan ni. Baik2 ko,” kata Joe mengakhiri pebualan telefon tu. Belum sempat sy abis buang cecair, dia orang da pegi rupanya. Memang sangat bergegas. Jam da 4.20 pm. Saya pegi menunggu dekat ruang menunggu la.

Saya telepon Bonda, minta duit.

Bunda kata kasi masuk esok pagi.

Saya kata boleh la tu, buat bayar hotel, buat bayar makan, buat beli baju dan beli tiket belon balik Miri lagi.

Bonda hairan kenapa mo beli baju.

Saya kata saya sehelai sepinggang ja mo keluar Sarawak. Baju saya dari office tadi pagi, direct pegi JPN, langsung pegi Imigresen, terus beli tiket dekat travel agency, langsung balik office ambil beg laptop tanpa laptop, dan sekarang di airport tunggu flight.

Bunda kata dia tambah sket la buat beli baju.

Berusaha kata saya.

Ya kata dia.

On the Fly

“Labuan,” hati sy berdetik.

“5 tahun lepas,” kata hati saya lagi.

“ Sekolah asrama saya,”imbas memori saya.

“Matrikulasi saya,” ingat saya lagi.

“Cinta saya…” sayu hati kejap.



Labuan

Selepas 5 tahun kemudian, saya pun kembali ke tanah ini lagi.

Saya rasa tidak banyak pemandangan yang berubah di Bandar ini.

Saya minta hantar teksi pegi Labuan Supermarket sana. Supermarket tempat saya beli belah selama saya di Labuan. Betul2 saya rindu banyak pada Bandar ini. Banyak kedai makan tempat saya melepak dulu2 waktu remaja nakal, masih tetap utuh berdiri hingga ke hari ini. Betul2 saya rindu.

Saya telepon kakak tanya mana hotel inn yang murah untuk bermalam.

Kakak kata tengok sebuah Inn yang sebaris dengan Labuan Supermarket.

Saya ada nampak satu, Wilayah Inn. Saya pegi tanya itu tuan, dia kata sudah full house. Sori lagi kata dia.

Saya tanya itu Hotel Pulau Labuan 1, penuh juga.

Nda pula saya peka budak2 matrikulasi sudah mula cuti. Patut la hotel2 sudah penuh. HMM…

“Mana lagi hotel lain,” tanya saya pada budak yang jaga kaunter Hotel Pulau Labuan 1 tu. Then dia pun dail la kawan2 dia yang lain. Suma penuh, kecuali satu iaitu Labuan Inn.

“Booking untuk saya satu sana. Kejap lagi saya sampai. Tempat tu sebetul-betulnya di mana?” soal saya.

“Tidak juga jauh la. Lebih kurang 20 minit berjalan.”

“Cuba tunjuk itu area mana?”

“Kamu tau Pop In ka?”

“Tidak.”

“Beyond?”

“Tidak.”

“Hotel Mariner?

“Ya.”

“Dekat2 sana la tu. Tapi Labuan Inn sebelah sana sket,” kata dia sambil buat aksi tangan menunjuk ke arah utara.

“owh…” kata saya pura2 ja tau.

Tapi saya ikut la arah utara dia tu. Tensen betul kan. Petunjuk arah yang ada pun nama2 pub/disco/ tempat berhibur. Haha. Betul2 pelik. Apa salahnya guna nama yang bercirikan Bandar berjaya.

Sepatutnya dia jawab,

” Tempat tu dekat Lorong Tunku Abdul Rahman”

Atau

“Tempat tu berdekatan Bank Islam”

Atau

“Sebelah Jalan Merdeka”.

Haha.

Cuba la bayangkan. Matrikulasi dan Universiti dan Sekolah Asrama Penuh ada di Pulau Murah Arak & Rokok. Apa fikiran itu menteri kementerian pendidikan?

Labuan Inn

Saya pun check in la Labuan Inn tu. Betul2 tu Pop In ada di bangunan sebelah owh. Tepat juga direction yang budak tu beri tadi. Malang saya tidak tau. Saya mandi then tengok tv saluran HBO. Nda sy keluar malam tu.

Orang dekat Bintulu lagi sy call mo confirm NDT malam tu kasi jadi, tapi dorang nda jumpa list yang perlu NDT. Akhirnya dorang pun balik ja tanpa hasil. Lama lagi tu sy call, abis rm20 kredit telepon saya tunggu dorang cari sehelai kertas yang di fax petang tadi ke office. Malang betul.

Tiada rakan taulan lagi. Pasti bosan kalo merayau pun. Jam sudah pun jam 1.03 am semasa saya tutup lampu mo tido.

Esok paginya, jam 8 pagi saya da bangun, pasang tv tenguk berita. Lama juga saya menonton tv tu, tenguk2 da jam 10 .30 am. Mandi then check out. Tiada saya ambil balik saya punya deposit hotel tu, sebab sedang bertelepon dengan kakak.

Labuan

Segak saya rasa pakai baju baru beli dari Labuan Supermarket sana malam tadi. Itu jurujual dia betul2 orang yang sama 5 tahun lepas, bezanya dia sudah nampak tua sket. Buat saya ingat hal2 lama ja. Saya pegi bank sana kasi keluar duit. Lepas tu singgah travel agency mo beli tiket balik pegi Bintulu. Itu Mummy bilang kalo mo pegi Bintulu, pegi KK dulu. Tp saya kata tidak apa la, saya pegi Miri ja la. Then issued ticket.


Makan Mi Sup

Ada satu kedai cina di Labuan sana yang buat saya nostalgia sket. Dia punya mi sup ada terung bakar ka apa ka, yang membuatkan rasa di betul2 unik, rasa ada bau hangus gitu2. Lagi, tempat tu tempat cinta sy dulu2 makan mi sup.

Saya pegi la sana cuba lagi mengenang memori dulu2. Orang lain yang masak dan rasa dia tidak serupa lagi.

Rasa itu sudah berubah, serupa cinta saya yang dulu: Saya tetap mau dia, tapi dia tidak.

Ujana Kewangan

Tidak juga banyak berubah tempat ini pada pandangan saya. Begitu juga dari dulu. Saya punya tujuan pegi sana ialah mo cari tu Maybank. Urusan d Bintulu mungkin tergendala, tapi Labuan mungkin ok la bikin buka akaun.

Sedang saya pusing2 sana UK cari itu Maybank, tiba2 saya terlihat girlfren si Jalang.

“Aik? Apa kamu buat sini? Apahal orang Miri boleh ada di Labuan?” soal saya tidak percaya tengok dia.

“Jalan2 dengan kawan la. Pagi tadi kami sampai,” jawab dia senyum manis. Paling last sy jumpa dia pada 3 bulan lepas di Miri sebelum saya berangkat pegi Bintulu. Nda sangka jumpa pula sini Labuan.

“Kamu buat apa sini?” Soal dia juga hairan, “kerja ka??” sambung dia.

Apalagi, saya cerita la panjang lebar dari A sampai Q.

“owh…, wei, si jalang pun ada di Labuan ba,” kata dia.

“Aik? Apa dia bikin? Bukan dia training di Brunei ka hari tu?” hairan saya.

“Yala. Hari tu, dia sebulan di Brunei. Sekarang dia 3 minggu di Labuan training,” dia menerangkan.

“EEE..bahagia betul, kekaseh menemankan di Labuan,” usik saya sebelum dia minta diri kerana rakan2 dia mo gerak da. Ku tengok seorang rakan dia tu kiut juga. Phewwitt..

Maybank Labuan

“Boleh saya buka akaun ka kalo saya tiada IC tapi guna surat gantian dari JPN?” soal saya pada si gadis d kaunter pertanyaan tu.

“Kamu isi borang ni, ambil nombor d kaunter 6 sana ok?” kata dia dengan nada manja.

Saya tunggu sebentar lelaki di kaunter 6 tu abis berurusan baru la sy approach dia.

“Encik, sy mau buka akaun tp tiada IC, sy guna surat JPN. Boleh ka?”Soal saya dengan sopan.

“Kamu mau buka akaun untuk sendiri atau untuk gaji?”

“Saya mau buka sebab kompeni saya mau masuk gaji pada akaun Maybank.”

“Kalau macam tu, kamu mesti ada surat pengesahan dari kompeni.”

“Kalau macam tu, saya buka untuk sendiri la, sebab saya tiada surat dari kompeni.”

“Tidak boleh. Sebenarnya begini, kalau guna surat JPN, tidak boleh buka akaun untuk sendiri, kalau buka untuk gaji, mesti ada surat dari kompeni dan juga surat beranak.”

“owwhhh…….trimas la encik,” paham juga sy akhirnya.

Cis, urusan bikin akaun di Labuan pun tidak berjaya.

Airport Labuan

Awal sy naik teksi dari UK sana. Saya cuma beli seliter Chivas dan coklat old Jamaica. Orang punya harta. Awal sy pegi airport Labuan sana. Singgah pegi makan dekat McD. Masa saya masuk itu balai berlepas, saya tengok itu paparan x ray, sy punya beg ada paparan botol Chivas. Orang belakang saya juga sama. Sebotol Chivas juga. Ceh.

Sambil duduk menunggu dibalai berlepas, ku menonton la tu tv3 ada tayangan Legenda: Danau Toba. Dia punya bahasa pelik berbanding dengan bahasa Indon yang selalu kena guna. Bila dia sebut ada huruf ‘e’ saja, sumanya jadi pelik. Contohnya, seluar sebutannya, say-loo-ar. Lagi, kedai jadi care-die. Pay-leak bay-tool. Jam 3.00 petang, pengumuman untuk penumpang masuk, tapi hati tinggal kejap d Labuan la.

On the Fly

Masa kapal tengah berpusing melintasi langit Labuan, saya tidak melepaskan peluang tengok sekolah saya dulu. Betul2 sudah jadi baru. Perspektif saya tu betul2 berlainan dari yang selalu saya tengok. Hari ini sudut pandangan saya dari atas. Macam tengok peta dunia la. Laluan Fokker50 yang saya naik tu membolehkan saya memandang betapa kecil dan dekatnya jarak sekolah tu dengan suma tempat. Suatu masa nanti sy mo pegi sekolah tu, round2 ka apa ka.

Airport Miri

Akhirnya tiba di miri lagi. Cop itu yang penting!

Ambil teksi minta hantar pegi terminal bas, d Boulevard sana. Sempat ambil yang jam 5.00 petang. Laluan untuk semua bas adalah Miri-Bintulu jalan lama. Sepanjang perjalanan, banyak juga benda yang baru ku tenguk. Sebab guna jalan ni first time. Syok la rasa adventure.

Ada satu pemandangan yang serupa dengan pemandangan di Pahang sana. Pemandangan batang2 pokok sawit tua yang berdiri tanpa daun, dan lantai bumi di penuhi kehijauan semak samun belantara sekunder. Bezanya, di Pahang sana, saya tengok pemandangan tu sekitar tengah hari, so latar belakang jadi kuning kehijauan, berbanding di jalan Miri-Bintulu ni yang saya lalu sekitar lewat petang, kaler dia hijau gelap kadang2 ada keemasan fajar petang. Bas berhenti d Batu Niah. Sempat juga saya telan beberapa ketul nasi sebelum berangkat pergi lagi.

Bintulu ( Medan Jaya )

Akhirnya tiba di Medan Jaya. Tempat saya turun dan memulakan hari baru esok pagi. Jm 8.30 mlm dan hujan renyai.

Saya pun menapak sampai ke rumah.

Betul2 depan pintu rumah, telepon berbunyi.

“Halo.”

“Halo. Ini siapa?” soal saya.

“ Si Jalang.” Jawab dia.

“Si Jalang mana?” Soal saya lagi. Saya tidak tau mana ‘jalang’ yang di maksudkan.

“Hoi. Si Jalang la ni. Mana sudah kau hah?” kata dia bersungguh2.

BAru saya teringat itu adalah si Jalang Miri.

“owh, Haha! Sori bos, saya di Bintulu sudah ni. Lambat ba kau, ayoo..” ceria ja nada konon.

“Apa kau buat sebenarnya pegi Labuan tadi?” soal dia.

Apalagi, saya cerita la panjang lebar dari A sampai Y.

Lama juga kami berbual. Sy buat dia janji belanja saya sebelum kami hang-up.

Saya masuk rumah, pegi mandi, mengeringkan badan dan pegi ke perbaringan.

Lelap.

…zzZ

Tuesday, November 25, 2008

Yang DiCari: Estrella.

Dulu2 ku mencari lagu-lagu genre jazz buatan M'sia, tapi tidak pernah mendapat.

Saya pernah membeli album Sheila Majid, tapi perasaan itu kurang menghayati.

Saya juga mencuba album Norah Jones, dan sedikit puas. Seronok layan.

Sekarang mula jatuh cinta pada Estrella, kerana banyak yang ku cari kini kudapat pada dia.

Best melayan.

Monday, November 24, 2008

Sentimental Value: Sea Rush the Shore


Sentimental Value


Whenever I went to the calm beach, it reminds me to my time at Labuan. 5 years staying at the school hostel whereby only around 1 km from the beach. The sound of the wave smashing the beach is stored somewhere in the memory.


When the time is right, the memory will triggered itself and reminds me a lot of good memories, which is always related to some dirty-little-secret of the youthful age.


The wind of different monsoon, the scent of the sea salt and the taste of the ABC from a nearby stall, will always be the pieces of the whole memories during the early stages of discovering love, hate, friendship and friendshit.


Calm beach, where the memories triggered.

Saturday, November 22, 2008

Oil & Gas : Fabrication vs Processing



Pipeline 24" and 20"




MLNG 3 from the outside.





Oil and Gas: Fabrication vs Processing


When we talk about oil and gas industry in Malaysia, we will always picture those big names such as Shell and Petronas. These companies are among the richest company in the whole world. Their incomes are totally huge as the oil price is increasing steadily over the decades. Almost everyone has the prospect to get involve with these companies, of course because of the income factor. But, do you realize that the company target is more to oil and gas processing?

I tell you something.



There is actually other alien field but directly links to oil and gas industry. There is a field of fabrication for piping, mechanical vessel, tanks, steel structures and the plant station.
Now you realize it.


Welder



There are several companies in Malaysia which do the fabrications for the offshore platforms, oil and gas terminal, plant and so on. These names are various and some even hold the stake at Papan Pertama Bursha Saham such as Kencana. There are more oil and gas fabrication company we can see around Sarawak, Labuan and Terengganu, such as Sarku, Dayang Enterprise and Dialogue.

I must tell you that,


in oil and gas fabrication field, we are dealing with several workers, in which the most important is the piping welders. They are supposed to do their welding according to some very high standard of American Petroleum Institute, a standard of oil and gas used in the whole world. Well, you know what happen if they are lack of skills and ability of welding; the piping may leak and explode.




Welder




There are also the pipe fitters that extract the information from the piping drawing, and prepare the pipes to be weld. They will select the pipes, the fittings and everything, and put them into place, and let the welder do the welding.




Pipe Fitters



There are also workers called as rigger. Their specific task is to do the lifting or swinging of pipes, instruments and other things as well. They mostly collaborate with the cranes, trailer and other.
Other workers involved are the helpers. Some of them do the grinding, the cutting, and help the welder, fitters and the rigger.



Rigger


Well, fabrication for oil and gas industry is quite rare. That is why most of the fabrication company also involved in maintenance for oil and gas. No fabrication means no money, but with their involvement for maintenance, they will at least survive. No need to worry about the income. Every year, there are thousands of oil and gas repair projects, whether it is onshore or offshore. Beside repair projects, there are also oil and gas upgrading project or even erecting a new plant.




I talked to several welders.




Most of them already went to offshore to do the welding for oil and gas platform. Most of them also do the repair for platform piping and structural.
It means that fabrication, maintenance and upgrading for oil and gas also as much as important as the oil and gas processing.



Oil and Gas : Fabrication vs Processing. *seri*



Additional Facts:
1. Fabrication Companies are Contractors.
2. Contractors are working at site, where the projects are. Meaning, they are travelers.
3. Travelers are mostly away from home. They have their total freedom. Most of the workers are man.
4. At the day, they work. At the night, they play. According to them, Labuan is still their best place for them to play: the beer is cheap, the night-shift-girls are friendly, and where everyone is the boss.
5. Processing Companies are attached to a place.
6. They will work according to their specific working hours.
7. They are not away from home. They are not travelers. They are not gaining total freedom because everyone they know keeps track of them.
8. Their best place to play is at home.


The Writer

Monday, November 10, 2008

Patut lah orang sarawak pandai speaking lebih sket berbanding orang sabah

Dari dulu saya agak tensen sebab banyak orang sarawak yang lebih canggih bercakap orang putih punya bahasa.

Itu yg buat saya heran dan ajaib.

Sekarang saya sudah agak pasti la kenapa mereka ni canggih dalam soal speaking in engilish.

Mereka ini yang banyak ku jumpa adala dari kawasan yang maju-maju belaka. Contohnya dari Miri ka, dari Bintulu ka, dari Kuching ka dan sebagainya. Dalam bandar2 ini, banyak keluarga dan orang2 adalah sudah maju dari segi pemikiran dan pencapaian akademik mereka. Sebab itu la kesedaran mereka ini sudah cukup untuk memastikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa untuk menghantar anak2 mereka pegi tuisen kelas orang putih. Malah menghantar anak2 pegi tuisen kelas matematik ka, sains ka dan sebagainya. Sebab itu la mereka ini tampak lebih bijak dan teratur sket.

Berbanding dengan orang sabah yang kurang bandar maju, ataupun masih berdasarkan hidup ala2 kampung, banyak orang tua di kampung tidak menekankan pendidikan sebagai teras keutamaan dalam hidup. Yang penting anak2 mereka boleh tolong berkebun, boleh tangkap ikan ka, dan aktiviti yang lebih kearah kemahiran, mereka merasakan itu sudah mencukupi.

Tapi, hantam la. Mulai sekarang ku da tau. Saya ada jumpa seorang perempuan cina yang tidak juga tinggi sekola, tapi dia sangat pandai sepiking. Kami sepiking la berdua. Rupanya dia belajar sepiking d tuysen ja ba. Patut la canggih sangat. Saya ni manusia yang tidak pernah pergi kelas tuysen punya orang, so saya nda tau la macam mana sebenarnya kesan dia kepada pelajar yang pegi tuysen. Rasanya mereka lebih canggih la dalam pelbagai perkara.

Saya tengok jadual mereka ni agak padat jugala. Pagi pegi sekola harian, petang dan malam pegi kelas tuysen. Duit belanja memang besar gila juga, tapi berbaloi juga anak2 ini dalam 15 tahun akan datang, sudah jadi bijak pandai dan segala. Pelaburan yang paling baik kepada ibubapa, ialah memberi pendidikan yang terbaik buat anak2 mereka.

Lain kali, saya juga mau antar anak-anak pegi tuysen.

Friday, October 24, 2008

BAnyak Cakap

ayo.

kuat susah ini macam.

Saya mo belajar bahasa di sarawak ni.

Tp kuat susah.

Dulu bahasa iban sy komited mao belajar. Paham la sket2. Tp bila baru mau maju, tiada peluang la pula. abis harapan.

Sekarang tinggal dengan orang ulu @ kayan kenyah. Langsung tidak familiar, tapi bunyi dia menarik la. rasa mo belajar juga.

Dulu saya komited mo belajar mandarin, tapi kuat susah.

Dorg cina sini cakap loghat hakka la, foochow la. Mana saya paham. Dorg cakap kantonis juga. Sikit2 ja saya dapt tangkap kalo dorg ckp dalam mandarin. kuat susah.

Bila mo belajar bahasa lagi, datang lagi orang thailand import khas buat welding. Kuat susah ini bahasa.

Lepas tu ada lagi orang filipina buat welding juga. Kuat susah juga mo paham.

ayio.

kuat susah ini macam.

Saturday, October 18, 2008

Tribe Putung Kepala

Malam tadi saya teruskan lagi membaca beberapa muka surat buku " Land
Below the Wind" tu.
Ada sampai satu chapter yang menarik tentang pembunuhan yang dasat di rumah panjang Murut di Kalabakan pada tahun 1890.

Ceritanya bermula dengan seorang lelaki urang putih bernama Flint berkahwin dengan seorang perempuan native Murut, si Lingud. Bila sudah kawen, dorang pun tinggal la di rumah sendiri.

Tapi ni urang putih tensen juga stail Murut ni. Komunis punya stail ba. Barang orang lain adalah untuk kegunaan semua orang, termasuk la harta benda si urang putih ni. Mula2 mentua si urang putih tu datang dan tinggal serumah. Lepas tu saudara mara si Lingud tu datang pula. Suma orang secara bebas datang dan pergi sesuka hati. Ambil barang dari rumah urang putih tu macam barang sendiri. Ambil beras la, ambil perabot la, ambil sisa makanan beri pada anjing la. So, si urang putih yang lain cara berpikir ni semakin tensen. Sudah la tensen, barang2 di rumah pun sudah mo abis.

Kemudian, bla bla bla...tup tup tup. ( baca sendiri la kalo mau tau)

Si urang putih Flint pun p cari mentua dia mo pigi marah. Akhirnya kena putung kepala oleh pihak native ni la bila dorang bergaduh. Berita kematian ni akhirnya sampai ke setiap mulut orang native dari ulu sampai la hilir sungai lalu sampai ke pendengaran si adik urang putih di bandar sana.

Dia pun membuat satu expedisi mencari punca kematian abang dia. BAnyak kampung yang dia singgah kata en. Flint mati sakit la, batuk teruk la, demam la. Tiada siapa yang kata sebenarnya kena putung kepala.

Akhirnya si adik Flint tu sampai ke kampung tempat kejadian kematian abang dia. Dia punya kumpulan ekspidisi korek kubur si Flint lalu mendapati punca kematian Flint adalah kerana putung kepala punya hal, bukan sakit ka apa ka.


Adik Flint pun geram.

Dia dan dia punya kumpulan ekspidisi pergi cari setiap rumah panjang yang berdekatan, si mentua dan keluarga murut yang dia rasa patut balas dendam. Akhirnya mereka mendapati si mentua tu ada di sebuah rumah panjang, dan keluarga dan rumah panjang itu sedang berpesta minum tapai dan segala.

Dorang akhirnya menyerang hendap pada awal subuh. BAnyak senapang melawan banyak Murut. BAnyak Murut terbunuh, habis satu rumah panjang. kecuali beberapa wanita dan kanak2 yang cedera bersembunyi dalam hutan. Kumpulan si urang putih tu memenggal beberapa kepala dan menyangkutkan di bahu mereka dengan megah kerana berjaya menamatkan misi.

kata orang, mungkin tragedi tu meragut nyawa 100 - 200 orang.

beberapa wanita dan kanak2 yang terselamat dan bersembunyi di dalam hutan tu, salah seorang adalah Lingud, dan dua orang anak dia.

Monday, October 6, 2008

Kisah Pelik Terjadi

Kisah Pelik Terjadi di mana-mana jua.

Pada suatu hari semasa saya sedang melepak boring di rumah, telepon rumah pun berbunyi. Selalunya bukan saya yang angkat itu telefon, tapi hari tu cuma saya saja sorang di rumah. Dengan rasa malas tahap gaban, saya pun angkat la telepon tu.

“ Weii... Cari siapa?” Formal cara saya jawab kan. ‘wei’ macam kantonis jawab telepon.

“ Hello. Khashi ‘au mama’ ‘au gdia munhya marghang ‘uda ‘ampai” , kata dia.

“ Hah? Cari siapa?” Saya tidak paham apa dia cakap. Macam cakap cina owh dia.

“ Mmama’ ‘au ‘unhya marghang ‘udah ‘ampai”, kata dia lagi.

“Saya nda paham apa kau cakap ni. Saya tidak paham cina ni”, tiba-tiba saya rasa bersalah sebab awal-awal tadi jawab guna ‘wei’.

Dia ulang sekali lagi dialog tu sebelum saya letak gagang.

Seram juga rasa sebab orang tu menyampaikan mesej tu dengan bersungguh-sungguh. Dia kasi tekan satu-satu perkataan tu kasi saya dengar. Saya tidak paham banyak bahasa. Saya memang pasti itu bukan bahasa dusun. atau bahasa orang putih. lebih-lebih lagi bahasa brunei atau Sarawak. Ini bunyi yang sangat baru ba.

Kenapa saya yang harus terima ni mesej?

Adakah ini berkaitan dengan rahsia kerajaan lain?

Atau seseorang menyampaikan dying message?

Runsing saya. Saya bersandar didinding memikirkan rahsia dialog dia tadi.


“ kriing..kringg..” Telefon berbunyi lagi.

“ Hello.” Keras suara saya jawab.

“Khashi ‘au mmama’ ‘au gdia ‘munhya marghang ‘uda ‘ampai”. Kata dia lagi.

“Apa kamu mau ni?!” Saya pun mula tensen campur cemas. Bukan selalu kita dapat situasi macam ni.

“ Khashi ‘au mmama’ ‘au…,” belum abis dia cakap saya da potong.

“ Kamu cari siapa hah? Apa kau mau ni?!”

Dia punya suara pun makin naik juga.

“ Khashi… ‘au… mmama’… ‘au…, gdia… munhya… marghang… ‘uda… ‘ampai…!”

Tiba-tiba saya paham.

“Ooowwwhhh……ok ok nnt saya kasi tau” kata saya lega.



Tengahari sket, bapa pun sampai d rumah.

“ Tadi ada orang telepon, mama punya barang sudah sampai. Apa barang tu?” tanya saya.

“ Sumbing-sumbing ka dia punya suara?” soal dia pula.

“Ya. Saya ingat dia cakap cina tadi.” Jawab saya selamba.

“ Mama ko order pinggan mangkuk ba tu hari. Sudah sampai.” Kata dia sambil berlalu pergi.

Saya yang masih berdiri di situ, tiba-tiba hairan kepada diri sendiri. Kenapa saya bole paham tu orang tadi???

Friday, October 3, 2008

Sentimental Value

Sentimental Value.

When my ‘sony erection’ fails my connection to others, I knew that I need a replacement to release these freaking emotional desires to send text messages and do some outgoing calls.

There is where this affordable Nokia 1200 came in.

At the first glance, I show no interest to explore this phone functions. The model is too common for me to crack open the mind of curiosity.

Then, after few days, I started to punch several keys. After few minutes of exploration, I was stunned at one of the picture. The one which is located at the picture message. The picture of the flower and the cupid angel.

Those are picture messages I sent to my girlfriend in those lovely old days. Another sentimental value for me.

GAji oRANG mAHAL

Gaji Si QC

Pada Hari Raya Kedua, kompeni tempat saya training tidak bercuti. Kami cuti pada hari pertama raya ja. So, sepanjang hari itu, saya ikut QC baru yang menjaga perihal kompeni ini.

Jadi, semasa makan tengah hari, kami makan sama si QC klien. Dia nampak bersemangat mau bagi tau dia punya gaji.

“ Saya bagi tau ni supaya ko lebih bersemangat”.

“ Berapa la?”

“ Saya punya gaji satu hari ialah RM700. Tidak termasuk elaun.” Dia kata sambil tengok kiri kanan malah suara dia separuh berbisik.

“ Ko kerja untuk Murpy Oil kan? Itu orang putih punya kompeni ka?”

“ Ya. Dari UK punya. Cuba bayangkn berapa saya dapat satu bulan.”

“Huio~~, banyak gilak~~”

Si QC saya menyampuk, “ Dia cuma perlu kerja 4 hari untuk dapat gaji saya satu bulan”.

Sebenarnya saya tidak la terkejut sangat dengar pengakuan QC klien ni. Kali pertama saya dengar dari sepupu dia yang juga sama kerja sana tapi sebagai worker biasa ja.

“ Ko tau, kazen saya si QC klien tu punya gaji banyak gila. Sudah saya tengok dia punya slip gaji, dia kasi tengok.”

“Yaka? Berapa ribu la?

“ Untuk bulan lepas adalah kalo saya tidak salah tengok dalam RM 24,000 “

“owh” Jaw dropped.

Teori Perut Buncit

teori perut buncit

Kata orang Dusun, kalo kuat moginum, perut jadi buncit.

Jadi setiap kali tengok orang yang perut dia boroi tidak normal dengan badan, kita selalu kata dia tu kuat moginum.

Perut orang yang tidak gumuk tapi nampak kembung semacam itulah perut moginum. Orang putih bilang beer belly.

Jadi saya pun mengeluarkan satu teori. Tapi macam berasas juga la.

Saya punya teori ialah “ Perut akan buncit @ boroi jika kita tido dengan perut sendat dengan nasi ayam dan lain-lain”

Err..kasi kasual sket la bunyi dia.

“ Perut akan buncit @ boroi jika tido dengan perut yang sendat “


Menurut pengalaman sendiri dan pemerhatian terhadap perut boroi orang lain, saya mau mengasaskan teori ini supaya orang lain dapat melihat seterusnya mengelak ‘kelebihan’ ini.

Banyak orang tau yang peminum-peminum yang pemabuk selalunya terkejepes ( terkandas mabuk lalu tertido ). Biasanya orang minum arak ka alcohol ka tidak akan berenti walaupun perut sudah kembung dengan cecair tersebut. Itulah yang paling ajaib dengan peminum-peminum benda-benda ini, mereka boleh telan satu jag benda-benda ini dalam aksi one-shot, tapi tidak boleh melakukan aksi yang serupa jika kita beri satu jag oren atau air biasa. Sesuatu yang misteri.

Bila mereka sudah mabuk selepas satu crack tiger beer ; pegi ke tandas tiga kali ; singgah kedai sebelah order daging bakar dan satu jag Carlsberg; muntah sekali dua sebelah kawan ; dan memandu pulang dengan kelajuan kepala pusing lebih banyak RPM berbanding tayar kereta, tanpa eksiden; mereka akan tido dengan nyenyak di dalam muntah sendiri yang hanya mereka sedari pada pagi hari berikutnya.

Cuba bayangkan itu kapasiti perut semasa mereka tido. Muntah tu salah satu sebab ialah kerana pening kepala, dan satu sebab lagi kerana perut mereka betul2 penuh terisi dan perlu dibuang.

Orang bilang tido adalah untuk merilekskan otot. Eksesais di gym pula buat muscle lebih padat. Orang yang tido dengan perut sendat sememangnya telah melatih otot perut supaya lebih teregang. Berlaku tension di situ (engineering definition: tension- forces vectors are moving outward which stretches the body). Semakin banyak latih sendatan perut, semakin kembung la perut dan akhirnya menjadi keboroian.

Haha. Kod rahsia baru. “ Latihan Sendatan Perut”.

Orait.

Semua orang tau adalah tidak bagus tido dengan perut kenyang dan sendat kerana masalah keboroian ini.

Bagaimana pula dengan meminum cecair-cecair tertentu sebelum tido? Persoalan yang baik.

Ada orang suka minum segelas ka dua gelas ka Nescafe 3 in 1 Regular (Merah), Milo ka, susu ka, teh ka, sebelum masuk tido.

Yang lagi dasat, ada orang yang suka minum banyak2 air sebelum tido. Ntah apa dia pikir. Dulu saya selalu minum satu liter cecair 3 in 1 sebelum saya tido. Gelas saya besar ba, alang-alang kasi penuh. Bila baring mo tido, itu perut yang mengunung lebih tinggi dari awan.

Semuanya berakhir dengan masalah keboroian…

Jadi saya menyarankan supaya semua orang yang prihatin dengan perihal perut sendiri, kalo mo tido, jangan minum2 dulu. Kalau minum2 pun, kasi peluang beberapa jam supaya itu perut mengempis baru tido.

kau tengok ; minum arak pun boroi minum cecair biasa pun boleh boroi.

Saturday, September 6, 2008

berdialog dengan QC

Berdialog dengan QC

Pada suatu tengahari, semasa saya baru sampai ke workshop sewaktu lunch hour, saya lihat si kerani sedang berbual dengan si QC dari Murphy Oil. Rancak semacam ja cerita diorang tu. Saya baru sampai dari KFC, tolong belikan Family Feast Combo B untuk si kawan yang sepatutnya puasa. Sebelum lunch hour tadi, dia kata temankan dia pegi beli barang. Ingatkan mo beli barang untuk workshop, rupa-rupanya barang makan. Nda sangka pula barang makan di Bintulu ni mahal, RM 80.55 termasuk cukai kerajaan. Siapa mau makan? Dia dan kawan-kawan dia yang juga tidak puasa la.

“Ko orang KK ka tu?”, si QC mula bertanya.
“ Err…orang Tuaran.”, saya kata la.
“ Owh, orang Sabah pula ko tu. Bagus la. Jarang saya jumpa orang Sabah dalam industri oil & gas ni.” Dia cakap dengan bersemangat.
“Yaka? Saya nda tau saya ni bidang apa ni.”, saya bilang dengan selamba.
“Saya ingat tu hari orang baru dalam opis ni melayu, rupa-rupanya bukan. Kenapa nda tegur saya tu hari?”, dia tanya lagi.
“Takut ba saya. Garang ja muka ko kan. Saya pun nda berani la. Haha.” Ketawa buat-buat blur.
“Ko yang training QC tu kan. Bagus owh. Jarang ada orang Sabah yang terlibat industri oil & gas ni. Tapi sekarang mula ada la. Orang Penampang ramai.” Dia bilang lagi.

Si kerani dari tadi kelihatan tidak paham apa kami dua sedang cakap. Si gadis muda Iban ni garu-garu kepala ja, pelik dengar kami dua. “Saya tidak paham apa kamu dua cakap oh. Laju betul.” Kata dia bingung2.

“Beruntung betul ko masuk bidang oil & gas ni.” Dia bilang.
“Kenapa pula?”. Saya tanya lagi.
“Nanti la saya bagitau.” Kata dia berahsia.

Pelik juga saya dia pandai berahsia ini macam. CCehh.. Dalam masa tu, si kawan yang tidak puasa itu datang hantar 3 ketul ayam dari bilik sebelah. Dia siap beri sos tu lagi. Chewahh…mebedal la apalagi.

“Apa yang sebenarnya QC buat?” saya tanya si QC itu tentang tugasan seorang Quality Control.
“Sebenarnya banyak berkaitan dengan dokumen, welding, prosedur, dan joint-joint progress.” Dia mula menerangkan.
“Kamu ada buat benda-benda macam tu ka?”, dia tanya saya.
“Ada juga baru pagi tadi saya kena suruh buat key in data pasal joint-joint”, saya bilang.
“Sayang betul dorang nda utilize kemampuan ko ni. Ko kompeni mana?”, tanya dia setius.
“Saya cuma sub-kontraktor.” Terus terang saya.
“Aiseh, kalo ko ikut main-kontraktor, boleh juga saya suruh dorang buat apa yang patut sebagai seorang QC.” Nada dia sedikit keciwa.
“Ko ikut-ikut si QC baru yang sana bilik sebelah tu, dia pandai tu. Belajar dari dia.” Kata dia. “Untung ko oil & gas” kata dia lagi.
“Nanti saya bagitau ko.” Asyik-asyik jawapan sama bila saya tanya kenapa.
Untung la barangkali.

Monday, August 18, 2008

Blogger: Jangan Tulis Benda2 Pelik Politik

Wahai blogger sekalian,

adapun korang semua jangan pandai mengeraskan kepala.

Sekarang ni, blogger pun kena cop penghasut kalo menulis perkara yang kurang betul berkaitan politik. Bahaya.

Nanti kena tangkap. Nanti kena tahan ISA. Bahaya.

Hanya kerana hobi yang bermula dengan game Counterstrike, kita mula gila komputer. Ponteng sekolah kerana mau bermain CounterStrike di Cybercafe. Menghabis duit rm2 sejam untuk bermain tembak-tembak. Ada orang kata pergi 'menaip', kod untuk bermain game komputer di cafe.

Bila sudah hebat guna komputer, mula la terjebak ke Friendster.  Facebook lagi canggih la. Benda baru. 

Bila terbiasa tulis komen2 dan testimonial, mula la terbiasa menulis benda panjang2. Mula la budaya blog pula.

Lepas tu tulis politik dalam blog la pula.

Yang ada unsur-unsur membangkang tu, terimala padah kalo kena tahan nanti. mau atau tidak, anda akan tetap menerima padahnya jika ingkar. Sekarang ni, blogger yang berunsur 
tidak bagus
akan digelar penjenayah cyber.

Dan penjenayah akan dihukum.

Hukuman selalu menyusahkan.

Pandai-pandai la.

Tuesday, July 22, 2008

Trains In China

Punyalah seronok kan. Kalo pengangkutan awam tidak upgrade, macam mana mau idup owh...

Jangan kempen guna pengangkutan awam, kalo bas, teksi dan suma tu tidak diupgrade. Sadis kehidupan itu.

Curiga


Curiga

Kadang-kadang benda dalam dunia ni boleh membuat ku curiga.

Saya masih berfikir apakah maksud benda ini ada dalam tandas lelaki? Mungkinkah atau apakah?

Entah. Saya masih curiga.

SABAH: Negeri Yang Miskin

Ganjil dan aneh.

Kenapa banyak orang Sabah yang saya kenal menjadi guru @ cikgu @ pensyarah??

Saya punya kawan di Kiulu, jadi cikgu. Jiran saya suma jadi cikgu, bapanya, emaknya, anaknya lelaki perempuan jadi cikgu. Kawan saya ambil TESL mo jadi cikgu. Ada lagi orang kampung sebelah masuk Maktab Gaya mau jadi cikgu. Ada lagi kawan-kawan graduan yang ambil KPLI jadi cikgu. Ada juga yang sudah bekerja pun ambil KPLI jadi cikgu. Ada yang da kerja, pegi jadi pensyarah di Politeknik. Ada juga yang ambil kursus pendidikan di UMS jadi cikgu. Ada juga yang keluar negara, lepas tu balik sini ajar di sekolah swasta. Saya sendiri pun semasa tingkatan lima Bonda bilang, “ Lebih baik ko masuk maktab jadi cikgu”.

Ganjil dan aneh.

Kenapa banyak orang Sabah yang saya kenal menjadi nurse @ jururawat ??

Saya punya kawan dari Kiulu ambil kursus Nursing di Pahang jadi nurse di Institut Jantung Negara. Ada jiran saya yang anaknya ambil nursing di Johor. Ada yang pegi Melaka. Ada yang di Kota Kinabalu saja. Ada yang di Kuala Lumpur. Saya sendiri bilang kepada sepupu perempuan saya, “ Lebih baik ko ambil Nursing, boleh kawin doktor.”

Saya berpendapat bahawa di Sabah, memang ternyata tidak banyak variasi pekerjaan. Apa tidak jadi negeri paling miskin. Bandar yang ada paling banyak pekerjaan ialah di Kota Kinabalu sahaja. Orang Sandakan, orang Lahad Datu, orang Tawau, orang Kudat suma mengapply kerja di Kota Kinabalu. Bandar Kota Kinabalu menjadi sangat sesak dengan kenderaan-kenderaan. Tempat parking akan cepat penuh. Ramai orang malas pegi berurusan di Kota Kinabalu kerana hal ini, tiada parking.

Banyak kerja yang ada cumalah kerja yang biasa, iaitu kerja-kerja yang tidak memerlukan ijazah tinggi-tinggi. Kalau ada kerja yang memerlukan kelulusan universiti, tempat-tempat ini sudah direbut oleh orang-orang bukan bumiputera. Memandangkan kekosongan tempat kerja adalah jarang, maka peluang merebut sangat tipis.

Senang cakap, macam inilah.

Ada syarikat di Sabah. Pengeluar gam, adhesive, dan bahan kimia kayu. Mo buat produk itu, mesti guna ‘shipping’ dari Sarawak, Semenanjung M’sia dan negara jiran. Kos bahan itu sangat murah. Kos ‘shipping’ or pengangkutan sangat mahal. Bila da hantar pegi kilang, boleh la proses jadi produk-produk tersebut. Mo jual produk itu, target bukan untuk negeri Sabah saja, tapi juga negeri lain dan negara-negara jiran. Kos pengangkutan sangat mahal. Kesimpulannya, bila kos buat dan kos hantar tinggi, duit untung jadi sikit. Kalo duit untung sikit, bermaksud, syarikat itu tidak kaya. Bila syarikat itu tidak kaya, maka, gaji pekerja juga tidak besar. Bila gaji tidak besar, ramai la yang memikir untuk jadi cikgu à gaji tetap, tidak pening kepala sangat, banyak cuti.

Mo salahkan siapa la juga. Kedudukan tidak strategik buat syarikat yang banyak mengangkut barang. Kalo buat Headquarters di Sabah, pun ada kos perhubungan, telefon, faks, pos bungkusan dan sebagainya.

Kerajaan pusat sendiri nampak kelemahan Sabah ini sebagai tempat industri pembuatan. Kerana kos pengangkutan itulah. Sebab tu la mau jadikan Sabah tempat orang bertani. Tapi tidak semua orang akan mau bertani. Kemudian Kerajaan Pusat buat Sabah Koridor di kawasan Sepangar kasi senang hati orang Sabah. Tapi memang tiada banyak industri yang muncul di sana. Kerana tidak banyak untung boleh buat. Kerana kos pengangkutan itulah.

Sabah semakin miskin.

Ternyata, kerja-kerja yang paling bagus yang ada di Sabah cumalah menjadi cikgu @ guru @ pensyarah atau nurse @ jururawat.

Jadi la macam saya. “ Willing to travel”.

Benda itu melekat di kakiku


Benda itu melekat di kakiku.

Lama tidak menjumpai benda ini. Sejenis rumput yang menyebarkan benih dengan melekat di bulu haiwan, dan juga kain seluar ku ini. Dulu semasa budak, saya selalu mengambil benda ini dan membaling kepada kawan-kawan. Benda ini ada duri-duri tajam ba, sakit kalo kena. Macam tu la permainan yang nakal dulu-dulu. Baling kasi lekat pada orang. Baling kasi lekat pada baju. Kalo sendiri kena, pandai pula memanas.


Saturday, July 19, 2008

Menyampah

Nda siok sungguh mo menulis di tempat awam ni.

Orang mo cubuk tingu ba.

Semuga selalu kita sukses.

Kemasyarakatan

Masyarakat yang tidak maju-maju?

Ada berberapa sebab yang pelik yang bertangungjawab untuk masalah ‘masyarakat yang tidak maju-maju’. Masyarakat yang tidak maju-maju ini saya definisikan sebagai sekumpulan manusia yang berperangai aneh, kureng (moral kurang), tiada teknologi, tiada apa-apa pencapaian yang membanggakan dan agak menjengkelkan. Contohnya, masyarakat di Malaysia…

Baik jangan salahkan Malaysia la. Kita tengok dari sudut lain. Sudut lain yang sebenarnya telah menyebabkan banyak masyarakat di dunia ini juga tidak maju-maju. Kita bermula dengan sejarah yang paling awal.

Kalau menurut buku teks sejarah tingkatan 4 semasa saya sekolah dulu, sejarah ada menyebut tempat-tempat tamadun ini bermula. Tapi saya da lupa. Nda ingat lagi. Tapi satu perkara yang membuatkan tamadun itu maju ialah kerana teknologi mereka. Tapi teknologi itu datang selepas kajian dan eksperimen. Eksperimen pula datang dari teori. Dan teori datang dari ilmu. Gambaran yang paling betul macam di bawah ini.

Cuba kita kaitkan kejayaan negara-negara besar hari ni. Untuk mencapai zaman aplikasi yang berjaya, negara-negara seperti Jepun dan Amerika sudah melalui transformasi dari satu tahap rendah dan meningkat menjadi tahap yang lebih tinggi. Mereka bermula dari tahap paling bawah, kemudian masyarakat negara tersebut memasuki zaman ilmu kemudian menjadi pengkaji lalu mencipta akhirnya mengaplikasi ciptaan mereka itu. Dasat.

Kalo kita tengok aliran teknologi mereka itu, kita akan melihat perkembangan mereka bermula dari buduh menjadi kurang pandai menjadi pandai menjadi super pandai menjadi genius. Macam gambar di bawah.


Walaupun kita memberi pendapat bahawa banyak ciptaan dalam dunia ini adalah didapati secara tidak sengaja, tapi kita harus juga tahu asas ciptaan itu, sebelum ianya berjaya ‘tercipta’. Contoh benda yang ‘tercipta’ ialah telefon pertama Alexander Graham Bell. Mau tau kisahnya? CAri sendirilah.

Ok. Cukup pasal transformasi dari buduh menjadi genius. Sekarang kita tengok apa yang jadi kepada negara-negara membangun pula. Kita lebih menumpukan tempoh selepas Perang Dunia Kedua sebab tempoh itu la yang paling banyak negara mula membangun dan merdeka.

Malaysia pada awal kemerdekaan dulu terus diduduki oleh orang putih sehingga beberapa lama sebelum pentadbiran betul-betul bertukar tangan. Pada waktu orang putih ini menetap di sini, mereka membawa teknologi dari negara mereka untuk digunapakai di sini. Kita orang-orang Malaysia, pun turut menikmati segala kemudahan ini dari dulu, sampailah ke hari ini. Sebab itu la, kita tidak menjalani transformasi mengikut urutan yang paling betul. Kita dari zaman gelap, terus melompat masuk ke zaman aplikasi. Tidak melalui zaman ilmu, tidak masuk zaman kajian dan ciptaan juga.


Sebab itulah kita buduh.




Mujurlah sekarang kesedaran terhadap pendidikan mula berputik seperti bunga kembang pagi di Malaysia. Pembukaan universiti banyak membantu masyarakat untuk menjadi lebih berilmu dan berfikir lebih canggih. Jadi, macam ni la. Kita sekarang sudah berada dalam zaman ilmu. Mungkin kita sudah ada kajian, sudah ada ciptaan, tapi itu belum cukup banyak untuk kita masuk ke zaman-zaman itu. So, kita zaman ilmu da sekarang.



Masyarakat kita tidak maju sebab sendiri tidak mau tambah ilmu. Jangan la mengharapkan teknologi dari orang luar saja.
Jum tingkatkan kajian dan ciptaan pula. Berusaha.

Lalat Ajaib

Hari Sabtu lepas saya dapat makan breakfast mee goreng basah free. Saya p sebuah kedai Cina minta Nescafe Ais dan Mee Goreng Basah sebagai breakfast. Kemudian saya makan dengan lahap. Ada pula kenalan p breakfast sana juga, tapi dia duduk jauh sket la. Saya melahap. Enak ba rasa mee ni. Lepas makan saya tidak payah pula bayar mee goreng basah tu. Kerana ada ramuan tambahan yang sepatutnya tidak ada.

Ada lalat ajaib yang tergoreng dalam mee tu. Yuck. Tidak mau pegi sana lagi.

Berak Kategori

Ada satu hari saya sedang menunggu bas. Sedang saya menghirup udara segar, saya terdengar perbualan sekumpulan gadis remaja la.

“ Kau suka membaca ka time berak?”

“ Ya. Suka baca Cleo dalam tandas. Boring kadang2, guna suma masa yang ada.”

“ Owh. Saya pun, tapi kadang-kadang la. Saya ni jenis yang mengira.”

“ Kira kambing biri-biri ka? Lain juga stail ko ni. Nanti tertidur pula.”

“ Bukan la. Saya kira jubin@tile tandas tu ba…”

Ganjil kan. Bercerita perihal perbuatan ketika berak. Perbuatan yang sambil menyelam, minum air iaitu dua perbuatan yang dilakukan sekali gus. Perbualan gadis-gadis itu mengingatkan saya kepada perbualan saya dulu-dulu masa masih muda lagi bersama beberapa rakan yang juga pelik.

Berak Membaca
Berak jenis ini paling biasa kita dengar. Berak yang sambil menambah ilmu didada sambil membuang isi perut. Berak jenis ini juga selalu dilakukan oleh pelajar-pelajar yang masuk ke tandas untuk membaca nota semasa peperiksaan berjalan. Tidak lupa juga kepada orang2 dewasa yang membaca akhbar terbaru yang berbau politik.

Berak Mengira
Orang yang jenis ini agak genius kerana selalu melatih otak untuk bekerja, termasuk mengira jubin di dalam tandas semasa membuang air besar.

Berak Termenung
Berak jenis ini sangat menyusahkan orang lain sebenarnya. Si manusia yang di dalam tandas itu akan terlupa dia sedang berak. Dia akan mula berangan. Dia akan berangan membuka syarikat lalu mengembangkan bisnesnya ke arena dunia. Bila dia sudah cukup kaya, dia akan membeli beberapa buah jet peribadi dan terbang lebih tinggi daripada awan ke angkasa. Dia hanya terjaga dari angan2 itu apabila orang menjerit-jerit mau masuk tandas sejak 40 minit yang lepas.

Berak Bersigup
Perbuatan ini agak biasa dilakukan oleh sesetengah orang. Berak ini tidak banyak keunikannya kerana mereka hanya menggunakan rokok murah, jenama Era dan sebagainya. Rokok mahal tidak mampu beli.

Berak Mencuci
Ada orang yang terlalu obsess dengan kebersihan tandas. Mereka juga tergolong dalam jenis yang prihatin dan penyayang kerana tolong mencuci tandas untuk kesejahteraan umum dan masyarakat. Keprihatinan mereka ini sangat medorong mereka mencuci tandas ketika berak, dengan cara memancutkan air dan memberus jubin tandas sehingga berkilat.


Berak Berjadual
Berak Berjadual bukanlah asing buat semua orang. Semua orang akan menjadualkan aktiviti ini sebagai ‘first thing to do in the morning’. Cuma, ada orang yang menjadualkan aktiviti ini untuk dilakukan pada tengahari, petang atau malam. Perbuatan ini menjadi asas kepada kehidupan yang teratur.

Berak Berangkat
Ini pun satu jenis berak yang menjengkelkan. Ada orang yang mau berak semasa mau berangkat. Asal mau jalan ja, mesti mau. Asal mau gerak ja, baru rasa mau berak .Benci betul.

Berak Escape/ Melepak
Pelajar-pelajar sekolah banyak membuat perkara jahat ini. Mereka saja ja masuk tandas kemudian tidak keluar-keluar lagi, sebab objektif mereka untuk ponteng kelas Biologi dan Sejarah.

Berak Menutup Hidung
Kerana terlalu malu bahan buangan sendiri berbau hampeh, mereka ini menutup hidung dan sambil membayangkan benda yang indah-indah.

Berak Kelam-Kabut
Berak dengan pantas selalunya berlaku ketika ada orang menunggu giliran ke tandas. Berak ini juga dilakukan oleh mereka yang selalu melakukan perkara dengan pantas. Ada orang yang juga selalu sibuk dan tidak mempunyai banyak masa untuk berhibur dan berehat, maka selalu merasakan berak itu tidak penting, lalu melakukan perkara itu dengan bersahaja.

Berak ‘Cancel’
Berada dalam posisi berak untuk waktu yang sangat lama namun akhirnya tidak membuahkan hasil walau sedikit pun. Jenis yang ini tidak sama dengan sembelit, sebab yang berak ‘cancel’ ini bukanlah penyakit, tetapi berkaitan dengan emosi dan perasaan. Perasaan itu ada, namun ia tidak muncul-muncul juga.

Berak Berlatih
Manusia-manusia tertentu terutama yang bergiat dalam bidang teater dan lakonan, selalu akan menggunakan waktu personal ini untuk melakukan latihan dialog dan memantapkan cara ekspresi muka ketika berlakon. Banyak juga orang yang berlatih speech ketika berak.

Berak Bertelefon
Jenis ini juga tidak ketinggalan dalam zaman serba canggih ini. Malah jenis ini akan tetap wujud dilakukan oleh orang-orang yang suka berkomunikasi. Mereka akan berbual semua perkara termasuk hobi dan makanan kegemaran walaupun ketika sedang berak. Dengan suara lantang.

Berak Berbual
Jenis ini lebih kurang sama macam berak bertelefon cuma jenis ini adalah perbualan yang nyata. Mereka sedang berak, tapi berbual dengan rakan mereka yang juga sedang berak di tandas sebelah. Dengan suara lantang.

Berak Ingin Tahu
Terlalu curious dengan rupa makanan malam tadi yang sekarang sudah menjadi bahan buangan.

Berak Vandalisme
Jenis yang jahat ini dilakukan oleh orang-orang yang nakal. Mereka menconteng dinding, melukis gambar-gambar lucah, perkataan-perkataan lucah, menulis nombor telefon pondan untuk servis dan sebagainya. Ada juga yang memutuskan tali flush dan mencucuh api rokok ke papan pemisah antara tandas. Orang yang jahat ini juga pengamal Berak Bersigup.

Berak Terpengaruh
Orang-orang yang tidak ingin berak akan merasa terpukau apabila ada orang kata mau berak. Mereka terpukau sebentar lalu memutuskan untuk pergi ke tandas untuk berak. Jika mereka cuba untuk berak, mungkin sekali mereka akan mengalami Berak ‘Cancel’.

Berak ‘for fun’
Yang ini mau tengok jenis orang. Ada orang yang suka mencuba makanan baru, ada orang yang suka mencuba perabot baru dan ada juga yang suka dengan tandas baru. Orang yang suka mencuba ‘for fun’ ini, mungkin akan mencapai kepuasan yang tidak terkata jika tandas itu sangat menarik.

Berak Tersasar
Tidak masuk. Tidak gol. Juri angkat scoreboard angka 0.


Jum cari tandas.

Friday, July 11, 2008

Hola

kamu orang tau tu buku yang sedang saya baca tu kan, sebenarnya sedikit sebanyak menarik minat saya untuk mengetahui lebih dalam tentang sejarah Sabah. Buku itu menceritakan era sebelum perang dunia kedua, menurut pengalaman si penulis tentang kehidupan dia la, tentang orang-orang gaji dia la, dan sebagainya.

Ada antara baris-baris perkataan dia yang menyebut tentang masalah dulu-dulu yang terbawa sehingga ke hari ini.

Ada si penulis menyebut perihal orang gaji dia, Arusap seorang Murut. Si penulis menceritakan kegagalan Arusap dan isteri dia mendapatkan keturunan.
Si penulis ini menulis ayat-ayat seperti , "Arusap was unable to contain his vanishing tribe." dan juga seperti, " I saw it was not a baby buried here, but a race."

Ini bermaksud, tribe ataupun keturunan asli di Borneo sebenarnya semakin menghilang sejak dari dulu, seperti yang telah disedari oleh si penulis tersebut.

Si penulis juga menyebut, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama antara foreigner dan the local people. Ada orang local juga yang pandai berbahasa English tapi jumlahnya sedikit. Si penulis menyatakan ada kepelbagaian bangsa yang wujud semasa pemerintahan orang putih dulu2, sebab itulah bahasa melayu menjadi bahasa utama, lalu perkara itu membawa kepada masalah hari ini. Bahasa melayu baku menjadi bahasa utama pengantara antara pelbagai bangsa.

Sekarang saya duduk di Miri, susah la mau belajar bahasa sendiri lagi. Saya paham bahasa Iban dan bahasa Melayu Sarawak yang mudah2 sekarang. Bahasa sendiri, pening kepala.

Monday, June 30, 2008

Operasi Sulit



woi!




Saya menulis entry yang ini dari meja bos di opis ni. Sekarang jam 8.57 pagi. Yang hari tu, bos bilang guna komputer dia buat kerja2 yang tertangguh minggu lepas. Yang minggu lepas saya kasi masuk data dari resit pembelian ke dalam komputer dalam format excel. So, minggu ni saya teruskan la. Sebelum buat tu, sempat lagi mo menulis blog. Hahaha...(ketawa jahat).




Saya sihat ni selalu. Semalam tido awal lepas baca buku Land Below the Wind tu. Seawal 8 malam mungkin tu. BAru tau.




Dalam bulan Jun ini, banyak benda yang berlaku. Contohnya, EURO 2008 tu, memang ternyata Sepanyol hebat kerana mengalahkan Jerman, satu berbalas kosong. Tapi, saya nda tengok la, sebab memang nda tengok bola pun punya jenis manusia.




Satu hal yang paling menarik saya suka mau sebut ialah, sekarang ialah musim budak2 sekolah masuk ke pengajian lebih tinggi, samada swasta ka kerajaan ka.




Memang ternyata, semua pelajar yang berjaya melanjutkan diri ke pengajian tinggi akan merasa teruja dan berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh. Memang kehidupan yang diorang impi-impikan tu sebagai pelajar universiti, ialah sebuah mimpi yang paling indah. Mereka akan membayangkan kehidupan yang bebas, lebih bebas daripada sekolah menengah dan matrikulasi. Tapi semua itu hanyalah bayangan, dan angan-angan yang mungkin masuk akal.




Hari ni, saya keluarkan teori lagi, untuk pelajar yang tahap sederhana. Katakan, mereka akan belajar 4 tahun di universiti. Jadi, teorinya ialah macam ni.




Tahun Pertama: Teruja, rajin, berusaha --> keputusan bagus


Tahun kedua: Tidak teruja lagi, ada kekasih, malas --> keputusan menjunam


Tahun ketiga: Menyesal, berusaha sket


Tahun keempat: Menyesal juga, berusaha sket


Lepas abis studi: Masih menyesal sebab result nda best.




So, begitu la teori yang kita boleh guna pakai untuk 70% student di suma universiti di Malaysia. Pattern student memang tidak lari.




Jadi, kepada manusia-manusia yang akan masuk melanjutkan diri ke universiti atau kolej, berhati-hati dengan tindakan anda. Berani buat berani tanggung, sekali buat seumur idup tanggung ooo...

Sunday, June 15, 2008

Membaca. Hobi baru.

Baru-baru ni saya telah beli sebuah buku penulisan tentang pengalaman seorang wanita Amerika yang berkisarkan kehidupan dia di Sabah pada zaman penjajahan British.
Pada awalnya saya terjumpa sinopsis buku ‘ Land Below the Wind’ ini semasa mencari maklumat tentang sejarah Borneo Utara. Ternyata buku ini menarik minat saya kerana mungkin kandungan buku ini yang menceritakan kehidupan di zaman penjajahan British.
Saya mula mencari buku yang ditulis oleh Agnes Newton Keith ini di kedai-kedai buku di Kuala Lumpur, tapi tidak pernah berhasil. Tapi baru-baru ini, saya berjaya mendapatkan buku ini di Belle’s Bookshop, Miri dalam seksyen Borneo.
Saya sedang agak teruja membaca sedikit demi sedikit buku ini, yang banyak memperlihatkan gaya penulisan Amerika, ringan dan banyak humor.

Tengah membina minat baru la pula. Membaca.

Praktikal

Bermula Praktikal ( extended student version)

Apa boleh buat tuan-puan, begini la nasib si anak muda, semester ni baru dapat meneruskan praktikal selepas terkandas pada semester sebelumnya. Tapi, ini nda bermaksud saya sudah melembikan semangat untuk terus berjuang. Seperti yang kamurang tau, saya dapat praktikal di Miri.

Itu hari sebelum praktikal, saya terbang la sehari lebih awal. Pada 10 hari sebelum tarikh penerbangan saya itu, saya terpaksa membeli tiket ke Miri yang berjadual 6.50 am. Punyalah awal saya bilang. Bikin tensen ba kadang-kadang. So, terpaksalah saya harus dan mesti menepati waktu itu.

So, pada hari yang tersebut ikut jadual, saya pun bangun jam 4 am, dan bergerak pada jam 4.30 am dari rumah. Mo pegi airport bukan dekat kalo dari rumah saya, so terpaksa juga mengejar waktu. Pengiraan saya begini; kalo terbang jam 6.50 am, saya mesti at least da check in pada 5.50 am. So, dari rumah boleh sampai airport dalam masa 45 minit la juga pada subuh hari. Dan pengiraan itu tidak silap sebab dalam 5.25 am saya da berbaris dengan manusia-manusia ke Miri.

Dalam pada itu, saya terkompius ba bila tengok paparan ‘depature’ ke Miri, tiada pula jam 6.50 am! Dasat juga la rasa. Sudah la rasa pening kepala mau muntah, nda cukup tido kali, then, ditambah lagi sedikit rasa cemas. Tapi gelombang-beta di kepala masih banyak, so nda ter’efek’ banyak la. Dengan mata kuyu memandang paparan tu, saya menghembus nafas panjang….’’huh, abislah…’’sambil berlalu dengan bersahaja.

Bila ku tenung paparan tu semula, saya cuba la cari nama Miri. Owh, ada rupanya tp pada jam 11.30 am. Bikin panas ja. Tapi hairan pula, kenapa tiada pemberitahuan. Ada ba juga kaunter check-in yang bertulis Miri pada subuh tu, tp dah namanya kompius, paparan tunjuk jam 11.30 am , tapi ada pula kaunter buka waktu tu. Saya malas berpikir panjang, terus ja la p join baris.

“ Ini ka flight yang p Miri jam 6.50 am tu?”, saya tanya la tu petugas awek sana semasa turn saya.
“ Ya, ini la tu. Sori la encik sebab terpaksa di tukar. Nanti jam 11.00 am, baru masuk balai berlepas ya.”, kata si petugas awek tu.
“ Ok la”, saya kata sambil menjeling manja ketika berlalu pergi. Ku lihat dia tersipu-sipu malu dan manja juga…

Lepas tu pergi tandas. Kencing bau hangit. Tengok cermin ada taik mata besar. Patutlah si petugas awek tu tidak berani angkat muka, seram tengok taik mataku yang canggih. Patutlah dia senyum2 ja. Cipan. Malu la I…

Bapa yang dari tadi menunggu mengajak pegi bersarapan sebab flight lama lagi. Waktu tu baru jam 6.20 am. Kemudian kami pegi kedai cina, makan mi guring nda halal. Ada la ramuan rahsia tu. Akhirnya abis makan dan Bapa nda boleh tunggu juga sebab mo balik hantar kereta, Bonda mau guna pegi pasar. Bapa hantar la saya pegi airport then dia pegi la balik.

Tinggal saya lagi seorang. Biasa berseorangan juga. Duduk menunggu detik menjelang 11.00 am. Gelombang-beta akhirnya menjelma dan cuba menundukkan saya dipeniduran. Saya pun terhangguk-hangguk dari jam 7 pagi tu kerana mengantuk. Memang mengantuk gila ba. Saya duduk ja di sana sampai jam 11.00 am. Punyalah lama tu oii!

Bila ada pengumuman masuk untuk penumpang ke Miri, saya bingkas bangun, pegi tandas dulu, kencing bau hangit, then cuci taik mata, then masuk la. Semasa pemeriksaan hand luggage tu, petugas tu suruh saya buka beg saya. Seram juga la rasa. Dia check beg saya. Semasa dia pandang skrin x-ray tu, saya pun pandang sama, huioo..ada benda macam wire yang berlingkar2 dan kelihatan mencurigakan la juga. Macam bom oowh.

Tiada apa2 yang jadi juga ba, benda yang berlingkar tu cuma LAN cable untuk komputer. Boleh la pergi dengan selamat.

Masuk airplane. Saya berabis la tido. zzZZzZZZZzz…

Dozier kutip saya di airport Miri.

Saya pegi minta putung rambut. Dia putung stail rambut orang muda2. Terpaksa la saya hidup dengan gaya rambut terpacak untuk beberapa ketika ni. Ada gel rambut baru juga untuk ‘kekerasan yang memanjang’.

Penat owh banyak benda…nanti saya cerita.

Kahwin kakak


My Sisters Wedding [Jonuen & Arlina]

Tarikh 26 April 2008, bersamaan pada hari Sabtu, merupakan sebuah hari yang sangat bermakna buat keluarga kami. Anak kedua dalam keluarga Joseph telah melangsungkan majlis perkahwinan meriah dihadiri seluruh penduduk kampung dan rakan-rakan terdekat kepada kedua pasangan ini.

Selesai misa pemberkatan kahwin kakak di Chapel St. John, Tuaran semua orang pun mau bertolak balik ke rumah untuk majlis makan tengahari di rumah pengantin perempuan. Sadis ba saya waktu tu, tiada tempat mo tumpang untuk balik rumah. Suma kereta penuh orang. Memang betul la sistem yang diorang pakai, penumpang kereta pergi dan balik adalah sama. Jadi, tiba-tiba saya ada, memanglah tiada tempat duduk. Ada juga la option yang pelik, iaitu saya pegi duduk belakang Hilux 4x4 sepupu. Pakai kot dan duduk kat belakang tu. Sadis ba saya. Penat direct dari Kuala Lumpur n rushing naik teksi selepas mendarat di KK, kemudian tiada pula dipikirkan kewujudan saya ni yang memerlukan satu tempat duduk kosong dalam mana-mana kenderaan sewaktu balik pada kemudian acara. [komplen]

Saya diamkan ja la. Then abang kasi pindah penumpang supaya saya boleh naik dia. Untung ada ruang lagi untuk saya.

Orang-orang di chapel telefon orang-orang yang membuat persiapan di rumah, mau tau air sudah naik ka belum. Malam sebelumnya ada hujan lebat, dan dikhuatiri banjir akan melanda. Uncle bilang sudah naik 2 cm kasi tenggelam jalanraya utama ke kampong. So kami orang terpaksa ikut jalan lain, dan terpaksa pusing jauh sikit la. Semasa memasuki jalanraya tepi sungai, memang terpaksa meredah air banjir yang sudah agak tinggi sedikit. Air sungai sudah melimpah sedikit ketika kami memasuki simpang pegi rumah pengantin merangkap rumah saya tu.

Semua hal berjalan lancar dan terpaksa dilajukan sedikit untuk berlumba dengan banjir yang sedikit demi sedikit menaiki tebing dan melarat ke rumah. Pada sekitar jam 2 petang, air sudah naik ke buku lali. Walaupun begitu, orang tetap ramai bersama-sama meredah air. Banyak makanan yang telah disediakan untuk semua orang. Bila saya round pegi dapur tengok, banyak sangat lauk pauk yang tersimpan untuk dijamah banyak orang. Tetamu yang hadir pada ketika itu dalam lingkungan 200 orang la juga. Tapi lauk memang sangat banyak. Bila saya tanya auntie, dia bilang dijangka tetamu yang hadir adalah 500 orang. Patutlah banyak sangat lauk. Tapi sayang, banjir telah menutup jalan-jalan untuk masuk ke kampung kami. Banyak juga panggilan telefon yang Bonda jawab, semuanya tetamu-tetamu yang tidak kesampaian mau menjejak kaki ke majlis itu.

“Banjir. Memang tiada jalan lain lagi. Apa boleh buat.”, itu ja Bonda mampu jawab.

Majlis tetap berjalan juga la hari tu. Orang tetap gumbira la berguyang dan menari seperti dusun tipikal. Pemain band yang disewa tu hari tetap bermain juga dengan rancak di tempat yang tinggi sedikit. Suma orang pun gumbira. Banyak yang mabuk, banyak yang kenyang dan banyak lagi la.

Esoknya pagi, air banjir sudah surut dengan laju. Ada la ramai orang yang datang kasi kerjakan pinggan mangkuk dan cuci periuk gelas dan semua sekali. Penutup periuk yang hanyut ke hulu semasa banjir menaik telah ditemui semula ketika ia menghilir pagi itu. Saya pula terpaksa la meringan tulang mencapai penyapu dan menyapu lumpur yang menutupi segenap lantai rumah ruang bawah. Kazen-kazen beraksi, kawan-kawan adik dari Politeknik KK juga membanting tulang sama membersih lumpur. Dalam jam 10 pagi tu, orang-orang dewasa mula bertindak membuka ‘meja mabuk’. Banyak benda lagi boleh diminum, banyak benda lagi boleh dimakan. Apalagi, beraksi hingga la ke petang.

Esoknya pagi lagi, bapa masak saki-baki daging dalam peti sejuk buat sup. Beberapa kawan Bapa dan Bonda datang, kemudian dari beberapa jadi ramai pula. Apalagi, beraksi la lagi hingga ke petang.

Esoknya lagi, ada lagi mereka datang sebab Bapa panggil. Apalagi, nda abis la aksi kalo belum malam. ‘Cecair mabuk’ belum abis ba.

Dalam 4 hari tu, saya memalu gong saja la. Ada set gong 6 biji dan satu set kulintangan yang dorang Bonda beli di Kudat khas untuk keramaian majlis kakak. Best ba main benda-benda tu. Jatuh cinta juga pada kulintangan.

Wednesday, May 21, 2008

Menjelajah Memori (Part III)

Pada awal penghijrahan kami ke kampung, kami menetap di rumah nenek. Dan dalam masa yang sama rumah kami dibina tidak jauh dari tempat itu.

Saya untuk ke sekian kalinya mendaftar masuk ke sekolah baru lagi. Sekolah Kebangsaan Tinambak nama diberi. Tapi saya tidak kekok sangat kerana akhirnya saya bersekolah bersama dengan murid-murid yang majoriti bangsa saya.

Satu hal yang sangat berlainan pada saya ialah cara percakapan saya ketika itu. Bila saja saya berdialog, saya tidak dapat menghalang diri daripada menggunakan kata ganti nama diri merujuk kepada diri sendiri, iaitu, aku atau saya. Bayangkan, saya membesar diseluruh pelosok negeri Sabah dengan menggunakan perkataan 'aku' namun di kampung ini, semua orang menggunakan kata ganti nama 'saya'. Jadi, terdapat pertembungan dalam dialog kami orang. Dan apabila saya menggunakan 'aku', semua orang nampak tidak selesa. Tapi ada satu orang budak tu yang kureng sket la, mengkomplen cara saya bercakap. Sebenarnya saya tidak pernah sedar perkataan 'aku' itu tidak sedap didengar oleh orang lain, tetapi kerana budak kureng itu la yang membuat saya membuka mata dan mengubah dunia.

Ketika bermain dengan rakan,
" Ok, giliran aku lagi", saya kata la.
" Jangan guna aku, guna saya la" , kata budak kureng tu.
"Owh, ok. Sekarang giliran saya", saya bercakap dengan yakin.

Tapi tidak lama kemudian, guna 'aku' lagi.

Lama kelamaan, itu tidak lagi menjadi masalah. Kehidupan menjadi normal tanpa banyak highlights. Rumah ketika itu agak kecil, tanpa banyak expansion seperti yang hari ini. Beruntung la sebab buat rumah sukahati macam mana design. Malah tanah sendiri memberi peluang kepada pemilik untuk membuat sebesar mana pun rumah. Tapi rumah tu tidak la besar mana pun hari ni. Selepas beberapa waktu tinggal di rumah nenek, kami sekeluarga terus masuk ke rumah baru yang separuh siap. Bapa kan jenis yang tidak mau menyusahkan orang lain, sebab tu bila atap dan dinding da pasang, Bapa kata kami pindah masuk saja la.

Di sekolah, ketika itu saya mendaftar diawal tahun 1997 selepas waktu cuti persekolahan tamat. Saya pertama kali belajar di sekolah, penuh dari awal tahun. Saya duduk sekumpulan dengan budak paling pandai dalam kelas, iaitu seorang budak perempuan. Namun kedatangan saya ke kelas ini, membuatkan kedudukan beberapa orang akan tergugat. Saya menjadi saingan utama si budak perempuan itu. Kami saling berusaha mengalahkan sesama, dasat juga la bila markah dia lebih tinggi daripada markah saya. Saya rasa nda puas hati pula. Dia pun begitu juga kalo markah saya lebih tinggi.

Perkara yang membuatkan dia istimewa ialah dia si budak perempuan itu sebenarnya sangat comel dan kiut. Saya mengaku saya kadang-kadang saya suka si budak-perempuan-comel-dan-kiut ini. Walaupun dia mungkin agak pendiam dan kelihatan agak pemarah ketika itu, tapi saya tidak takut pula. Budak nakal kan. Siok saja. Rasanya hormon testosteron saya da menjelma kut. Huhu. Setiap sekolah yang saya masuk sebelum itu, saya pasti akan jatuh cinta pada sesiapa yang paling comel. Tapi yang di sekolah itu, saya jatuh cinta pada dia seorang pula. Kesian saya kn. Nakal tapi pemalu. Jadi saya jarang berpeluang bercakap dengan dia.

Bila UPSR menjelma, saya tidak yakin sangat dengan performance saya. Saya buat macam selalu ja la. Tidak pernah expect yang terbaik. Namun keputusan menunjukkan prestasi saya adalah pada 4A1B dengan B itu untuk Bahasa Inggeris. Perkara kedua yang saya mau tau selepas itu ialah keputusan si budak-perempuan-comel-dan-kiut itu la. Dia pun 4A1B juga, tapi B dia untuk Sains. Sejak dari hari itu, saya selalu mo dengar update cerita dari dia.

Saya pun melangkahkan kaki masuk ke SMK. Tenghilan bersama ramai kawan2 dari sekolah yang sama. Di sekolah menengah, memang agak dasat juga perasaan bila bersekolah dengan ramai pelajar yang mencecah angka ribu. Sebab selama ini, sekolah rendah dalam ratus orang ja. Memang terkejut beruk la. Kelas tingkatan satu ada banyak, A, B, C, D, E, F, G, H kut. Dan saya dikelaskan pada C. Dasat la juga rasa, sebab saya tidak sekelas dengan budak-budak lain yang lebih bijak. Saya rasa sangat hairan,sedangkan pada seminar UPSR yang lepas, banyak budak-budak yang satu seminar tu sekarang duduk di kelas A. Tapi saya di C. Macam mana juga la sistem pembahagian kelas.

Banyak juga perkara yang terjadi semasa bersekolah di SMK. Tenghilan sebelum saya berpindah sekali lagi. Saya sempat menikmati kehidupan sebagai pelajar harian biasa selama 6 bulan. Sempat juga tengok sumandak-sumandak lawa dusun yang selama ni tidak saya berpeluang tengok.

Akhirnya, pada suatu tarikh, saya dapat suprise di kelas, ada kek budak-budak lain bawa masuk. Saya masih ingat nama guru kelas kami tu. Cikgu Angah guru Matematik merangkap guru kelas 1C. Semasa matapelajaran matematik, kelas kami bertukar menjadi majlis perpisahan la pula. Saya ingat saya kena suruh bagi sepatah dua kata. Tidak ingat apa yang saya kata. Tapi semua orang kelihatan sedih. Saya pun sedih juga. My time at SMK.Tenghilan was officially over.

Walaupun sedih meninggalkan sekolah dan rakan-rakan, dan si-budak-perempuan-comel-dan-kiut yang duduk di kelas A, saya sebenarnya juga teruja kerana bakal masuk ke sekolah baru, sekolah berasrama penuh, atau nama rasminya, Sekolah Menengah Sains Labuan.

Kehidupan bermula lagi.

bersambung...

Monday, May 19, 2008

Menjelajah Memori (PartII)

sambungan..



Rumah kayu kami yang kami bina, turut musnah. Rumah kami betul2 dalam laluan angin. Pada sebelah awal malam, kami di rumah saja makan kuih muih sambil bergumbira. Tapi yang dasatnya, bila da tido, angin mula melanda. Saya terbangun pada malamnya sebab bunyi-bunyi atap rumah yang mula mengganas. Bunyi deruan angin juga sangat jelas. Saya lihat melalui tingkap, tapi cuma nampak kegelapan. Adik lelaki saya sudah terbangun dan kelihatan cemas. Kami pun bergegas ke bilik Bonda. Ternyata kakak sudah lama di situ. Dia dan Bonda duduk merapat sambil adik perempuan saya masih berumur kurang setahun dipeluk erat Bonda.

Saya orang lelaki paling tua dalam rumah ketika itu, dan umur saya hanyalah 11 tahun. Abang sudah pulang ke kampung sejak seminggu yang lalu dan tinggal bersama nenek. Bapa pula kebetulan sudah keluar ke tempat kerja syif malam yang bermula jam 12 tengah malam. Saya terus memandang melalui tingkap dan kadang-kadang saya terlihat pergerakan dalam kekelaman itu. Atap beberapa rumah sudah mula tercabut dan bunyi deruan angin semakin kasar. Semua orang dalam bilik itu sekarang dalam ketakutan yang amat. Kami semua tersentak apabila ada benda berterbangan yang berdentum kerana telah melanggar dinding rumah kami.

Saat yang paling cemas bermula semasa rumah mula bergoyang menahan ribut. Bonda terkumat-kamit membacakan doa manakala kami semua bingung tidak tergerak berbuat apa-apa. Atap di ruang tamu mula terkopak dan menghempas-hempas membingitkan suasana dalam keganasan angin melanda. Atap bilik Bonda juga tiba-tiba menghilang dalam kegelapan kerana diterbangkan angin. Hujan mencurah-curah masuk bersama angin. Bonda tiba-tiba berdiri meluru ke almari dan mengambil semua benda bernilai yang boleh dicapainya dengan pantas.

Bonda menjerit menyuruh saya untuk membuka tingkap-tingkap rumah supaya angin dapat melalui dengan mudah. Saya dengan penuh rasa cemas meluru ke tingkap dan membuka setiap satu dengan pantas. Tiba-tiba rumah bergegar. Kali ini lebih kuat. Rangka yang memegang atap mengelongsor lantas memperlihatkan langit yang sedang mengganas. Ternyata atap itu terlekat teguh pada rangka, sehinggakan angin tidak mengalah mau mencabut semua sekali. Bonda mengarahkan untuk membuka pintu depan, supaya angin akhirnya dapat melalui masuk dari pintu utama dan keluar dari tingkap.

Saya bergerak dan membuka pintu, tetapi tertolak dan terjatuh kerana angin meluru masuk dengan rakus. Saya terlihat laluan agak bersepah dengan zink atap rumah orang yang tersangkut di depan pintu. Bonda sudah berada dibelakang. Bonda memeluk adik kecil saya dan memberi isyarat supaya semua orang keluar. Bonda dan yang lain-lain berlari keluar dan menuruni dengan pantas. Saya cuma risau jika ada benda berterbangan yang bakal mencederakan sesiapa. Saya menjadi orang terakhir keluar dan menuruni tangga dengan pantas.
Saya terjatuh terpijak benda asing yang bersepah di tangga.

Dalam cubaan bangun semula, saya terjatuh kerana sakit itu cuba menguasai. Namun, memandang Bonda yang berlari dalam gelap memberi saya semangat. Saya cuma mau tiada benda yang mencederakan semua orang. Gabungan angin dan hujan sangat sejuk dan menakutkan. Tapi semangat seharusnya tidak pernah takut dan terpadamkan. Saya lantas bangun dan terhenjut-henjut mengiringi Bonda ke tempat yang lebih menjanjikan keselamatan.

Kami berkurung di bawah rumah jiran sebelah yang tidak banyak terusik oleh angin dan ketakutan. Bonda, kakak dan adik berpelukan. Saya mengambil sedikit jarak supaya saya dapat melihat semua orang. Bonda ternyata memeluk anak-anaknya dengan erat.

Untuk seketika, angin masih mengganas. Lama-kelamaan ia semakin reda dan menghilang. Cemas menghilang seiring cerah menjelang. Pagi mula menyinar dan keadaan sudah selamat untuk melihat keluar. Berdiri di puncak bukit ini, membuatkan saya sedar bahawa keadaan adalah lebih teruk daripada yang dapat saya bayangkan. Hampir semua rumah yang kelihatan, mengalami kerosakan. Ada rumah yang tidak kukuh dan hancur. Rumah saya sendiri sebenarnya berdiri di atas puncak bukit namun terselamat daripada bergolek ke celah bukit mengikut angin.

Akhirnya, jiran dari rumah hujung sana datang dan tidak habis-habis menangis kerana sekeping atap rumahnya diterbangkan angin. Bila dia terlihat rumah kami dan rumah banyak orang di bukit sebelah sini, dia terdiam dan kelihatan ada kesyukuran diwajahnya. Dia mencari adiknya iaitu tuan rumah tempat kami berlindung sebentar tadi. Auntie tuan rumah ini, mendakwa rumahnya terangkat sebelum dia terjelepok pengsan. Pastinya dia sangat terkesan kerana mengalami semua ini berseorangan. Tiada ahli keluarganya di rumah ketika kejadian.

Kerana semua ini, Bonda akhirnya memutuskan untuk menetap di kampung. Bapa tidak berpindah kerja. Cuma rumah kami yang seterusnya ini akan dibina di kampung. Tempat baru. Sekolah baru. Teman-teman baru. Hidup baru.