Entah la apa mau cakap.
Sebagai manusia yang tidak ada larangan memasuki tempat-tempat pelik seperti rumah urut, pub, kelab malam, dan disko, banyak hal yang pelik telah saya lihat. Tempat-tempat pelik ini juga sebenarnya mengundang kecewa saya kerana melihat banyak orang satu negeri saya buat hal-hal janggal sebagai pekerja dalam pusat-pusat maksiat bekenaan.
Tidak lama dulu, saya ada masuk sebuah disko pub di daerah Puchong. Sebagai pelawat yang pertama kali memasuki tempat itu, saya mendapati kebanyakan pelayan-pelayan yang gembira melayani tetamu itu mengaku mereka orang Sabah. Saya tumpang layan gembira la juga, tapi dalam hati, tensen juga.
Ada juga saya dengar banyak kali di daerah Port Klang sini, pelayan-pelayan dalam kelab disko pub pun banyak orang Sabah Sarawak. Saya ni boleh la tahan lagi kalo mereka itu hanya melayan kita mabuk minum, tapi yang paling tidak tahan apabila mereka sendiri mau tips lebih dan mengajak buat perkara ganjil yang menyeronokan ( sori la bahasa sendiri mau paham ).
Saya selalu juga melawat rumah-rumah urut dekat daerah Klang sini, dan sudah pastilah saya sentiasa mencari tempat yang betul kaedah mengurutnya. Tapi dalam beberapa ketul rumah urut yang saya lawati bersama rakan, banyak pengurut-pengurut wanita yang mengaku mereka orang Sabah, suka meminta tips dan akan memberikan ekstra urutan ke tempat-tempat yang sensitif ( so called Happy ending ).
Kenapa begini pelik?
Ada juga pekerja-pekerja saya yang suka melayan pelacur di Port Klang. Teruk saja dengar pelacur-pelacur ni menurut mereka adalah Orang Sabah! Memang la sebenarnya ada bangsa-bangsa lain wujud dalam kegiatan ini semua, tidak terkecuali orang Thailand, China, Myanmar, Filipina, Indonesia dan sebagainya.
Saya tahu orang-orang semenanjung menganggap orang Sabah sebagai 'murah' akibat daripada kewujudan manusia-manusia yang tidak betul fikiran mereka ini. Di bawah ini adalah gambar sekitar Selangor.
Antara apartment yang diduduki orang Sabah |
Antara apartment yang diduduki orang Sabah |
Ini Orang Sabah sedang bermain bola |
Orang Sabah bermain petang, |
Chapter 2
Saya tidak tahu la orang lain, tapi bagi saya, keputusan meninggalkan negeri sendiri untuk mencari wang di negeri orang lain adalah perkara mulia dan berani dalam niatnya. Cuma caranya saja yang menjadi persoalan sekarang. Tapi siapa yang tidak tertarik dengan gaji lumayan jadi seorang pengurut dengan gaji Rm5000 ( ini yang saya tengok dalam suratkhabar). Mula-mula rasa janggal la kan, tapi lama2 biasala tu...
Ada satu ketika saya pergi berurut. Itu pengurut adalah seorang perempuan Thailand umur 29 tahun. Lepas habis berurusan mengurut, kami ada berbual sekejap. Dia cakap dia baru mari dalam 2 bulan. Dia lari dari kekasihnya, seorang Technician. Dia lari kerana merajuk itu kekasihnya ikut perempuan lain. Ketika itu, dia kerja bahagian Purchase. Patutlah English dia boleh tahan, malah dia boleh cakap bahasa Melayu sket2 walaupun baru dua bulan di sini. Akhirnya sampai di Malaysia buat kerja-kerja mengurut, termasuk hal yang pelik2. Apa yang saya tidak paham ialah, dia orang bijak pandai dan keluaran univresiti tapi akibat melarikan diri ke Malaysia, akhirnya bikin perkara ganjil yang memualkan.
Ada juga di Labuan sana, saya bertanya kepada satu orang gadis Filipina yang menjadi pelayan di disko pub. Kenapa dia bikin hal pelik macam ni. Jawapannya ialah, dia memang berharap untuk bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah atau kerja-kerja kilang. Namun akhirnya tertipu apabila dia ditolak ke tempat-tempat maksiat begni. Mau balik pun wang tidak cukup, passport bos pegang. Mau lari, tapi pegi mana? Akhirnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa dalam situasi itu.
1. Saya percaya kemusnahan yang dibawa oleh agensi2 pekerjaan tipu yang beroperasi tidak akan berakhir.
2. Orang Sabah dalam konteks artikel ini termasuk orang Bugis dan Filipina yang pernah menetap dan mendapat IC sebagai orang Sabah, dan kini mencari ruang di semenanjung Malaysia.
3. Saya benci dengan pemerdagangan manusia, terutama sekali aktiviti menjual manusia untuk dijadikan hamba-hamba seks di kelab-kelab malam.
4. Saya tidak menggalakkan anda buat perkara pelik dan artikel ini tidak bermaksud saya suka buat hal2 ini semua. Ini adalah informasi yang kita perlu untuk menjadi manusia yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment