Tuesday, March 22, 2011

Pembaris Unit Pelik!

Aish.

Betol aku benci weh.

Patot la aku selalu rasa pelik dengan unit inci yang pelik contohnya, 1/8" dan 5/8".

Selalu aku pening, kenapa macam tu?

Rupa-rupanya memang unit inci cuma ada LAPAN senggatan untuk satu inci. Bukan SEPULUH macam unit metrik, centimeter atau meter atau sebagainya. Selama ini kita guna pembaris budak sekolah, kita kena tipu dengan unit inci sepuluh senggatan. Memanglah terang-terang dah tulis TENTH kat sana, tapi mana kita peduli. Malang betul selama ni ikut kepala lutut manufacturer yang sukati dia saja. Patutlah aku selalu hairan macamana unit inci ini yang sebenarnya, untunglah bekerja dengan bidang-bidang paip yang masih guna sistem Inci ini, baru aku perasaan.

Ada tulis TENTH, pun bukan aku tau apa maksud.

Kamu lihatlah beza antara dua. Yang pembaris oren itulah menunjukkan senggatan yang tepat.
Lama juga aku pikir kenapa aku tidak tahu bahawa unit inci cuma ada lapan senggatan, rupanya dari aku kecil budak sudah tersimpan bahawa inci ada sepuluh senggatan. Jangan tertipu lagi wahai semua. Ingat tu. Ingat tu!

1 comment:

Unknown said...

Jadi tenth tu inci?