Tuesday, April 14, 2009
Menjadi Superheroes!
Sepanjang memori saya, saya boleh mengatakan bahawa saya ada suatu kebolehan untuk menukarkan besi menjadi berkarat melalui sentuhan.
Owh, hebat!
Saya da boleh join Superheroes atau menjadi member kepada X-men, kerana mempunyai keganjilan yang aneh.
Pada dahulu kala ketika ku masih bersekolah rendah, ku selalu juga membeli pencil box besi yang mempunyai gambar Ultraman dan macam2 lagi. Namun, selepas beberapa ketika menggunakan pencil box besi itu, ku mendapati, karat mula merebak dengan pantas lalu menjangkiti segenap daerah pencil box itu. Kemudian ku terpaksa mengakui kehodohan dan bahaya pencil box itu dan berakhir dengan perpisahan yang memilukan di pembuangan sampah.
Kemudian ku beli la yang lagi baru. Dan berkarat. Dan di buang.
Lagi beli lagi. Berkarat. Buang.
Ini lah keganjilan ku, tapak tanganku berpeluh. Sweaty Palms. Banyak benda menjadi sukar kerana hal ini, seperti pegangan tangan akan terlepas dan tergelincir, dan sebagainya. Tapi ku bersyukur la kerna ada keunikan ini yang pelik lantas membezakan aku berlainan ciri-ciri dengan orang lain.
Menjadi bercinta pun susah untuk holding hands, kerana peluh rimas itu ada menjadi sempadan tidak selesa dan cinta. Ia menjengkelkan. Sungguh.
Aku percaya ramai juga orang yang sebenarnya rimas dengan keselesaan orang lain yang tidak rimas dengan kondisi sendiri. Tapak tangan mereka normal. Tapak tangan segelingtir kami, aneh.
Kami Unik.
Labels:
General Interest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment