Wednesday, July 15, 2009

Pelik dan Janggal




Hal Pertama:


Saya mencuba membuat hobi baru dengan bermain Macromedia Flash. Chewah, cantik! Boleh la tahap kampung Pinggir Bandar Bawah Bukit Kejepes. Esok2 mau cuba buat yang lebih canggih. Yang gerak2 meletup. Mo cari idea dulu la.


Hal Kedua:


Semalam lepas balik dari kerja sekitar jam 9, saya bersama kelig (collegue) singgah sebentar di sebuah kedai makan ( sebuah rumah corner yang di ubahsuai menjadi kedai makan) untuk pekena semangkuk laksa.


Tiba2 orang call dari site sana mengatakan bahawa permit masuk untuk buat X-ray kat plant sana tiada. So si NDT koordinator site sana call saya minta saya tu permit. Padahal bukan saya yang pegang. Si kawan satu yang pegang, tapi dia sudah balik rumah, lebih kurang jam 9 lebeh sudah.


Mau tidak mau saya pun terpaksa call si kawan satu orang itu.


Call dia punya number, tapi langsung tiada bunyi beep2. Sekali dua try langsung tidak dapat connect. So saya call bini dia punya number la. Kami bertiga sama kerja tempat yang sama, bini dia tu jadi kerani tukang key in data report saja.


Bila saya call, lambat sket telepon itu diangkat. Yang menjawab tu pula si lelaki, bukan si perempuan.


Saya: " Hallo. Mana kamu? Tadi si aneh telepon minta permit. Mana itu permit hah? Nanti Orang tidak dapat kerja owh di sana, kita yang kena."


Dia: " Itu permit ada dalam Control Room sana. Memang ada di sana tu. Suruh dorang ambil la."


Saya: " Ok ok. Nanti saya bagitau dia."


Saya perasan suara si kawan tadi macam orang lepas berjoging saja. Mungkin sudah tido agaknya. Atau pun benda lain...


Sedang saya enak melayan laksa tu lagi, sambil meneliti body anak dara si tauke sana yang menjadi pembantu, tiba-tiba si aneh call lagi. Dia mula merungut2 lagi pada saya minta saya kasi selesai itu hal cepat2, nanti orang tidak dapat pegi X-ray itu paip dekat plant sana malam2.


Saya call lagi si kawan tadi.


Saya: " Hah! Macam mana? Diorang tidak dapat masuk owh. Kamu sendiri cakap dengan dia mana kamu simpan itu permit. Saya nda tau macam mana mau kasi terang pada dia lagi."


Dia: " Ok Ok. Tengok dulu la. " (suara longlai)


Saya: " Dapat kah? Call dia dulu."


Dia: " Ehmm..Ya. Saya cuba."( dengan longlai)


Begitu perbualan kami.


Saya ada sedikit prinsip kalo mo call orang malam2 sebenarnya. Kalo orang yang baru kawin, saya tidak berani mo call lebih daripada jam 8 malam. Bahaya.


Esok paginya, bini dia bergosip dengan saya, sampai la satu topik yang janggal.


Bini dia: " Ingatkan siapa yang telefon malam tadi, telefon tiba2 bunyi, rupanya kamu."


Saya: " Memang la saya. Tapi macam pelik juga saya rasa, suara laki kamu tu lemah longlai saja. APA KAMU BIKIN??"


Bini Dia: /* senyum lebar saja */


Saya: /* pelik dan janggal */


Teruk Punya Bonus

Celcom!

" Bonus Setia:

SMS PERCUMA ke 8pax anda akan di lupuskan pada 14/07/09 "

Cilaka.

7 tahun guna pun tiada untung punya nombor.

Monday, July 6, 2009

Hari2 Punya Hal!










































Ini antara gambar yang berkaitan dengan projek tempat saya bekerja.
Projek buat Plant Gas Murphy.

Dua pipeline masuk plant Murphy ini untuk Gas Compression, kemudian satu pipeline keluar pergi MLNG. Maksudnya, Murphy compress gas untuk jual kepada MLNG.

Sekarang Julai dah nak siap da itu projek, tinggal bikin report2 yang tertunda saja. Mungkin akan siap ini hujung bulan. Then commissioning mungkin bulan ogos.

Saya kerja teruk juga ni. Stay sampai malam. Tiada kehidupan yang nyata.
Masuk kerja jam 7.30am, mo bangun awal, bersiap awal.
Balik kerja malam2, jam 9.00pm pun ada.
Biasalah kalo projek dah mau abis, suma report dokumen mo kasi siap, macam apa saja.
Macam S**l!