Perlabuhan Klang
Perlabuhan Klang kalo kita ikuti perkembangan dia selama ini, memang merupakan antara perlabuhan penting di Asia Tenggara selain daripada Singapura.
Bila sebut Port Klang mungkin banyak orang tidak tahu sebenarnya ada beberapa ketul perlabuhan iaitu Perlabuhan Utara, Perlabuhan Selatan dan Perlabuhan Barat. Masing-masing ada peranan sendiri contohnya Perlabuhan Utara mengurus kargo dan kontena manakala Perlabuhan Barat pula banyak depoh-depoh untuk industry oil & gas, juga terletaknya perlabuhan Star Cruise, untuk kapal-kapal mewah berlabuh.
Hasil daripada kewujudan kawasan industri ini, Klang dengan cepatnya telah berubah rupa sehinggakan pembangunan setempat menjadi tidak menentu. Pada hari ini, daerah Klang kelihatan tidak terurus atau tersusun kerana banyak struktur telah bercampur aduk seperti bangunan lama dan baru.
Itu yang aku sesak tu. Disoriented.
Gagak
Sudah lama saya tidak jumpa ini binatang. Bertahun-tahun lepas saya pernah melihat haiwan ini hidup di daerah Tawau, Sabah. Tapi di sini pun ada, di Klang sini.
Gagak ni saya lihat tidak banyak yang istimewa, malah sering melihat haiwan ini dikaitkan dengan kejahatan kerana kalernya yang hitam dan bunyi 'kicauan' yang menjengkelkan. Selalu juga Majlis Perbandaran Klang menganjurkan pesta menembak gagak, dengan menyediakan hadiah-hadiah yang berpatutan. Ada juga MPK memberi ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menghapuskan gagak ini, katakan RM1 sekepala gagak. Boleh jadi bounty hunter.
No comments:
Post a Comment