Thursday, March 11, 2010

Windsock!

Selepas kena repair, dia pun kena sangkut semula berkibar dengan megah atas sana.
Sedih melihat windsock ini telah terkulai layu di sisi tangki pada pagi suatu hari itu. Dan di kelilingi gagak yang merasa pelik kehadiran benda oren ini seperti bangkai.

Semasa hari pertama kali dia di ikat di puncak tangki sana.



Windsock mula bergerak mencari arah angin.


Mencari lokasi yang baik untuk ikat tiang windsock.





Memanjat tangki itu agak menyemputkan. 12.8 meter tinggi bikin saya lembik lutut saja macam orang tua.
Ini antara benda2 yang kontraktor kena suruh bikin oleh klien. VO adalah kerja2 tambahan yang sepatutnya claim dan dapat duit. Tapi sudah banyak kita kasi abai saja, sebab kita juga pinjam harta benda klien kadang2. Budi balas budi.



Monday, March 1, 2010

Mau Hidup Punya Hal!




Mau Hidup Punya Hal!

Ada satu hari ku terasa mau adventur sorang-sorang berjalan-jalan d kota kuala lumpur sana. Dengan berbekalkan seketul kamera, ku pun merayau tanpa tujuan yang jelas mengharapkan suatu kejadian aneh atau pelik yang boleh ku rakam kan pada kameraku ini.
Pada suatu ketika aku turun dari monorel di stesen titiwangsa, ku terlihat perkara pelik ini yang aneh.
Beberapa orang manusia ku lihat tidak mempunyai aktiviti yang jelas yang menerangkan keberadaan mereka di sana. Tapi satu orang pakcik itu yang berbaju merah, sedang melabuhkan mata kailnya di parit itu.
Yang paling ajaib ialah dia akan menaikan seekor ikan setiap kurang daripada 10 saat. Ikan yang saya kira sedang2 besar saiznya itu, seperti sangat kebuluran kerana sangat cepat meragut umpan yang di turunkan. Kurang daripada 10 saat. Saya ada beberapa minit memerhati dari jauh, dan merasa bahawa kehidupan tidak la terlalu merungsingkan di kota sana.
Asalkan anda sanggup menerima kenyataan bahawa ikan yang anda makan itu berhabitat di parit besar KL.
"beri seekor ikan, makan untuk sekali. ajar dia mengail, dia akan makan seumur hidupnya"