Mau Hidup Punya Hal!
Ada satu hari ku terasa mau adventur sorang-sorang berjalan-jalan d kota kuala lumpur sana. Dengan berbekalkan seketul kamera, ku pun merayau tanpa tujuan yang jelas mengharapkan suatu kejadian aneh atau pelik yang boleh ku rakam kan pada kameraku ini.
Pada suatu ketika aku turun dari monorel di stesen titiwangsa, ku terlihat perkara pelik ini yang aneh.
Beberapa orang manusia ku lihat tidak mempunyai aktiviti yang jelas yang menerangkan keberadaan mereka di sana. Tapi satu orang pakcik itu yang berbaju merah, sedang melabuhkan mata kailnya di parit itu.
Yang paling ajaib ialah dia akan menaikan seekor ikan setiap kurang daripada 10 saat. Ikan yang saya kira sedang2 besar saiznya itu, seperti sangat kebuluran kerana sangat cepat meragut umpan yang di turunkan. Kurang daripada 10 saat. Saya ada beberapa minit memerhati dari jauh, dan merasa bahawa kehidupan tidak la terlalu merungsingkan di kota sana.
Asalkan anda sanggup menerima kenyataan bahawa ikan yang anda makan itu berhabitat di parit besar KL.
"beri seekor ikan, makan untuk sekali. ajar dia mengail, dia akan makan seumur hidupnya"
1 comment:
ntah mcm mana bleh terjumpa balik blog ni....sgt sinonim remsauce mungkin dgn ko...
Post a Comment