Sunday, June 6, 2010

Cerita Terkumpul 1

Chapter 1: Ikut Bidang Pembinaan

Apakan daya kita. Time skolah dulu tidak mau skor baik2 dalam exam, sekarang sudah jadi kehidupan yang pelik.

Panas la kerja ni.

Untung la saya ni jenis tidak kisah kepada penampilan diri saya yang semakin hari semakin kelabu dibakar panas terik mentari. kulit sudah tidak cantik da. Ini la nasib yang harus kena tempuh seorang pekerja yang komited kepada bidang pembinaan kejuruteraan sivil dan mekanikal.

Orang-orang yang bekerja dalam bidang ini biasanya dipandang sebagai sekumpulan manusia yang ganas dan kasar. Lebih kurang la juga.

Bayangkan ini banyak antara mereka ini langsung habis sekolah menengah terus masuk kerja buruh. Ataupun lebih teruk lagi yang tidak menghabiskan pendidikan mereka dalam peringkat menengah sekalipun.

Bayangkan budak2 nakal yang suka melawan guru sekolah, yang takda tanda2 berjaya dalam hidup, semua mereka ini pasti la tersangkut jadi buruh2 kasar yang bekerja untuk wang semata-mata di masa depan mereka. Budak2 nakal ini mungkin perlu bimbingan dan pendedahan awal tentang kehidupan menjadi buruh yang sangat tidak membahagiakan.

Susah jadi buruh.

Terpaksa bersaing dengan pekerja2 pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan.

Pekerja asing sanggup terima gaji lebih rendah.

Susah ooo. Sekolah la tinggi2 kalo boleh.

2 comments:

doЯn said...

skul high2 pun xguna..janji bahagia..:D

remsauce said...

ya bos. yang penting barang keperluan cukup dulu, baru boleh bahagia. barang kehendak tu belakang kira la. skul high2 pun, kalo trait dia celaka, smpi sial pun celaka jg. hoho!