Friday, June 25, 2010

Belum kena Rekod

Semalam kita orang ada tengok siaran 999 kat tv3.

Itu cerita berkisar kisah-kisah pelik di Sabah tentang manusia-manusia ganjil yang tidak kena dokumen oleh kerajaan Malaysia.

Ada satu budak yang kena temuramah oleh pihak 999 perihal dia tidak mahu pergi sekolah. Itu budak Pala'uh dengan jelas menerangkan dia kena belasah oleh orang Suluk.

Ini la antara perihal pelik yang masih wujud dalam masyarakat Borneo Utara ini hari. Masih wujud hal seperti sikap perkauman orang dulu-dulu. Masih dengan sikap kelanunan dan pemenggal kepala.

Yang bangsa laut, masih lagi mengaku keturunan pahlawan, berkuasa atas ikan di laut.

Yang bangsa darat, masih mengaku keturunan pahlawan pemenggal kepala, berkuasa atas burung-burung di udara dan segala yang melata di bumi.

Lain kali jangan fikir guna kepala lutut la..

sudah mau capai tahun 2020 ni.


Tuesday, June 8, 2010

Cerita Terkumpul 2

Chapter 2: Tiket Murah VS Tiket Mahal.

1. Untung la saya punya tiket balik Sabah ini tengah bulan, kompeni yang tanggung. Best o Best. Cuti seminggu.
2. Tadi ada itu kawan minta tolong beli tiket flight guna wang saya dulu. RM1000++ ba utk 2 orang. Dia bawa bini dia sekali dari Bintulu sana. Semalam dia minta tulung kawan sorang tu beli utk dia dulu dari Miri - LCCT, sebab tiket dari Bintulu sudah penuh.
Kawan yang tulung beli tiket ni sudah kasi tau berkali2 bagi itu orang, supaya check in 2 jam lebih awal di Miri sana.
Ini kawan satu lagi tu pula bertolak dari Bintulu guna bas Bintulu- Miri yang jam 6 petang punya. Perjalanan ambil masa 3 jam owh..sampai Miri sana sudah jm 9 mlm, dan terbang pula jm 10 mlm.
Apalagi, kita kat klang sini sudah jangka dia pasti tidak dapat kejar itu check in punya la. Panas pula rasa tiket rm918 tu hangus macam tu saja.
Tadi pagi, sedap la saya korek ATM kasi keluar wang beli dia punya tiket.

Sunday, June 6, 2010

Cerita Terkumpul 1

Chapter 1: Ikut Bidang Pembinaan

Apakan daya kita. Time skolah dulu tidak mau skor baik2 dalam exam, sekarang sudah jadi kehidupan yang pelik.

Panas la kerja ni.

Untung la saya ni jenis tidak kisah kepada penampilan diri saya yang semakin hari semakin kelabu dibakar panas terik mentari. kulit sudah tidak cantik da. Ini la nasib yang harus kena tempuh seorang pekerja yang komited kepada bidang pembinaan kejuruteraan sivil dan mekanikal.

Orang-orang yang bekerja dalam bidang ini biasanya dipandang sebagai sekumpulan manusia yang ganas dan kasar. Lebih kurang la juga.

Bayangkan ini banyak antara mereka ini langsung habis sekolah menengah terus masuk kerja buruh. Ataupun lebih teruk lagi yang tidak menghabiskan pendidikan mereka dalam peringkat menengah sekalipun.

Bayangkan budak2 nakal yang suka melawan guru sekolah, yang takda tanda2 berjaya dalam hidup, semua mereka ini pasti la tersangkut jadi buruh2 kasar yang bekerja untuk wang semata-mata di masa depan mereka. Budak2 nakal ini mungkin perlu bimbingan dan pendedahan awal tentang kehidupan menjadi buruh yang sangat tidak membahagiakan.

Susah jadi buruh.

Terpaksa bersaing dengan pekerja2 pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan.

Pekerja asing sanggup terima gaji lebih rendah.

Susah ooo. Sekolah la tinggi2 kalo boleh.