Tuesday, June 9, 2009

Selamat Gawai

Selamat Gawai (Gayu Guru Gerai Nyamai)

Hari Gawai lepas banyak mengingatkan saya kepada kisah saya dulu2 semasa melawat rumah ke rumah semasa hari perayaan. Yang paling seronok apabila bahasa perbualan kita tidak sama tetapi kita berjaya berkomunikasi dan menyampaikan mesej yang betul kepada setiap orang.

Kalau dulu2, semasa hari raya, kami orang Dusun berziarah ke rumah orang Bajau. Lalu orang2 tua berlainan bahasa ini berbual guna bahasa masing2, seperti ayam dan itik berbual. Itik bercakap dan ayam menyahut, ayam bercakap itik juga menyahut. Sungguh seronok.

Pada Gawai lepas, saya pula pegi ‘ngabang’ rumah orang Iban. Untung saya faham bahasa Iban, tapi tidak fasih sangat untuk menuturkan bahasa itu. Pada itu hari, seorang nenek Iban duduk sebelah saya, lalu kami berbual. Saya bercakap guna bahasa Malaysia standard. Dia pula bercakap bahasa Iban standard. Macam ayam dan itik la. Cuma dia guna bahasa yang dalam sket, susah juga mo faham.

Sebenarnya saya tidak perasan pun kami berbual-bual guna lain-lain bahasa, saya Cuma tersedar bila seorang cucu nenek itu kata, “ Nenek saya tu tidak pandai cakap Melayu la!”. Saya sudah palau pula tu tau. Nda sempat pikir pun.

Cerita pasal mabuk.

Bagi orang-orang yang tidak moginum @ ngirup @ minum mabuk, mungkin tidak tahu satu kepelikan tentang minum mabuk ini. Satu kebenaran yang tidak banyak orang tahu ialah, ‘tahap kemabukan bagi setiap orang adalah berbeza’.

Ganjil juga hal ini.

Ada orang yang minum berapa banyak alcohol, lalu mabuk.

Ada orang yang minum lebih banyak alcohol pada jumlah berliter-liter, tapi lambat mabuk.

Ada orang yang minum beer, minum arak, minum rice wine (tuak@tapai) tapi tidak juga mabuk.

Ada orang kata, badan orang kecil senang saja mendapat mabuk berbanding orang yang berbadan lebih besar.

Pernah juga tengok dua orang yang minum mabuk, seorang badan kecil dan seorang badan besar, tapi yang badan besar itu lebih cepat mabuk.

Ada juga kes, orang mengajak pompuan minum mabuk dengan niat mo ambil kesempatan, tapi ternyata pompuan itu tidak juga mabuk, tapi si lelaki itu sudah muntah dan tertiarap di atas lantai kerna mabuk.

Ganjil juga hal ini. Boleh buat tajuk tesis ni, untuk pelajar Chemical. Hoho.

SELAMAT GAWAI DAN KAAMATAN 2009!

Thursday, June 4, 2009

Simpang Mengayau

Benda bulat!

jarak itu

Perspektif dari sebelah KB.

"kamu di situ"


Jurugambar Terhebat



Satu cara posing.


Salah satu kegunaan benda bulat itu.


Ada jalan yang canggih.

Tip Of Borneo


" Di sini la tempat kejadian itu"


"Ok.Ok cukup. Ada cerita lain?"


"Itu hari saya d KK, ada sekumpulan perempuan orang putih."


"And then?"



"then, saya dengar diorang kata, " I don't want to go shopping somewhere like KK Plaza", then suma ketawa. Haha."



"Haha. That's a good one."

Simpang Mengayau












Simpang Mengayau

Ada satu hal yang buat saya keliru. Nama tempat itu adalah ‘simpang’ yang mengambarkan sebuah pertemuan jaringan jalan. Namun, tempat itu bukanlah sebuah simpang seperti yang saya gambarkan dan saya kecewa. Hoho. Tidak kecewa pun, sukati bapa dia la mo bagi apa nama tempat itu.
simpang itu




Itu hari, kami sekeluarga telah pun merajinkan diri melawat ke tempat itu, iaitu Simpang Mengayau. Kalo di dalam peta, tempat itu terletak di hujung atas negeri Sabah. Telinga sebelah kiri. Kanan. Kiri. Kiri la tu.


Masa perjalanan jika anda bermula dari KK mungkin boleh mencecah 4 jam. Jauh juga tempat itu.


Saya tidak kisah sangat la apa yang membuatkan tempat itu menarik. Mungkinkah kedudukannya yang betul-betul pada ‘tip of borneo’. Saya pernah melihat kawasan seperti ini sebenarnya menjadi meriah jika ramai orang yang datang berkunjung pada satu-satu masa.


Saya mencadangkan bahawa lokasi itu adalah suatu bonus kepada negeri Sabah. Belum adakah syarikat yang berminat membuka chalet di situ? Atau membuka hotel, resort atau apa-apa infrastruktur yang boleh menarik minat lebih ramai orang untuk berkunjung?
biru mata memandang



Jauh betul tempat tu owh. Memang betul2 terperuk tersembunyi di sebalik pepohonan kelapa dara. Pantai tempat tu memang cantik. Air laut betul-betul biru. Pasir putih. Memang berangin. Malah semasa perjalanan ke tempat itu pun kita boleh merasa perbezaan daerah ini dengan daerah lain.




pokok kelapak - marsha milan


Daerah ini ditumbuhi ribuan pohon kelapa, yang saya percaya menjadi sumber alam yang paling utama buat penduduk di sini. Pernah juga saya dengar cerita itu orang putih melihat potensi daerah itu sebagai tempat yang paling sesuai untuk membuat ‘wind power plant’. Kalo jadi itu barang, kan bagus, tidak payah la mo susah-susah import elektrik dari empangan Bakun sana.



wind power plant-holland (belanda)

Tandas Ajaibpersinggahan sementara


Kewujudan tandas itu telah menaikkan taraf ekonomi di situ. Bagi pengguna-pengguna jalan raya yang memandu berjam-jam lamanya, sudah pasti terkadang terasa ingin membuang sisa perut dan pundi kencing. Sudah tentu mereka akan mencari peluang berhenti di tepi jalan,memberi salam kepada tandas dan meloloskan bahan buangan itu hanyut dalam saluran pembetung dan menjadi lebih lega dan ceria. Banyak juga manusia yang tidak mengendahkan lalulintas dan dengan selamba ‘menyiram rumput’ di tepi jalan.


Kalo bos Cina ku lihat, dia pasti mengamuk. “ What the fcuk? These people…stupid…third class mentality…never change…”





Kereta Sapu

kereta itu




Di Kudat sana, banyak orang yang berniaga mengangkut penumpang menggunakan kenderaan persendirian, yang kita gelar sebagai kereta sapu. Betul kata orang, lain padang lain belalang. Banyak kota yang kita pernah lawat semuanya menggunakan perkhidmatan teksi yang standard. Hoho. Jangan risau, di Sabah saja kita boleh tengok situasi macam ini. Pekan-pekan di negeri ini majoriti adalah pekan koboi yang tidak memerlukan perkhidmatan teksi sekalipun. Kenapa? Kerana banyak penduduk tidak dapat afford tambang teksi pun.


Kesimpulannya, sistem pengangkutan penumpang di Sabah adalah teruk berbanding banyak tempat. Macam taih kucing saja. Cubalah kasi naik taraf itu pengangkutan terutama sekali bas, yang ternyata transportation paling murah dan relevan untuk rakyat Sabah yang miskin sekalian.

















Melawat 1Borneo

Secara tidak rasminya, saya mengistiharkan diri sendiri sebagai pengkritik pembangunan negeri Sabah.

“ Wah, tahniah!”

“ No big deal!”

Sebagai seorang manusia Sabah yang berdiam jauh dari negeri sendiri, rasanya saya mempunyai kelayakan untuk menilai tahap pembangunan negeri Sabah untuk beberapa tahun ini. Sejak 3 tahun yang lepas, kepulangan saya ke Sabah boleh di katakan berkala, iaitu setiap 6 bulan sekali. So, saya melihat perubahan demi perubahan yang ketara di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Tiada menjadi ada, kosong menjadi penuh, kurang menjadi banyak.

Orang kata One Borneo itu sangat besar dan mungkin telah memecah rekod di Borneo sebagai pusat membeli-belah yang terbesar di rantau ini. Pada ketika saya meninggalkan Sabah suatu ketika dulu, kawasan itu cumalah batu-batu asas dan sedikit pembangunan. Waktu berjalan dan bangunan itupun sudah siap, seperti apa yang di laporkan oleh Daily Express online yang saya baca ketika itu. Sejak beberapa bulan ia beroperasi, dan hari ini saya sudah mendarat di negeri ini. Pasti lah terasa gatal mau melawat 1B itu!

Dari pemandangan luar lagi, saya sudah cukup tertarik dengan bangunan mega itu. Betul, serupa macam ketika saya merayau-rayau di kota Kuala Lumpur dulu-dulu. Saiz urban kuala lumpur tu memang tidak payah cakap la, memang besar gila dan berpuluh kali ganda luas daripada saiz urban 1B yang hanyala sebutir beras di dalam sekampit beras 5kg.

Bila ku melangkah masuk, huioo besar amat tempat itu. Ku rasa tempat itu amat luas dan amat luas. Luas amat.

Terasa macam berjalan-jalan kat Times Square Kuala Lumpur sana.

Terasa macam berjalan-jalan dalam bangunan kat Genting Highland sana.

Yang paling best, saya juga mengungkapkan ayat yang sama di 1B ketika saya di Genting Highland sana.

“ Huio, ini macam di Hong Kong!”

First place di Sabah yang saya tengok tempat orang cina berkumpul bersiar-siar paling ramai.