Secara tidak rasminya, saya mengistiharkan diri sendiri sebagai pengkritik pembangunan negeri Sabah.
“ Wah, tahniah!”
“ No big deal!”
Sebagai seorang manusia Sabah yang berdiam jauh dari negeri sendiri, rasanya saya mempunyai kelayakan untuk menilai tahap pembangunan negeri Sabah untuk beberapa tahun ini. Sejak 3 tahun yang lepas, kepulangan saya ke Sabah boleh di katakan berkala, iaitu setiap 6 bulan sekali. So, saya melihat perubahan demi perubahan yang ketara di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Tiada menjadi ada, kosong menjadi penuh, kurang menjadi banyak.
Orang kata One Borneo itu sangat besar dan mungkin telah memecah rekod di Borneo sebagai pusat membeli-belah yang terbesar di rantau ini. Pada ketika saya meninggalkan Sabah suatu ketika dulu, kawasan itu cumalah batu-batu asas dan sedikit pembangunan. Waktu berjalan dan bangunan itupun sudah siap, seperti apa yang di laporkan oleh Daily Express online yang saya baca ketika itu. Sejak beberapa bulan ia beroperasi, dan hari ini saya sudah mendarat di negeri ini. Pasti lah terasa gatal mau melawat 1B itu!
Dari pemandangan luar lagi, saya sudah cukup tertarik dengan bangunan mega itu. Betul, serupa macam ketika saya merayau-rayau di kota Kuala Lumpur dulu-dulu. Saiz urban kuala lumpur tu memang tidak payah cakap la, memang besar gila dan berpuluh kali ganda luas daripada saiz urban 1B yang hanyala sebutir beras di dalam sekampit beras 5kg.
Bila ku melangkah masuk, huioo besar amat tempat itu. Ku rasa tempat itu amat luas dan amat luas. Luas amat.
Terasa macam berjalan-jalan kat Times Square Kuala Lumpur sana.
Terasa macam berjalan-jalan dalam bangunan kat Genting Highland sana.
Yang paling best, saya juga mengungkapkan ayat yang sama di 1B ketika saya di Genting Highland sana.
“ Huio, ini macam di Hong Kong!”
First place di Sabah yang saya tengok tempat orang cina berkumpul bersiar-siar paling ramai.
No comments:
Post a Comment