Tuesday, June 9, 2009

Selamat Gawai

Selamat Gawai (Gayu Guru Gerai Nyamai)

Hari Gawai lepas banyak mengingatkan saya kepada kisah saya dulu2 semasa melawat rumah ke rumah semasa hari perayaan. Yang paling seronok apabila bahasa perbualan kita tidak sama tetapi kita berjaya berkomunikasi dan menyampaikan mesej yang betul kepada setiap orang.

Kalau dulu2, semasa hari raya, kami orang Dusun berziarah ke rumah orang Bajau. Lalu orang2 tua berlainan bahasa ini berbual guna bahasa masing2, seperti ayam dan itik berbual. Itik bercakap dan ayam menyahut, ayam bercakap itik juga menyahut. Sungguh seronok.

Pada Gawai lepas, saya pula pegi ‘ngabang’ rumah orang Iban. Untung saya faham bahasa Iban, tapi tidak fasih sangat untuk menuturkan bahasa itu. Pada itu hari, seorang nenek Iban duduk sebelah saya, lalu kami berbual. Saya bercakap guna bahasa Malaysia standard. Dia pula bercakap bahasa Iban standard. Macam ayam dan itik la. Cuma dia guna bahasa yang dalam sket, susah juga mo faham.

Sebenarnya saya tidak perasan pun kami berbual-bual guna lain-lain bahasa, saya Cuma tersedar bila seorang cucu nenek itu kata, “ Nenek saya tu tidak pandai cakap Melayu la!”. Saya sudah palau pula tu tau. Nda sempat pikir pun.

Cerita pasal mabuk.

Bagi orang-orang yang tidak moginum @ ngirup @ minum mabuk, mungkin tidak tahu satu kepelikan tentang minum mabuk ini. Satu kebenaran yang tidak banyak orang tahu ialah, ‘tahap kemabukan bagi setiap orang adalah berbeza’.

Ganjil juga hal ini.

Ada orang yang minum berapa banyak alcohol, lalu mabuk.

Ada orang yang minum lebih banyak alcohol pada jumlah berliter-liter, tapi lambat mabuk.

Ada orang yang minum beer, minum arak, minum rice wine (tuak@tapai) tapi tidak juga mabuk.

Ada orang kata, badan orang kecil senang saja mendapat mabuk berbanding orang yang berbadan lebih besar.

Pernah juga tengok dua orang yang minum mabuk, seorang badan kecil dan seorang badan besar, tapi yang badan besar itu lebih cepat mabuk.

Ada juga kes, orang mengajak pompuan minum mabuk dengan niat mo ambil kesempatan, tapi ternyata pompuan itu tidak juga mabuk, tapi si lelaki itu sudah muntah dan tertiarap di atas lantai kerna mabuk.

Ganjil juga hal ini. Boleh buat tajuk tesis ni, untuk pelajar Chemical. Hoho.

SELAMAT GAWAI DAN KAAMATAN 2009!

3 comments:

Donut said...

remond!!!selamat gawai..eh..bukan dah lame ke?

remsauce said...

Gawai dah lepas, tapi mabuk tak habis-habis. Haha. Donut o Donut.s

Nurul Nasir said...

Cool