Saturday, May 7, 2011

May Already

Tersangat lama tidak post apa-apa.

Kebelakangan ini saya sentiasa tidak ada kesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis sepatah dua kata dalam blog ini. 

Baru-baru ni saya berhenti kerja dan komited untuk bekerja di Sabah sahaja, dan akhirya mendapat position baru di sebuah syarikat pembinaan. Tiada kena mengena dengan industri minyak dan gas. 

Syarikat ini terlibat dengan pembinaan projek-projek kerajaan terutama untuk pembangunan sekolah, jalan raya bangunan kerajaan, loji rawatan air dan sebagainya. Saya pula sekarang ini bertindak sebagai Jurutera M&E untuk bangunan, dan buat masa ini ditempatkan di tapak projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Sabah, Kepayan.

Pengetahuan baru dan pengalaman baru. Tapi ini mungkin yang terbaik.

Dalam ini dunia, cuma ada tiga pekerjaan. Kerja untuk kerajaan, kerja untuk industri minyak dan gas, dan kerja swasta / sendiri.

Bekerja untuk kerajaan - wang masuk dengan konsisten, pengalaman tidak mencabar langsung, kerja itu lekat saja sampai pencen.

Bekerja untuk industri minyak dan gas - wang masuk dengan konsisten dan gila lebat, pengalaman gila-gila, kerja ada sikit gila. Kaya untuk sendiri dan komuniti minyak dan gas.

Bekerja Swasta / sendiri - wang masuk tidak konsisten, pengalaman gila stress, untung rugi banyak di pengaruhi 'connection' dengan industri swasta / sendiri sahaja. 

Saya suka apa saya buat sekarang. Projek-projek ini adalah untuk menambah baik kehidupan masyarakat umum hari ini dan masa depan. 

Sesuai dengan jiwa. 

No comments: