Friday, December 23, 2011

Cerita Pindik

Itu kereta saya parah juga jadi dia. 

Entah apahal jalan raya buruk sangat di Sabah ni. Kamon la, kasi upgrade sket. Kereta mewah pun tiada guna (bukan kereta saya yang mewah, tapi kereta orang). Tengok la itu badan sudah tukar warna jadi sedikit coklat. Kalo kalian tengok dia masa itu lumpur masih basah, serupa macam strawberi kena dip coklat. SEDAP. (feveret si Siti Nurhaliza).
Chocolate-Dipped-Car
Chocolate-Dipped-Strawberry


Masa saya cuci di Car Wash tempoh hari, si stranger sebelah sedap mulut saja cakap," Hmm, bagus beli four wheel drive."
Saya tau la maksud dia tu 4X4 drive. Kalo maksud 'four wheel drive' yang sebenar ialah 'pandu empat roda', paling ngam maksud ialah kereta.  Saya panas juga hati orang tidak ngam perkataan. Memang la saya sekarang memandu 'empat roda'. 
Ahh. Panas saja hati kalo cerita pasal kereta ni. Memang jalan raya buruk. Orang banyak wang mampu la beli yang 4x4, yang tidak mampu tu, begini-begini saja la.


Chocolate-Dipped-Car-Mysterios-Plat-Number

Cepat betul nombor siri kereta sudah tukar, saya baru beli tiga bulan lepas, sekarang nombor siri sudah naik pigi H. Saya suka betul cari-cari nombor kereta orang yang kena mengena dengan saya, contohnya nombor telefon, nombor kad pengenalan.

Tapi yang paling saya tunggu-tunggu ialah nombor kereta yang berturutan dengan saya punya. Ada la saya jumpa yang satu ni "Nombor Sebelum".  Sori bos tangkap ko punya kereta di Inanam. Lama saya cari tu.

Mysterious-Saga-Fl-Owner
Ada satu pagi saya tengah driving mau pigi kerja.  Tup-tup, jalan jem. Apa punya buruk lagi hal sedang berlaku ni. Sumpah seranah berselang seli dengan lawak si Ray Suria.Fm memecah bingit pagi. Ketawa dia bikin panas. Seriously. No.

Lama saya driving, tengok banyak kereta memotong di depan, dan sampai giliran saya. Adedeh... Kenapa ada orang tengah cycling time-time peak hours begini, jam 8 pagi yooo. Ko tinguk sendiri itu gambar la, mana dapat memutung jalan lagi. Ngam-ngam tengah naik itu jalan belakang Inanam-Donggongon tu. Slow  diorang naik. Orang yang lane sebelah tinguk semacam. Yalah~ saya macam excort gitu. Terpaksa saya buat-buat cool. Dada ke depan!

Hari-hari biasa pun bikin saya takut tinguk lane sebelah tu. Tiap pagi jem, bila dorang bosan menunggu, dorang tengok kereta di lane sebelah la. Dorang tengok saya cruising rilek saja naik tu bukit selalu. Terpaksa saya act cool. Dada ke depan!


Nda la saya memboikot niat manusia mau bersukan. Biarkan mereka. Mereka sanggup buat, mereka sanggup bayar, mereka sanggup tanggung.

Ini bulan saya mula bersukan sudah. Tapi naik turun gym di City Mall. Ko mo jumpa saya? Ada la saya sana tu malam-malam kasi otot bekerja. Kasi kurang yang lebih. Tapi yang paling best ialah, saya dapat jumpa selebriti-selebriti tempatan yang turut mengerjakan otot mereka di sana.

Entah kenapa saya rasa famous sudah sekarang.

Saturday, December 10, 2011

Keriting Bulu Mata?

Adus.

Kenapalah. Kenapa ada benda macam ni. Itu jam saya pegi itu salun potong rambut, saya ada terlihat ini perkhidmatan. Kadang-kadang saya pun tidak paham, kenapa ada perempuan yang begitu extrem dengan kecantikan luaran. Kenapa mau keriting bulu mata? Keriting rambut sudahlah, bukan? Tapi, serius saya gelak lucu tengok perkhidmatan itu.

" Kenapa mau keriting bulu mata?" tanya saya pada itu awek salon. "Perm bah itu. Bukan keriting gulung-gulung," jawab itu awek.

Kemudian masuk ke chapter lelaki tidak sensitif.

Bayangkanlah. Ada perumpamaan kata: 'Men read the headlines, women read the fine prints' yang lebih kurang bermaksud, lelaki baca tajuk besar, wanita baca tulisan kecil. Alahai, macam baca surat khabar gitu, lelaki tengoknya tajuk saja kemudian baca sikit, tapi wanita baca itu tajuk dan baca semua sekali.

Terus terang saya cakap disini: Sangat jarang lelaki yang akan nampak bulu mata kamu wanita telah di 'perm'. Sebab itu barang terlalu kecil. Nyaris tidak kelihatan. Kecuali mata kamu berdua sudah dalam jarak lingkungan 5 inci. Yang sudah kahwin, boleh la  begini rapat. Yang belum tu, tahan-tahan la, duduk renggang-renggang.

Tapi make-up dan solekan itu semua serius boleh bikin muka setan cantik macam bidadari. Betul juga perlu solek itu wajah, jangan kurang, jangan lebih. Saya selalu juga terkejut perubahan awek-awek zaman sekolah dulu-dulu, muka-muka setan yang saya reject. Kini mereka tampak cantik siot, dengan solekan segala. Rasa rugi pun ada. Pada muka saya.

Cerita lelaki sensitif, ada masa saya cerita.

Sunday, December 4, 2011

Signed Up for Core Fitness

As if I don't, I will die.

It is rather true that I prefer to workout inside a gymnasium than outside. It is always a dream of mine to have such beautiful cuts and curves for a long time. Since high school, I always try to imitate gym workouts, which vision was clouded by the end product than the journey. Big bulky muscles, that was one of my dream.

But the end, I found out it was all wrong. Since I joined the course, with a personal trainer as my guru, working the muscle out is all about the process. Eat and drink healthy, give more effort and have faith are the generic objective, but to live it, unpleasant.

So, I try my best, within this three months, to cut down everything: weight, cholesterol and glucose from my inner system.

Hopefully.