Saturday, December 10, 2011

Keriting Bulu Mata?

Adus.

Kenapalah. Kenapa ada benda macam ni. Itu jam saya pegi itu salun potong rambut, saya ada terlihat ini perkhidmatan. Kadang-kadang saya pun tidak paham, kenapa ada perempuan yang begitu extrem dengan kecantikan luaran. Kenapa mau keriting bulu mata? Keriting rambut sudahlah, bukan? Tapi, serius saya gelak lucu tengok perkhidmatan itu.

" Kenapa mau keriting bulu mata?" tanya saya pada itu awek salon. "Perm bah itu. Bukan keriting gulung-gulung," jawab itu awek.

Kemudian masuk ke chapter lelaki tidak sensitif.

Bayangkanlah. Ada perumpamaan kata: 'Men read the headlines, women read the fine prints' yang lebih kurang bermaksud, lelaki baca tajuk besar, wanita baca tulisan kecil. Alahai, macam baca surat khabar gitu, lelaki tengoknya tajuk saja kemudian baca sikit, tapi wanita baca itu tajuk dan baca semua sekali.

Terus terang saya cakap disini: Sangat jarang lelaki yang akan nampak bulu mata kamu wanita telah di 'perm'. Sebab itu barang terlalu kecil. Nyaris tidak kelihatan. Kecuali mata kamu berdua sudah dalam jarak lingkungan 5 inci. Yang sudah kahwin, boleh la  begini rapat. Yang belum tu, tahan-tahan la, duduk renggang-renggang.

Tapi make-up dan solekan itu semua serius boleh bikin muka setan cantik macam bidadari. Betul juga perlu solek itu wajah, jangan kurang, jangan lebih. Saya selalu juga terkejut perubahan awek-awek zaman sekolah dulu-dulu, muka-muka setan yang saya reject. Kini mereka tampak cantik siot, dengan solekan segala. Rasa rugi pun ada. Pada muka saya.

Cerita lelaki sensitif, ada masa saya cerita.

2 comments:

MalizaMah said...

boleh eaa bulu mata kerinting...
hihihi/.....
singgah sini jap.
usha entri usha iklan.
sama2 tambah tabung.

remsauce said...

menabung cara normal, buang duit syiling atas meja. kumpul banyak-banyak. bila bayar, guna duit kertas. duit pecah simpan atas meja lagi. guna duit kertas bila bayar lagi.