Tuesday, March 10, 2009

Melawat UMP!

Pada sekian haribulan, saya sekali lagi terpaksa terbang ke kuantan bagi menghadiri kursus Soft skill terakhir.

Namun dalam perjalanan itu, terlalu banyak hal yang berlaku dan membuatkan kepala ku berpusing ligat mencari jawapan.

Semasa di airport Bintulu, ada dua penerbangan yang telah ditunda gara-gara hujan lebat. Namun nasib baik hujan itu tidak menganggu jarak pandangan penerbangan, walaupun sebenarnya telah dilewatkan selama 15 minit.

Seperti biasa, semasa dalam penerbangan, awan tebal menguji iman banyak penumpang. Apa tidaknya, kapal terbang yang bersaiz besar tu pun bergegar macam gila, apa lagi kalo naik jenis Fokker50 tu. Betul-betul membuat semua orang cemas. Akhirnya penerbangan selama dua jam lima minit itu pun berakhir dengan gilang gemilang dan mendarat di LCCT.

Pada itu hari, saya tidak membawa banyak barang. Saya hanya ada bawa satu beg besar yang saya tarik ketika berjalan. Fesyen yang paling common buat semua orang. Tapi bila saya check in itu beg, saya hanya berjalan berlenggang, tanpa ada satu pun beban yang perlu saya pegang. Yang penting beg duit, tiket dan dokumen yang patut saja. Patut la majority orang tengok saya semacam saja, macam orang yang naik turun bas saja, tanpa ada barang.

Saya pun memulakan perjalanan saya dari LCCT sebiji seperti apa yang telah saya rancang. Saya ambil AeroBus (RM8) pergi ke KL Sentral. Dari sana, saya berjalan kaki pergi seberang jalan, dengan beg tarik saya tu. “grrrr…grrr..”, bunyi roda dia bila berjalan atas batu tar. Saya pun naik itu KL Monorel pergi ke stesen Titiwangsa. Sebenarnya saya sebut Pekeliling, tapi memang sebenarnya tempat tujuan tetap sama.
Malang betul la. Tiket bas ke Kuantan abis.

Banyak orang yang termundar-mandir, terkebil-kebil kedu gigit jari sendiri. Sebab tiket bas abis.

Semua tiket bas semua jenis syarikat bas abis.

Tapi saya memang ada jangka ini hal pasti berlaku, sebab orang balik kampong bercuti tiga hari iaitu sabtu, ahad dan isnin public holiday. Akhirnya saya pun bingung lalu menelepon si Bilus.

“Ada satu cara.” Kata dia mencadangkan pegi membodek, minta kesian pemandu bas, supaya dapat naik bas pada malam itu.

Seram betul cara tu. Sudahla saya nda pandai mau buat muka kesian. Akhirnya saya pun telefon kakak.

Kakak pun jadi bingung.

Tapi bincang punya bincang, akhirnya kakak pun tolong la belikan saya tiket MAS pergi ke Kuantan. Trimas sangat la. Banyak sudah hutang ni. Tiket MAS bukan murah tuan-tuan, tapi kakak bilang,” Yang penting ko sampai”. Chewah, siok ja ada kakak yang baik ni.

“Grrr… grrr..”, bunyi beg tarik saya tu melewati banyak orang semasa mo pegi stesen Titiwangsa tu lagi. Saya terpaksa patah balik lagi guna jalan yang sama. Saya tidak tahu mana jalan mo pegi KLIA sana, melainkan dari LCCT. So saya pun naik la KL Monorel tu sekali lagi, pegi KL Sentral sana, naik Aerobus lagi pegi LCCT, baru la saya tau bas yang pegi KLIA sana. Membazir waktu dan wang saja kan. Ada satu orang putih, dia naik sekali juga bas pegi KLIA tu. Dalam tengah perjalanan dari LCCT pegi KLIA, tiba-tiba dia tanya itu driver, betul ka ini bas pegi airport AirAsia. Saya pun seram juga dengar dia ni, bukanka tadi tu airport AirAsia. Itu driver tidak pandai sangat cakap orang putih, dia pass pegi saya pula. Mampus saya mo jawab!

Dia merungut-rungut kata dia baru mendarat dari Shanghai, dan sekarang mau pergi Singapura.

Dia merungut lagi, dia tanya mana AirAsia pada orang, then he ended up on this bus.

Saya pikir macam ni la.

Dia baru mendarat dari Shanghai. Dia mau checkin flight AirAsia pegi Singapore. Mungkin dia tanya orang yang tidak fasih faham bahasa tu semasa keluar dari balai ketibaan, dan suma tunjuk bus AirAsia saja. Pastilah dia naik bas jawabnya! Malu betul saya sebagai rakyat ini negara, kita beri wrong servis dan info.

“What a ridiculous f*ckin day!” kata dia tensen.

Saya tengok orang putih tu macam urgent saja berlari pegi kaunter MAS di KLIA sana, untuk beli tiket baru ke Singapura. Saya pun tidak dapat buat apa juga sudah. Saya direct saja masuk pegi balai pelepasan. Tepat jam 9.50pm hari tu, penumpang-penumpang pun berlepas ke Kuantan.

Pada lima tahun lepas, dalam penerbangan malam seperti ini ke Kuantan, saya teringat satu hal yang menarik telah berlaku . Kami penumpang terbang dua kali, dan mendarat tiga kali. Luarbiasakan kejadian ni. Mula-mula terbang pegi Kuantan, tapi tidak dapat mendarat kerana cuaca tidak mengizinkan. Saya memang sedar itu kapal lama berlegar-legar di udara, sebelum dia berpatah balik pegi KLIA. Beberapa lama terkandas di KLIA, baru la kami dipanggil masuk semula untuk penerbangan ke Kuantan lagi.
Berbanding dengan jadual asal pendaratan di Kuantan pada jam 10.20pm, kami hanya dapat mendarat pada jam 2.00 pagi. Yang lagi seronok, penumpang-penumpang lain semuanya ada orang datang ambil, sehingga la pada suatu saat, tinggal saya lagi seorang asing di bumi Pahang masih termangu terkebil-kebil terkedu gigit kuku sendiri pada pagi itu.

Apa boleh buat. Saya kena tegarkan hati untuk datang mendaftar sebagai seorang pelajar KUKTEM pada tahun 2004 itu. Pada jam 3.00 pagi hari itu, saya tidak ada tempat tujuan untuk saya tuju. Saya pun duduk di kerusi yang ditempatkan di ruang legar airport, merapatkan semua barang dan beg saya berdekatan kaki, dan mencari posisi paling baik untuk tidur sementara menunggu hari siang.

“ Kamu tak balik ke?”, tiba-tiba seorang pakcik guard tanya saya.

“ Tidak encik. Saya takda kenalan sini. Saya tunggu kawan saya datang esok pagi.”, kata saya sambil membetulkan rambut dan mengosok biji mata.

“ Sepatutnya kamu tidak boleh tido sini.” Kata pakcik guard tu.

“ Tapi saya takda kenalan sini encik.” Kata saya lagi.

Pakcik guard tu pun pergi. Saya tengok langkah dia menuju ke arah kotak suis utama. Dia pun mematikan lampu di segenap ceruk airport. Satu persatu lampu padam. Saya pula pusing kiri kanan, tengok-tengok kalau ada teksi yang masih beroperasi. At least saya tidak mau menyusahkan pakcik guard tu jawab dia punya superior nanti sebab tidak bertanggungjawab kosongkan airport pada waktu itu. Namun hati orang susah kita jangka. Pakcik tu biarkan satu lampu terpasang betul-betul di atas kepala saya. Trimas la uncle. Mula-mula saya bingung tidak faham, tapi akhirnya saya tertidur juga untuk beberapa jam itu.



Orang pertama yang saya lihat ketika saya melangkah keluar dari balai ketibaan tempoh hari adalah si Brian. Yang luarbiasanya, itu henpon dia melekat ditelinga dia, pastilah menelepon kekasih dia. Mentang-mentang free call utk birthday. Then jumpa la sekumpulan manusia lagi, pasti la diorang semua ni rakan-rakan lama UMP, versi extension. Orang lain kalo boleh suma mau sampai version 4.0 saja. Tapi dorang ni terlebih jadi version 4.1 dan sebagainya. Jangan marah encik semua, saya sama saja.

Yang bestnya, Brian kata perut saya ada kurang berbanding dulu. Haha.

Pada jam 2.00am hari tu juga saya terus sambung tengok cerita Slumdog Millionaire pada laptop si Bilus. Memang betul-betul menarik la pada pendapat saya cerita ini. Patutla anugerah Oscar boleh sapu banyak-banyak. Saya sangat suka idea yang sangat kreatif dalam filem. Ada beberapa hal yang saya suka. Satu hal, gabungan program ‘who wants to be a millionaire’ dengan kehidupan si lelaki itu. Semua soalan itu adalah testimonial hidup lelaki tadi. Kedua, pendedahan kehidupan daif di Mumbai ketika ini. Ketiga, kehidupan lelaki tadi yang penuh dengan usaha walaupun melibatkan tipu. Saspen cerita ni ada terletak dalam flashback dan juga present day. Contohnya ketika, si lelaki memilih jawapan yang lain walaupun sudah diberi jawapan oleh si penyoal. Ini pun saya agak saspen juga. Kesimpulannya, memang saya suka cerita ni.



Esoknya dan lusanya ceramah softskill, sedikit sebanyak membantu saya dalam mengenali bakat sendiri, mengenali kekuatan dan kelemahan sendiri. Sebenarnya ada bagus ba ini softskill punya barang. Kita hanya mendengar teori demi teori, tapi kita sendiri pasti terfikir untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu yang memastikan kejayaan kita di masa depan. Bayangkan, setiap tahun ada graduan yang bakal menerima ijazah, diploma, sijil dan sebagainya. Beribu orang jumlahnya setiap tahun. Banyak orang cari kerja tapi macam langsung tiada peluang pekerjaan yang tinggal. Melainkan kamu ada extra value, mungkin kamu ada sedikit lebih berbanding daripada orang lain, yang membezakan kedudukan dan kepastian anda mendapat pekerjaan. Berusahala buat skill sendiri.

Bila esoknya ahad, ku pun mau balik Bintulu. Sempat juga bertemu dengan rakan-rakan UMP yang nyaris-nyaris tidak sempat bertemu. Yang paling seram apabila sorang-sorang minta beg tangan Gucci! Wanita-wanita ini semua pandai claim barang pelik-pelik owh. Mana ada saya berjanji.
Kamu tau apa sy pikir itu jam?
"Mampus la saya!"

i miss u all la semua. Nanti cuti semester, saya mo juga jumpa orang2 bintulu suma. Boleh reunion sket. Yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat. Saya punya rakan-rakan SMSL pun sebenarnya ramai juga di Bintulu ni. Mana suma orang pegi?

Credits:
Bilus- untuk bilik tumpangan.
E-pie – tulung cari kereta dan segala.
Jojon- standby jadi driver.
Edwin aka Hantu Air- standby jadi driver.
Kakak- loan beli tiket terbang.
Papa- loan beli tiket terbang.

Saturday, February 28, 2009

Puisi : Aku Pengembara dalam Dunia



/*canggih juga puisi ku ini hoho*/



Dalam hidup alam ini,

Aku mengembara ke banyak arah,

Diikat harapan pada satu bintang,

Walau kerahku ke kiri,

Walau kerahku ke kanan,

Muncul dan melihat segala,

Perihal bebal dungu dunia,

Atau bahagia gila,

Tersepit dalam pilihan,

Ditiup bagai lalang,

Namun aku berpegang pada satu bintang!

Dalam lemahku,

Juga dalam yakinku.

Berundur aku pantang.

Tuesday, February 24, 2009

Kemahiran Lembut Gemalai

Chapter 1

Tiada apa yang lebih menyampah daripada terpaksa menghadiri kursus Soft Skill di UMP pada hujung minggu lalu.

Saya punya status ni macam pelik saja. Pelajar lain yang satu batch dengan saya, sudah pun grad tahun lepas untuk batch mekanikal engineering 2004/2008.

Ataupun sepatutnya sudah grad pada Januari lepas untuk batch 2004/2008 yang extend.
Tapi saya?

Belum lagi. Tapi saya target untuk menamatkan segala sengsara duka lara ini pada majlis graduation mekanikal engineering untuk batch 2005/2009.

Apa boleh buat tuan puan semua. Kalau kamu mau tahu, semasa semester terakhir sebelum pegi praktikal iaitu semester 7 tempoh hari, saya ada beberapa kebingungan yang telah menyebabkan saya jadi kurang waras. Hal Projek Sarjana Muda yang pening kepala dan mengecewakan la, dan hal kekasih yang buat saya tidak bernyawa lagi.
Dalam kehidupan yang autopilot itu, boleh pula muncul hal seperti pendaftaran SoftSkill2 yang tidak guna online, tapi secara manual jumpa dengan Advisor lalu pegi daftar dengan unit pendaftaran pelajaran.

Pada waktu sekitar seminggu sebelum kursus Softskill2 itu berjalan, baru la saya dan seorang rakan tersedar yang kami belum mendaftar untuk subjek itu.
Punya la panas hati saya, kenapa subjek lain boleh daftar online tapi yang subjek ini tidak?
Si rakan sorang tu pula masih waras, walaupun situasi yang sebenarnya pendaftaran sudah lama tutup, so dia pun berusaha pegi jumpa Advisor dia, p minta sain dekan fakulti lagi, baru pegi unit bendahari buat pembayaran, tapi tidak pula pegi tunjuk resit pembayaran tu pada unit pendaftar pelajaran.

“Sudah register soft skill ka?”

“Sudah”

Belum. Dia belum daftar lagi. Sebenarnya, selepas bayar dekat bendahari, resit tu bawa kepada unit Pusat Perkhidmatan Pelajar, supaya mereka boleh masukan subjek yang belum daftar tu kedalam sistem akaun pelajar. Namun, setelah campur tangan banyak pihak, akhirnya dia lepas juga.

Saya pula tidak mau buat apa-apa. Saya cakap pada diri saya, “Apa mau jadi, jadi la!”. So, ini la kejadian, saya belum grad kerana kursus Sot Skil yang saya tidak daftar tu!


Chapter 2

Dalam banyak hal, saya ada kecenderungan untuk memilih jalan yang lain, maksudnya saya tidak suka ikut cara orang biasa mencapai suatu pencapaian.

Saya tahu banyak orang guna jalan hidup yang sama dengan bapa dia, sama dengan atuk dia, sama dengan moyang dia, dan jalan hidup ini diguna pakai untuk semua generasi untuk keluarga itu.

Saya punya stail pula ikut stail poem, “The Road Not Taken”.

The other path wanted wear.

Saya faham bahawa si perintis dalam semua hal, pastilah menjalani kehidupan yang paling teruk berbanding orang-orang yang berjalan di belakang dia. Si Perintis membuat keputusan, dia membuat pilihan, dia membahagikan masa, dan merancang perjalanan.

Pada waktu saya memilih untuk mengabaikan pendaftaran SoftSkill 2 pada waktu lepas, saya sudah kata saya tidak akan menyesal. Saya ada sedikit curios pada kebenaran bahawa jika tidak daftar subjek itu, saya tidak akan grad. Dan sekarang saya mendapat jawapan, dan memang itu benar.

Chapter 3

Setelah mendapat maklumat bahawa kursus softskill 2 akan diadakan pada hujung minggu 21 dan 22 Feb lepas, saya terus bergegas membeli tiket untuk hari-hari yang menyampah itu. Memandangkan saya cuma dapat tahu pada hari rabu iaitu 19 Feb, saya terus membuat perancangan perjalanan dan perbelanjaan saya, dari bintulu ke kuala lumpur ke kuantan ke kuala lumpur ke bintulu.

Sebagai manusia biasa yang mementingkan budget, target saya ialah memastikan semua perbelanjaan seminima mungkin. Hal paling penting ialah pengaturan masa perjalanan.



Tambah makan minum lagi.

Whoa!! Mampus ini macam!

Saya ada kebiasaan yang positif iaitu menjelang waktu sebelum pertukaran transport saya, saya suka menulis banyak idea dan mencatat apa saja yang saya telah lihat sepanjang perjalanan saya. Kebanyakan idea dan catatan ini adalah studi dan research saya terhadap human behavior dan psikologi mereka, terutama sekali berkaitan dengan cara perbelanjaan mereka. Saya membuat observation sebagai salah satu cara untuk memahami persamaan dan perbezaan setiap orang. Hal ini penting buat saya kerana saya perlu mengatur strategi untuk bisnes-bisnes saya yang akan datang.
Time-time macam ni la juga saya paling suka layan dengar Mp3 Rogerwang atau komplilasi lagu-lagu jazz, namun saya punya MP3 sudah hantar kedai untuk repair. Saat-saat yang membosankan!

Chapter 4

Soft Skill ni merupakan suatu kemahiran yang sangat penting. Kemahiran menipu, kemahiran tawar-menawar, kemahiran muka sepuluh sen, kemahiran guna paras rupa yang menawan, kemahiran makan pelbagai makanan, kemahiran berbahasa, kemahiran menghilangkan diri di celah orang ramai dan sebagainya.
Pada saya, banyak orang boleh berjaya hanya berbekalkan soft skill tanpa knowledge yang tinggi melangit. Ambil satu contoh, iaitu boleh makan pelbagai makanan. Menggunakan kemahiran ini, kita boleh tinggal di muka bumi ini di mana-mana sahaja kerana kita boleh telan masakan india, masakan cina, masakan melayu, makanan mentah jepun, makan daun, makan rumput dan sebagainya.
Walaupun skil2 yang saya sebut di atas itu tidak termasuk dalam softskill yang di ajar dalam kursus, namun semua skil itu sangat berharga.
Belajar la bercakap.
Belajar la leadership.
Belajar la management.
Belajar la discipline.
Belajar la exploitasi kemahiran orang lain.
Belajar la main instrument music.
Belajar la memandu.
Belajar la membaca.
Belajar la memasak.
Belajar la mengajar.
Belajar la guna internet.
Belajar la mekanik enjin.
Belajar la jaga baby.
Belajar la menaip laju.
Belajar la banyak bahasa.
Belajar budaya orang lain.