Chapter 1
Tiada apa yang lebih menyampah daripada terpaksa menghadiri kursus Soft Skill di UMP pada hujung minggu lalu.
Saya punya status ni macam pelik saja. Pelajar lain yang satu batch dengan saya, sudah pun grad tahun lepas untuk batch mekanikal engineering 2004/2008.
Ataupun sepatutnya sudah grad pada Januari lepas untuk batch 2004/2008 yang extend.
Tapi saya?
Belum lagi. Tapi saya target untuk menamatkan segala sengsara duka lara ini pada majlis graduation mekanikal engineering untuk batch 2005/2009.
Apa boleh buat tuan puan semua. Kalau kamu mau tahu, semasa semester terakhir sebelum pegi praktikal iaitu semester 7 tempoh hari, saya ada beberapa kebingungan yang telah menyebabkan saya jadi kurang waras. Hal Projek Sarjana Muda yang pening kepala dan mengecewakan la, dan hal kekasih yang buat saya tidak bernyawa lagi.
Dalam kehidupan yang autopilot itu, boleh pula muncul hal seperti pendaftaran SoftSkill2 yang tidak guna online, tapi secara manual jumpa dengan Advisor lalu pegi daftar dengan unit pendaftaran pelajaran.
Pada waktu sekitar seminggu sebelum kursus Softskill2 itu berjalan, baru la saya dan seorang rakan tersedar yang kami belum mendaftar untuk subjek itu.
Punya la panas hati saya, kenapa subjek lain boleh daftar online tapi yang subjek ini tidak?
Si rakan sorang tu pula masih waras, walaupun situasi yang sebenarnya pendaftaran sudah lama tutup, so dia pun berusaha pegi jumpa Advisor dia, p minta sain dekan fakulti lagi, baru pegi unit bendahari buat pembayaran, tapi tidak pula pegi tunjuk resit pembayaran tu pada unit pendaftar pelajaran.
“Sudah register soft skill ka?”
“Sudah”
Belum. Dia belum daftar lagi. Sebenarnya, selepas bayar dekat bendahari, resit tu bawa kepada unit Pusat Perkhidmatan Pelajar, supaya mereka boleh masukan subjek yang belum daftar tu kedalam sistem akaun pelajar. Namun, setelah campur tangan banyak pihak, akhirnya dia lepas juga.
Saya pula tidak mau buat apa-apa. Saya cakap pada diri saya, “Apa mau jadi, jadi la!”. So, ini la kejadian, saya belum grad kerana kursus Sot Skil yang saya tidak daftar tu!
Chapter 2
Dalam banyak hal, saya ada kecenderungan untuk memilih jalan yang lain, maksudnya saya tidak suka ikut cara orang biasa mencapai suatu pencapaian.
Saya tahu banyak orang guna jalan hidup yang sama dengan bapa dia, sama dengan atuk dia, sama dengan moyang dia, dan jalan hidup ini diguna pakai untuk semua generasi untuk keluarga itu.
Saya punya stail pula ikut stail poem, “The Road Not Taken”.
The other path wanted wear.
Saya faham bahawa si perintis dalam semua hal, pastilah menjalani kehidupan yang paling teruk berbanding orang-orang yang berjalan di belakang dia. Si Perintis membuat keputusan, dia membuat pilihan, dia membahagikan masa, dan merancang perjalanan.
Pada waktu saya memilih untuk mengabaikan pendaftaran SoftSkill 2 pada waktu lepas, saya sudah kata saya tidak akan menyesal. Saya ada sedikit curios pada kebenaran bahawa jika tidak daftar subjek itu, saya tidak akan grad. Dan sekarang saya mendapat jawapan, dan memang itu benar.
Chapter 3
Setelah mendapat maklumat bahawa kursus softskill 2 akan diadakan pada hujung minggu 21 dan 22 Feb lepas, saya terus bergegas membeli tiket untuk hari-hari yang menyampah itu. Memandangkan saya cuma dapat tahu pada hari rabu iaitu 19 Feb, saya terus membuat perancangan perjalanan dan perbelanjaan saya, dari bintulu ke kuala lumpur ke kuantan ke kuala lumpur ke bintulu.
Sebagai manusia biasa yang mementingkan budget, target saya ialah memastikan semua perbelanjaan seminima mungkin. Hal paling penting ialah pengaturan masa perjalanan.
Tambah makan minum lagi.
Whoa!! Mampus ini macam!
Saya ada kebiasaan yang positif iaitu menjelang waktu sebelum pertukaran transport saya, saya suka menulis banyak idea dan mencatat apa saja yang saya telah lihat sepanjang perjalanan saya. Kebanyakan idea dan catatan ini adalah studi dan research saya terhadap human behavior dan psikologi mereka, terutama sekali berkaitan dengan cara perbelanjaan mereka. Saya membuat observation sebagai salah satu cara untuk memahami persamaan dan perbezaan setiap orang. Hal ini penting buat saya kerana saya perlu mengatur strategi untuk bisnes-bisnes saya yang akan datang.
Time-time macam ni la juga saya paling suka layan dengar Mp3 Rogerwang atau komplilasi lagu-lagu jazz, namun saya punya MP3 sudah hantar kedai untuk repair. Saat-saat yang membosankan!
Chapter 4
Soft Skill ni merupakan suatu kemahiran yang sangat penting. Kemahiran menipu, kemahiran tawar-menawar, kemahiran muka sepuluh sen, kemahiran guna paras rupa yang menawan, kemahiran makan pelbagai makanan, kemahiran berbahasa, kemahiran menghilangkan diri di celah orang ramai dan sebagainya.
Pada saya, banyak orang boleh berjaya hanya berbekalkan soft skill tanpa knowledge yang tinggi melangit. Ambil satu contoh, iaitu boleh makan pelbagai makanan. Menggunakan kemahiran ini, kita boleh tinggal di muka bumi ini di mana-mana sahaja kerana kita boleh telan masakan india, masakan cina, masakan melayu, makanan mentah jepun, makan daun, makan rumput dan sebagainya.
Walaupun skil2 yang saya sebut di atas itu tidak termasuk dalam softskill yang di ajar dalam kursus, namun semua skil itu sangat berharga.
Belajar la bercakap.
Belajar la leadership.
Belajar la management.
Belajar la discipline.
Belajar la exploitasi kemahiran orang lain.
Belajar la main instrument music.
Belajar la memandu.
Belajar la membaca.
Belajar la memasak.
Belajar la mengajar.
Belajar la guna internet.
Belajar la mekanik enjin.
Belajar la jaga baby.
Belajar la menaip laju.
Belajar la banyak bahasa.
Belajar budaya orang lain.
No comments:
Post a Comment