Saturday, December 6, 2008

Episod: Mesti Keluar!

Episod: Mesti Keluar!

Aik?..

Hari ni bertarikh 2 haribulan, menandakan genap sudah saya 6 bulan di Sarawak ini. Saya ingat mo renew sy punya status ‘melawat Sarawak’ hari ni. Jadi sy pun merilek ja la. BAru jam 9 pagi. Nnt jam 10 baru sy gerak pegi Imigresen Bintulu.

Sedang saya tengah bermain dengan Autocad, mo kasi siap drawing, tiba-tiba si Falan (bukan nama sebenar) terpacul di pintu.

“ Joelicious, kamu tolong hantar itu Falan pegi Imigresen kejap. Tolong dia kasi renew dia punya pas lawatan”, kata si QC pada Joelicious.

“Boleh2. Kejap2”, kata Joelicious sambil menaip bait-bait terakhir di komputer dia.

“wei, saya pun mau juga.” Tiba-tiba saya teringat saya punya imigresen juga mo renew. “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai boring” kata hatiku. Salah lagi tu.

“ Jom pegi”, kata Joelicious.

Kami bertiga pun berangkat la. Naik kereta dia Proton Waja hitam.

“ Saya alang-alang buka akaun Maybank la. Alang-alang keluar langsung buat la. Tapi kad pengenalan saya rusak. Macammana la tu?” soal saya.

“Itu Maybank tidak mau kalo IC kamu rosak, sebab itu bank mau guna cip IC kau tu. Mesti buat IC baru owh.” Jawab Joelicious.

“Cipan betul. Ada cara lain lagi ka?” soal ku lagi.

“Guna surat ganti dari JPN mungkin boleh. Tapi itu hari dorang beri juga guna surat ganti tu.” terang Joelicious. “ tapi bawa sekali surat beranak la” sambung dia lagi.

“Singgah rumah ku dulu la.”

Sampai rumah, saya bergegas ambil surat beranak. Langsung masuk tidak buka kasut.
Hantam la.

JPN

“Saya paling tidak suka mo berurusan kalo terpaksa tunggu lama2. Ko tenguk orang ni suma, berapa lama lagi mo tunggu?” bersungguh-sungguh sy merungut.

Akhirnya number giliran ku tiba. Sy kata IC rusak. Mo ganti baru untuk buat akaun bank. Sy duduk then dia ambil gambarku.

“Sudah”, kata si lelaki itu. Ku tenguk gambarku itu tidak lawa macam orangnya. Hantam la kau.
Cis. urusan saya selesai tidak sampai tiga minit. Mo tunggu tu lebih 30 minit. Betul-betul buat menyampah. Kalo orang masa tu tengah nazak, tentu da mati. Kalo masa tu orang mo bersalin, tentu da beranak. Kalo masa tu orang makan tomyam, mesti da order tomyam round kedua. Betul-betul buat saya menyampah.

Imigresen.

Tadi dari JPN sana mo buat IC supaya dapat buat akaun bank. Sekarang adalah urusan untuk minta tempoh lanjutan duduk di Sarawak. Isi borang lagi. Nasib baik pegawai yang bertugas tu seorang wanita yang manis dan cantik d pandang.

“Ambil borang ni. Rm 1.00.” kata dia sambil menghulur borang tu. Ya ya. Mesti mau bayar owh. Dulu d Miri pun sama, buat saya tergelak di kaunter tu. Dia pandang sy ni mcm senteng ja, Pelik kn. Itu baru la cash and carry.

Ku isi la borang tu. Isi selengkap-lengkapnya. Lepas tu ku bawa pegi kaunter serahan borang tu ke Kaunter Lanjutan Tempoh Lawatan ka apa ka.

“Ini tidak boleh lagi ni. Sudah 6 bulan kamu d Sarawak. Mesti keluar.” Kata lelaki itu yang masih muda lagi.

“Apahal? Kamu tidak boleh cop ka apa ka? Sy cuma minta tempoh lanjutan la”, kata ku sedikit tensen.

“ Tidak boleh la. Kamu mesti keluar hari ni juga. Kamu beli la tiket belon ka feri ka, yang penting keluar “, kata dia tegas.

“kalo sy tidak mau?” Aiseh bekeras lagi tu.

“Nanti saya buang p sungai biar kena makan buaya!” kata dia.

Huh! Bayangkn panas hati kamu orang KALAU dia jawab macam tu. Mau kena penumbuk oleh orang Sabah tu,

“Tidak boleh. Nanti kamu kena buat kenyataan polis lagi. Buat repot lagi. Saya tidak la mau rumitkan keadaan lagi. Macam ni la. Kamu beli tiket belon,beritau saya bila kamu mau keluar, nnt saya keluarkan surat khas, supaya bila kamu keluar, keadaan tidak la rumit sangat.” Kata dia panjang lebar.

Belon belon belon! Kadang-kadang bunyi dia tu menjengkelkan la. Kenapa orang Sarawak ni suka sebut kapal terbang tu belon? Tiba-tiba sy memanas dalam hati. Ee..tensen betul. Saya membayangkan diri saya ni naik belon udara panas. Ntah boleh terapung ka tidak. Cis! Tambah lagi tersindir diri ini! Atau dia memang sindir sy ni? Tensen betul!

Maybank

Lepas makan tengahari, kami orang pegi la itu Maybank. Tengah saya syok isi borang tu, tiba-tiba si pegawai sana datang. Lalu dia kata tidak boleh buat akaun kalau guna surat ganti tu. Bikin panas. Saya langsung keluar tanpa cakap apa2.

Travel Agency

“ Ko tidak mau telepon bos ka mo tanya apa-apa boleh tolong ka?”, tanya Joelicious.

“Hantam la. Sy tidak kisah la. Sy keluar ja la. Ada lagi duit ni ” ,kataku tidak berpikir panjang.

“Biar saya tolong telepon bos la”, kata Joelicious sambil mendail nombor telepon bos.

Nda sy bersemangat mo pikir apa2 lagi ni. Hantam la cakap dengan bos.

“ Saya kena keluar Sarawak la bos. Tiada tempoh lanjutan lagi ni. Buruk betul Sarawak ni.” Kataku dengan nada kecewa.

“Aiseh, itu hari tidak check ka?” dia soal lagi.

“Siapa la tau undang2 pelik Sarawak ni. Lepas 6 bulan, wajib keluar, ingatkan perlu renew macam biasa. Saya sudah 3 bulan di Miri, saya ada cop, lepas tu another 3 months di Bintulu, tidak dapat pula. Mesti keluar.”, dengan nada kecewa saya.

“Kamu mau atau tidak mau? Tinggal dua seat lagi ni.” , si gadis kaunter travel agency tu mencelah perbualan saya.

Saya tengok sekarang sudah jam 1.30 pm.

“Kalau kamu beli tiket jm 6.10 pm dari Miri, masih sempat lagi owh”, kata Joelicious.

“Dari Bintulu tiada ka?” soal saya pada gadis itu.

“Kamu mau pegi mana la nnt?” soal bos ingin tau.

“Pegi Labuan. Sana paling dekat,” Kata saya. “ Lagi pun boleh cari perempuan. Haha,” Sambil saya pura2 ketawa padahal sudah bingung2.

“Bintulu – KK sudah penuh. Cuma ada Miri- Labuan saja. Tinggal satu seat saja lagi. “ beritau si gadis Travel Agency tu.

“Ambil saja la yang Miri-Labuan tu.” Kata Joelicious.

“Nanti saya minta hantar si Joelicious pegi Miri la,” Beritau saya pada bos.

“Emm. Kau bincang dengan dia la macamana,” Kata bos mengakhiri perbualan.

“Sempat lagi ka satu seat tu?” Tanya saya pada gadis travel Agency tu.

“Ya. Sempat. Miri-Labuan,” Kata dia tapi hati saya belum senang lagi. Sebab saya perlu bergegas ke Miri dari Bintulu.

“ Terpaksa la saya racing ni nnt. Boleh juga sampai Miri dalam kurang 2 jam, ” Kata Joelicious

“Aiseh, rilek la ko. Hari tu perempuan bawa pun sampai dalam 2 jam ja. Ko lagi la bole sampai kurang 2 jam, “ kata saya mau kasi yakin.

“ Nanti tertinggal flight baru ko tau. Harap-harap sempat la,” kata Joelicious.

“ Saya ni berpengalaman juga tertinggal flight. Dulu sy di LCCT sana tidak dapat check in sebab lambat kerana terlalai makan ayam KFC. Betul2 bikin panas,” kata saya. “ Terpaksa la beli tiket baru,”saya sambung lagi. Itu gadis travel agency ketawa pula dengar penjelasan ‘lalai kerana ayam KFC’ tu.

Betul2 sedap sehingga menjilat jari kaki kawan kakak.

“Kita balik office la dulu. Saya mo print itu drawing pagi tadi.”

Office

“ Ko cepat sket la print drawing tu. Kami tunggu luar,” kata Joelicious.
Tau la saya. Pegi Miri hantar saya, lepas tu dorang perlu pulang balik sebelum gelap hari. Bayangkan pergi 2 jam, lepas tu balik 2 jam juga. Sekarang waktu sudah jam 2.15 pm. Pergi dan sampai airport Miri sana, lebih kurang jam 4.30 pm. Lepas tu dorang perlu balik Bintulu lagi, sampai Bintulu jam 6.30 pm. Bukannya apa la, tapi jalanraya tu yang agak berbahaya kalo malam menjelma, sebab ada lanun mo rompak kereta ba. Sebab itu terlalu mengejar masa.

“Kamu pegi Labuan ka? Belikan coklat…” kata perempuan d office tu.

“Heh. Kepala otak sy tengah bingung ni sekarang. Tengokla macammana k,” jawab saya. Betul la tengah bingung.

“Kamu tolong print untuk saya k. Tolong la.”

“Tapi belikan saya coklat k?”

“Yala yala. Tolong k.”

“Orait.”

Coastal Road Miri-Bintulu

Dasat juga budak ni pandu. Boleh juga sampai 150 km/j pula. Bercerita la kami dua konon. Mo kasi hilang mengantuk dia. Berapa banyak kereta la kami potong. Berapa banyak lori la kami potong. Akhirnya ada tanda2 sampai di Miri. Terus kami pegi airport sana.

Airport

“Sudah sampai. Laju juga ko bawa kn. Kurang 2 jam,” kata saya pada dia.

“ Yang penting cari tandas dulu. Buang lepas tu balik,” sambil kami berlumba cari tandas.

Lepas buang cecair dari Bintulu, dorang langsung naik kereta pandu balik.

“OK la. Kami da jalan ni. Baik2 ko,” kata Joe mengakhiri pebualan telefon tu. Belum sempat sy abis buang cecair, dia orang da pegi rupanya. Memang sangat bergegas. Jam da 4.20 pm. Saya pegi menunggu dekat ruang menunggu la.

Saya telepon Bonda, minta duit.

Bunda kata kasi masuk esok pagi.

Saya kata boleh la tu, buat bayar hotel, buat bayar makan, buat beli baju dan beli tiket belon balik Miri lagi.

Bonda hairan kenapa mo beli baju.

Saya kata saya sehelai sepinggang ja mo keluar Sarawak. Baju saya dari office tadi pagi, direct pegi JPN, langsung pegi Imigresen, terus beli tiket dekat travel agency, langsung balik office ambil beg laptop tanpa laptop, dan sekarang di airport tunggu flight.

Bunda kata dia tambah sket la buat beli baju.

Berusaha kata saya.

Ya kata dia.

On the Fly

“Labuan,” hati sy berdetik.

“5 tahun lepas,” kata hati saya lagi.

“ Sekolah asrama saya,”imbas memori saya.

“Matrikulasi saya,” ingat saya lagi.

“Cinta saya…” sayu hati kejap.



Labuan

Selepas 5 tahun kemudian, saya pun kembali ke tanah ini lagi.

Saya rasa tidak banyak pemandangan yang berubah di Bandar ini.

Saya minta hantar teksi pegi Labuan Supermarket sana. Supermarket tempat saya beli belah selama saya di Labuan. Betul2 saya rindu banyak pada Bandar ini. Banyak kedai makan tempat saya melepak dulu2 waktu remaja nakal, masih tetap utuh berdiri hingga ke hari ini. Betul2 saya rindu.

Saya telepon kakak tanya mana hotel inn yang murah untuk bermalam.

Kakak kata tengok sebuah Inn yang sebaris dengan Labuan Supermarket.

Saya ada nampak satu, Wilayah Inn. Saya pegi tanya itu tuan, dia kata sudah full house. Sori lagi kata dia.

Saya tanya itu Hotel Pulau Labuan 1, penuh juga.

Nda pula saya peka budak2 matrikulasi sudah mula cuti. Patut la hotel2 sudah penuh. HMM…

“Mana lagi hotel lain,” tanya saya pada budak yang jaga kaunter Hotel Pulau Labuan 1 tu. Then dia pun dail la kawan2 dia yang lain. Suma penuh, kecuali satu iaitu Labuan Inn.

“Booking untuk saya satu sana. Kejap lagi saya sampai. Tempat tu sebetul-betulnya di mana?” soal saya.

“Tidak juga jauh la. Lebih kurang 20 minit berjalan.”

“Cuba tunjuk itu area mana?”

“Kamu tau Pop In ka?”

“Tidak.”

“Beyond?”

“Tidak.”

“Hotel Mariner?

“Ya.”

“Dekat2 sana la tu. Tapi Labuan Inn sebelah sana sket,” kata dia sambil buat aksi tangan menunjuk ke arah utara.

“owh…” kata saya pura2 ja tau.

Tapi saya ikut la arah utara dia tu. Tensen betul kan. Petunjuk arah yang ada pun nama2 pub/disco/ tempat berhibur. Haha. Betul2 pelik. Apa salahnya guna nama yang bercirikan Bandar berjaya.

Sepatutnya dia jawab,

” Tempat tu dekat Lorong Tunku Abdul Rahman”

Atau

“Tempat tu berdekatan Bank Islam”

Atau

“Sebelah Jalan Merdeka”.

Haha.

Cuba la bayangkan. Matrikulasi dan Universiti dan Sekolah Asrama Penuh ada di Pulau Murah Arak & Rokok. Apa fikiran itu menteri kementerian pendidikan?

Labuan Inn

Saya pun check in la Labuan Inn tu. Betul2 tu Pop In ada di bangunan sebelah owh. Tepat juga direction yang budak tu beri tadi. Malang saya tidak tau. Saya mandi then tengok tv saluran HBO. Nda sy keluar malam tu.

Orang dekat Bintulu lagi sy call mo confirm NDT malam tu kasi jadi, tapi dorang nda jumpa list yang perlu NDT. Akhirnya dorang pun balik ja tanpa hasil. Lama lagi tu sy call, abis rm20 kredit telepon saya tunggu dorang cari sehelai kertas yang di fax petang tadi ke office. Malang betul.

Tiada rakan taulan lagi. Pasti bosan kalo merayau pun. Jam sudah pun jam 1.03 am semasa saya tutup lampu mo tido.

Esok paginya, jam 8 pagi saya da bangun, pasang tv tenguk berita. Lama juga saya menonton tv tu, tenguk2 da jam 10 .30 am. Mandi then check out. Tiada saya ambil balik saya punya deposit hotel tu, sebab sedang bertelepon dengan kakak.

Labuan

Segak saya rasa pakai baju baru beli dari Labuan Supermarket sana malam tadi. Itu jurujual dia betul2 orang yang sama 5 tahun lepas, bezanya dia sudah nampak tua sket. Buat saya ingat hal2 lama ja. Saya pegi bank sana kasi keluar duit. Lepas tu singgah travel agency mo beli tiket balik pegi Bintulu. Itu Mummy bilang kalo mo pegi Bintulu, pegi KK dulu. Tp saya kata tidak apa la, saya pegi Miri ja la. Then issued ticket.


Makan Mi Sup

Ada satu kedai cina di Labuan sana yang buat saya nostalgia sket. Dia punya mi sup ada terung bakar ka apa ka, yang membuatkan rasa di betul2 unik, rasa ada bau hangus gitu2. Lagi, tempat tu tempat cinta sy dulu2 makan mi sup.

Saya pegi la sana cuba lagi mengenang memori dulu2. Orang lain yang masak dan rasa dia tidak serupa lagi.

Rasa itu sudah berubah, serupa cinta saya yang dulu: Saya tetap mau dia, tapi dia tidak.

Ujana Kewangan

Tidak juga banyak berubah tempat ini pada pandangan saya. Begitu juga dari dulu. Saya punya tujuan pegi sana ialah mo cari tu Maybank. Urusan d Bintulu mungkin tergendala, tapi Labuan mungkin ok la bikin buka akaun.

Sedang saya pusing2 sana UK cari itu Maybank, tiba2 saya terlihat girlfren si Jalang.

“Aik? Apa kamu buat sini? Apahal orang Miri boleh ada di Labuan?” soal saya tidak percaya tengok dia.

“Jalan2 dengan kawan la. Pagi tadi kami sampai,” jawab dia senyum manis. Paling last sy jumpa dia pada 3 bulan lepas di Miri sebelum saya berangkat pegi Bintulu. Nda sangka jumpa pula sini Labuan.

“Kamu buat apa sini?” Soal dia juga hairan, “kerja ka??” sambung dia.

Apalagi, saya cerita la panjang lebar dari A sampai Q.

“owh…, wei, si jalang pun ada di Labuan ba,” kata dia.

“Aik? Apa dia bikin? Bukan dia training di Brunei ka hari tu?” hairan saya.

“Yala. Hari tu, dia sebulan di Brunei. Sekarang dia 3 minggu di Labuan training,” dia menerangkan.

“EEE..bahagia betul, kekaseh menemankan di Labuan,” usik saya sebelum dia minta diri kerana rakan2 dia mo gerak da. Ku tengok seorang rakan dia tu kiut juga. Phewwitt..

Maybank Labuan

“Boleh saya buka akaun ka kalo saya tiada IC tapi guna surat gantian dari JPN?” soal saya pada si gadis d kaunter pertanyaan tu.

“Kamu isi borang ni, ambil nombor d kaunter 6 sana ok?” kata dia dengan nada manja.

Saya tunggu sebentar lelaki di kaunter 6 tu abis berurusan baru la sy approach dia.

“Encik, sy mau buka akaun tp tiada IC, sy guna surat JPN. Boleh ka?”Soal saya dengan sopan.

“Kamu mau buka akaun untuk sendiri atau untuk gaji?”

“Saya mau buka sebab kompeni saya mau masuk gaji pada akaun Maybank.”

“Kalau macam tu, kamu mesti ada surat pengesahan dari kompeni.”

“Kalau macam tu, saya buka untuk sendiri la, sebab saya tiada surat dari kompeni.”

“Tidak boleh. Sebenarnya begini, kalau guna surat JPN, tidak boleh buka akaun untuk sendiri, kalau buka untuk gaji, mesti ada surat dari kompeni dan juga surat beranak.”

“owwhhh…….trimas la encik,” paham juga sy akhirnya.

Cis, urusan bikin akaun di Labuan pun tidak berjaya.

Airport Labuan

Awal sy naik teksi dari UK sana. Saya cuma beli seliter Chivas dan coklat old Jamaica. Orang punya harta. Awal sy pegi airport Labuan sana. Singgah pegi makan dekat McD. Masa saya masuk itu balai berlepas, saya tengok itu paparan x ray, sy punya beg ada paparan botol Chivas. Orang belakang saya juga sama. Sebotol Chivas juga. Ceh.

Sambil duduk menunggu dibalai berlepas, ku menonton la tu tv3 ada tayangan Legenda: Danau Toba. Dia punya bahasa pelik berbanding dengan bahasa Indon yang selalu kena guna. Bila dia sebut ada huruf ‘e’ saja, sumanya jadi pelik. Contohnya, seluar sebutannya, say-loo-ar. Lagi, kedai jadi care-die. Pay-leak bay-tool. Jam 3.00 petang, pengumuman untuk penumpang masuk, tapi hati tinggal kejap d Labuan la.

On the Fly

Masa kapal tengah berpusing melintasi langit Labuan, saya tidak melepaskan peluang tengok sekolah saya dulu. Betul2 sudah jadi baru. Perspektif saya tu betul2 berlainan dari yang selalu saya tengok. Hari ini sudut pandangan saya dari atas. Macam tengok peta dunia la. Laluan Fokker50 yang saya naik tu membolehkan saya memandang betapa kecil dan dekatnya jarak sekolah tu dengan suma tempat. Suatu masa nanti sy mo pegi sekolah tu, round2 ka apa ka.

Airport Miri

Akhirnya tiba di miri lagi. Cop itu yang penting!

Ambil teksi minta hantar pegi terminal bas, d Boulevard sana. Sempat ambil yang jam 5.00 petang. Laluan untuk semua bas adalah Miri-Bintulu jalan lama. Sepanjang perjalanan, banyak juga benda yang baru ku tenguk. Sebab guna jalan ni first time. Syok la rasa adventure.

Ada satu pemandangan yang serupa dengan pemandangan di Pahang sana. Pemandangan batang2 pokok sawit tua yang berdiri tanpa daun, dan lantai bumi di penuhi kehijauan semak samun belantara sekunder. Bezanya, di Pahang sana, saya tengok pemandangan tu sekitar tengah hari, so latar belakang jadi kuning kehijauan, berbanding di jalan Miri-Bintulu ni yang saya lalu sekitar lewat petang, kaler dia hijau gelap kadang2 ada keemasan fajar petang. Bas berhenti d Batu Niah. Sempat juga saya telan beberapa ketul nasi sebelum berangkat pergi lagi.

Bintulu ( Medan Jaya )

Akhirnya tiba di Medan Jaya. Tempat saya turun dan memulakan hari baru esok pagi. Jm 8.30 mlm dan hujan renyai.

Saya pun menapak sampai ke rumah.

Betul2 depan pintu rumah, telepon berbunyi.

“Halo.”

“Halo. Ini siapa?” soal saya.

“ Si Jalang.” Jawab dia.

“Si Jalang mana?” Soal saya lagi. Saya tidak tau mana ‘jalang’ yang di maksudkan.

“Hoi. Si Jalang la ni. Mana sudah kau hah?” kata dia bersungguh2.

BAru saya teringat itu adalah si Jalang Miri.

“owh, Haha! Sori bos, saya di Bintulu sudah ni. Lambat ba kau, ayoo..” ceria ja nada konon.

“Apa kau buat sebenarnya pegi Labuan tadi?” soal dia.

Apalagi, saya cerita la panjang lebar dari A sampai Y.

Lama juga kami berbual. Sy buat dia janji belanja saya sebelum kami hang-up.

Saya masuk rumah, pegi mandi, mengeringkan badan dan pegi ke perbaringan.

Lelap.

…zzZ

No comments: