Monday, February 9, 2009

Lompat Parti!

Serius: Lompat Parti

Takda guna manusia yang pegi bertanding pilihanraya, dengan membawa harapan penduduk-penduduk kawasan tertentu, namun akhirnya telah melompat parti dan mengecewakan ramai orang.

Manusia yang beginilah yang paling tiada integriti, dan memalukan masyarakat. Hal ini pada saya sebenarnya menunjukan sejauh mana kesetiaan seseorang individu kepada pegangan dia sendiri. Jika dia ada hati mau memperjuangkan sesuatu, sepatutnya dia melakukan segenap hal itu dengan sepenuh hati. Cikgu saya dulu-dulu kata, kalau mau berjaya, mestilah berjaya betul-betul. Kalau mau jadi penjenayah, jadilah penjenayah yang betul-betul juga.

Kejadian yang berlaku di Perak itu bukanlah sesuatu yang baru. Kejadian yang serupa juga pernah berlaku di Sabah pada Pilihanraya Tahun 1994, yang akhirnya menyaksikan peristiwa demi peristiwa kejatuhan pihak pembangkang.

Kejadian lompat parti ini adalah suatu pengkhianatan kepada kepercayaan ramai orang. Mereka yang melompat parti ini seharusnya dilucutkan daripada memegang apa-apa jawatan dalam negara dan negeri. Tidakkah kita takut jika mereka ini suatu hari nanti memegang jawatan yang lebih besar, lalu menjual negara ini kepada pihak luar khasnya?

Semua ahli politik memang sukar dibezakan, namun mereka ada kelainan. Ada antara mereka ini yang sebenar-benarnya mahu memperjuangkan nasib masyarakat, dan ada yang tidak tahu apa yang mereka lakukan. Pada hari-hari berkempen, mereka ini menabur bermacam-macam janji yang luarbiasa, untuk memancing undi di kawasan pertandingan sendiri.

Namun selepas semua telah berakhir, mereka membalas jasa rakyat dengan melakukan pengkhianatan dan meninggalkan harapan mereka ini cumalah harapan yang tidak diperjuangkan.

Pengkhianatan seorang anak kepada ibubapa.

Pengkhianatan seorang ketua kepada pengikutnya.

Penkhianatan Bush kepada Amerika.

Pengkhianatan negara-negara tidak mematuhi peraturan keamanan dunia.

Pengkhianat sangat tak guna.

No comments: