Monday, February 2, 2009

Mengurat?

Haih..

Susah juga saya ni.

Tiap kali keluar dengan rakan2 pegi minum2 ka apa ka, selalu saja saya kena usik-usik. kalo tengah minum2 tu ada perempuan lalu, mesti saya juga yang kena usik.
“haih, mon apa tunggu lagi!”

“Yang itu bagi kamu la..”

“ish3, jangan la malu2.”

“Ko ja ngam tu, kalo kami ni bujang, mau juga kami yang kacau.”

“Jangan la jual mahal sangat. Bujang2 begini yang paling best ada amoi.”

“kalo saya…”

Yalah. Yalah. Sudah sudah la mengusik. Mentang-mentang saya ja yang bujang. Faham-faham la kehidupan orang2 yang kerja jauh2 dari keluarga, bini dan anak-anak. Lelaki2 yang bertugas di kejauhan ini secara tidak sengaja telah menjadi seorang bujang kembali.

Ada beberapa kategori kerja yang selalu require kita bertugas di remote places, seperti kerja seorang askar yang jaga sempadan, orang2 yang bekerja di atas kapal, pekerja2 untuk pembinaan, orang2 minyak yang pegi tanah arab, atau segala macam perkerjaan lagi.

Lelaki-lelaki ini akan mencari hiburan di tempat hiburan malam, dan bertemu dengan perempuan-perempuan baru.

Lalu lelaki ini belanja minum la.

Lalu lelaki ini pandai berbual pula.

Lalu lelaki ini minta nombor telefon pula.

Lalu dia pulang pada malam itu, dan menghubungi perempuan itu untuk janji keluar malam esok pula.

Lalu mereka ini hari2 keluar.

Dalam masa seminggu saja, sudah jadi pasangan kekasih.

Liberal.

Katakan saya approach seorang wanita pada tempat2 hiburan macam tu.

“Hai”,kata saya.

“Hai juga.” Kata dia.

“ Cantik handphone kamu. Apa model tu?” soal saya bila nampak henpon yang dia pegang2.

“ini model paling baru nokia. Model N series terbaru, jenis N.T.I.P.U” kata dia manja.

“Wah, saya pun mau beli henpon nokia juga, sebab henpon lama saya sudah rosak.

Sekarang guna yang ini saja.” Kata saya sambil tunjuk henpon nokia yang rm 100 ja tu. “Tapi henpon saya dulu2 harga rm1800 la masa saya beli, model T.E.M.B.E.R.A.N.G,”kata saya.

“Kawan saya ada kedai yang jual henpon pada harga murah. Dekat pasar sana, nama kedai tu NEVER EXISTED sdn. Bhd.” Kata dia.

“Nanti la saya pegi tengok2 kedai sana. Sebab tiada masa mau berjalan la.” Kata saya sambil memikirkan kaitan masa itu emas, emas itu duit.

Ceh! Suma pun temberang kan. Lepas tu sambung lagi perbualan macam ni.

“saya punya henpon ni buat hal selalu la. Saya tidak pasi la samada masalah telefon ataupun line yang tidak bagus. Selalu orang kata suara yang dorang dengar tu kecil saja.” Kata saya meluah masalah yang tidak wujud.

“cuba kamu kol saya, kita tengok samada itu telefon atau line yang problem. Kosong ,satu, empat, untung, saya, kalo, dapat,cepat,cepat, rembat!” kata dia sambil menunjuk nombor pada skrin henpon dia.

“ok juga kan?” lepas kol dan dengar suara dia tu tadi.

“ya, ok juga. Jadi ini la nombor kamu? Line HopeLink.” Muka sedikit gumbira dia tu.

Sudah dapat number henpon!

Kemudian esok jumpa lagi.

Lusa sudah jadi kekasih.

Saya bukan orang yang lancar menipu. Begini la mungkin saya approach perempuan ditempat hiburan sana.

“hai.” Kata saya.

“hai juga” kata dia.

“kamu bawa kereta proton ka?” sebab tengok dia pegang2 kunci kereta proton.

“ya.” Kata dia manja.

“Owh…kamu tau ka hal proton?” tanya saya pula.

“Tidak kisah pun” balas dia.

“ kamu tau ka enjin kereta proton tu lauya semacam ja. Teruk jenama ni, walaupun dia jenama negara, memang murah sket la, tapi performance dia tidak bagus. Macam itu, GEN2 punya problem, bila tukar dari gear satu pegi gear dua, terus jadi tidak kuat. Teruk betul!” kata saya bersungguh-sungguh.

“Saya rasa ini mesti konspirasi negara mo kasi kurang kos pembuatan, tapi mau dapat untung banyak melalui penjualan kereta. Tidak cukupkah itu petroleum yang dorang sedut dari negeri kita tu?” kata saya bersemangat.

“Excuse me, saya mau pegi toilet dulu.” Kta dia sambil pegi toilet dan tidak kembali lagi.

Haha. Itu baru la saya.

Katakan saya dapat buat perempuan jadi kekasih, pasti mereka cepat bosan melayan kerenah saya yang jenis tidak sosialis sangat.

“jum la keluar”, kata dia.

“Malas la saya. Mo duduk rumah hari ni.” Kata saya.

“ada wayang baru, sembelih-sembelih orang. Jum pegi tengok.” Kata dia.

“aik, ganas betul? Takda yang romantic lucu-lucu ka, yang ada kiss kiss ka, animasi ka. Shrek baru ada ka?” soal saya pula.

“takdak pula la. Eii…biarlah!” kata dia lalu merajuk.

“Ok la, jum keluar la kita.” Mula la saya memujuk.

“tapi saya tidak mau pegi galeri seni sana, sudah empat kali berturut-turut pegi sana. Bukan cantik pun lukisan yang saya tengok tu.” Kata dia.

“aish, sapa kata tidak cantik. Itu la seni.” Saya cuba pertahan.

“sama macam tu okestra yang dua jam tu. Nyenyak saya tidur yang last time kita pegi.” Kata dia pula.

“ok ok. Kalo tidak mau pegi tempat2 tu, kita pegi supermarket ja la. Beli barang buat kek. Saya ada jumpa resepi baru la.” Ajak saya pula.

“ko suka masak tapi tidak pernah jadi pun. Malas betul saya yang jadi tukang rasa.” Kata dia dengan sinis.

“Eksperimen la. Mesti mau buat banyak latihan baru la cepat pandai.” Saya lagi pertahan.

“suka hati la!” kata dia.

Haha. Dasat betul! Terpaksa la perempuan melayan kerenah pelik macam tu.

Mo attend kursus perkahwinan dulu ni, baru faham apa erti kahwin yang betul2. Jangan main hantam saja.

5 comments:

Anonymous said...

hahaha...it's typical for those laki yg bergelar "crocodile land" or watever crocodile they're.. hoho..

remsauce said...

betul-betul buaya darat.
macam dalam lagu ratu tu, lelaki buaya darat.

Anonymous said...

hahahaha

ada hal x penah berubah.hoi mon, pa kabar?

anyway,klu lelaki buaya darat..perempuan apa? sy terfikir pasal itik...hurm
.
.
.
.
itik darat?

-mary m-

remsauce said...

remon kabar baik
ada juga hal berubah
perempuan takda spesifik. sebab banyak gelaran yang aneh2 sudah diberi.

Anonymous said...

wow,yg benar?

-m.m-