Saturday, August 8, 2009

Tambah Jaringan kenalan

Wah!

Untuk beberapa waktu ini selama beberapa bulan projek di Bintulu, saya merasakan bahawa satu kemahiran saya telah membawa kepada pembentukan jaringan persahabatan yang erat bersama beberapa orang penting dalam projek ini.

Kebolehan saya bermain gitar bass elektrik telah menyatukan saya, si Quality Controller sebagai drummer, si Project Manager sebagai guitarist dan seorang lagi Supervisor sebagai guitar no. 1.
Dengan kebolehan saya memahami pattern bass rock dengan cepat, saya sebagai ahli yang paling muda terpaksa mengejar rentak mereka ini yang ternyata banyak terdedah kepada rock ‘zaman mereka’ seperti Iron Maiden, Scorpion, Ozzy Osbourne, May dan sebagainya. Mereka ini berumur dalam lingkungan hujung 20an dan awal 30an manakala saya pula pada awal 20an. Jangan salah sangka, saya ini tidak juga kurang hebatnya, di kalangan manusia yang terlibat dalam projek itu sajalah…

Saya memang suka pada muzik. Berjamming memang menjadi satu aktiviti yang saya suka lakukan.

Untung saya ada kemahiran yang pelik macam ini.

Talk about softskill…

People need me.

The best thing is, I have higher chances to get a work with a better designation in the future, of course with the help of these rock jammers!

No comments: