Friday, February 11, 2011

Dyslexia ( Lambat Belajar )

Kasihan sang budak.

Tak boleh membaca mengira.

Kerana kekurangan upaya dalam pembelajaran, menyebabkan mereka lambat untuk menyerap pendidikan di sekolah.

Ceritanya begini.

Anak buah saya satu orang, teramatlah bengapnya. Mengira dan membaca tidak tahu. Padahal tahun ini sudah masuk darjah empat. Dari rekod-rekod kedudukan kelas tahun-tahun sebelumnya, dia selalu dalam kedudukan akhir tercorot. Disebabkan hal itu, dia selalu dipermainkan dan digelar macam-macam nama yang menyakitkan hati oleh rakan-rakannya di sekolah.

Baru-baru ini, dia jatuh sakit. Entah macammana mereka ibubapa sang budak ini mengambil inisiatif untuk membuat pemeriksaan mata. Mungkin atas saranan doktor, lalu mereka bertindak sedemikian rupa. Sang budak ini sebenarnya, apabila menonton television, dia akan mengecilkan matanya seperti kelakuan kebiasaan orang semasa 'meneropong' atau 'mengecam' suatu benda. Mungkin doktor mengesyaki hal ini ada kaitan dengan mata yang rosak.

Ternyata apabila dikaji selidik matanya disebuah kedai cermin mata menggunakan alat phoropter ( instrument tengok tahap rosak mata ), dia sebenarnya rabun!

Kini, dia lebih yakin, kerana pengelihatannya telah ditambah baik oleh kaca mata. Mana mungkin dapat belajar disekolah jika tidak dapat melihat apa-apa yang ditulis di depan kelas? Rupa-rupanya, selama ini dia bengap kerana rabun, bukan kerana kurang upaya belajar.

Wahai para ibubapa, belajar dan perhatikan anak anda yang lambat belajar. Mereka yang rabun dari kecil tidak tahu apakah maksud pengelihatan yang baik, kerana mereka sangka pengelihatan adalah pada takat itu sahaja. Walaupun mereka sebenarnya terlepas melihat dunia dengan pandangan lebih jelas.

No comments: