Friday, April 19, 2013

Parallel World - Craftsmanship

Craftsmanship

I highly value this pineapple structure which is so beautifully crafted by someone. If we go back to the past, all the way to Ancient Rome or Ancient Egypt time, this guy will be treated highly above the farmer and builder class. This structure easily spotted in Tamparuli at the roundabout entering Ranau highway. 

I praise this dude for his or her craftsmanship. I mean checkout the details. They're great.  

Giant Pineapple

Roundabout (Old Kota Belud Road-Tamparuli-KK-Ranau)

Wednesday, April 17, 2013

Lain Dunia

Biar Betik?

Betul ka tidak ni kan. Itu jam tahun 2012 saya kencing ditandas awam Ranau sambil melihat keluar tingkap untuk menenangkan pikiran kusut. Dari itu, saya pun terlihat pohon gergasi ini. Saya pun cepat-cepat ambil keluar telefon bimbit dan mengambil gambar penemuan ini. 

Baru-baru ni awal April 2013, pemandangan ketika saya kencing sudah berbeza, kerana pohon ini sudah tiada. Mungkin sudah ditebang agaknya. 

Terus-terang cakap, memang saya tidak pernah lihat pohon betik sebegini besar dan serupa dalam filem-filem dinosour. Kau lihat gambar, kau nilai sendiri.

Zoom masuk gambar ada betik.

Zoom keluar gambar, keseluruhan pohon yang bercabang-cabang bagai.
 Topeng Muka

Ini gambar adalah percubaan untuk membuat penyamaran menggunakan topeng kain. Sangat jelas sebenarnya penyamar berada disebalik kerusi plastik. Terlalu spontan untuk kau lakonkan.


Tidak kelihatan
 Telefon Awam

Jika dibuat cerita pendek "AKU SEBUAH TELEFON AWAM", memang ramai orang akan menangis, atau tidak. Mungkin tidaklah sesedih perantau-perantau tegar masa lepas. Tiadalah caranya hendak berhubung, melainkan menggunakan khidmat ini, ataupun surat menyurat. Sekarang, nasibnya tidak terbela, terbiar buruk lapuk dalam panas dan hujan. Namun jasamu tetap dikenang.


Jasa dikenang

Sunday, April 14, 2013

Panorama Tuaran

Panorama Tuaran

Gambar pertama ini diambil di padang Majlis Daerah Tuaran. Pertama kali lalu jalan kecil ditepi sana, bayangan lain mula menyelinap masuk memberikan saya persepsi bahawa, pepohon ini berdoa kepada suatu kepercayaan dalam dunia. Ini kerana kedudukan mereka seperti berdiri dan menghadap ke arah sama sambil tangan tapak bertemu tapak. Unik bukan, tidak lama lagi sedap la para plagiat mau copy paste tanpa bagi kredit asal link dan sebagainya. Hehe.


Gambar kedua pula diambil pada mendung petang di Pulau Gandang, Tuaran. Lokasi ini sememangnya tempat orang pergi memancing. Gambar ini istimewa buat saya kerana ketika inilah saya pertama kali menggunakan joran dan berlatih membuang umpan ke laut. Baling punya baling, tidaklah saya menjadi mahir. Akhirnya simpan joran dekat stor tidak berguna hinggalah hari ini.


"kat laut mana boleh guna umpan cacing"

"kenapa pula? owh, cacing kecut ya"

"Bukan! Ikan kat laut layan seafood saja".

Friday, April 12, 2013

Banjir Jalan Raya Telipok

Banjir Jalan Raya Telipok

Ini adalah antara bencana yang terhasil daripada pembangunan kawasan perumahan flat sekitar sini. Kadar pengaliran air hujan tidak dapat ditampung oleh longkang akhirnya melimpah keluar ke jalan raya. Dahulu, kawasan ini sekitar jalan ini memang rendah, oleh itu air dengan mudah keluar dan berkampung ditempat lain.  

Apabila pembangunan sudah mengambil tempat, kawasan rendah ditimbus dengan tanah sebagai tapak pembangunan flat. Akhirnya, ia menyusahkan saya duduk menunggu sejam dua dalam trafik menunggu air surut. 

Mungkin ada tiga kali saya terkena situasi ini. 

Pertama, nak hantar adik ke sekolah asrama di MRSM Kinarut. Petang itu hujan lebat, dan esok nak buka sekolah. Kami telah tersangkut didalam trafik selama sejam lebih kereta sesak nak naik Kota Kinabalu tetapi jalan putus sebentar. 

Lagi kali kedua dan ketiga, tengah seronok bawa kereta laju-laju balik kerja dari Kota Kinabalu, tiba-tiba mula perlahan di Telipok dan berhenti sepenuhnya sejam menunggu air surut. Sesudah sedikit surut, air diredah dan pelbagai pemandangan pelik berlaku disekitar, seperti GEN2 tenggelam air masuk longkang besar, kemalangan kereta langgar belakang dan kereta naik pembahagi jalan. 

Hujan sikit da mau banjir, foto jadi bukti.




Wednesday, April 10, 2013

Penunggu Kecil Tg. Lipat

Penunggu Kecil Tg. Lipat

Tanjung Lipat merupakan sebuah kawasan yang sudah dinaiktaraf sejak beberapa tahun lepas untuk menjadikan ia sebagai sebuah lokasi rehat, berkelah, rekreasi dan beriadah yang sesuai  untuk semua golongan masysarakat. 

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kecacatan yang menggugat kesenangan pengguna di situ. Kanak-kanak kecil dalam deretan gambar-gambar berikut menjadi bukti kepada kegiatan meminta sedekah yang berleluasa sekian lama bermula dari bandar Kota Kinabalu kini merebak ke tempat-tempat awam. 

Saya pernah berikrar untuk tidak mengaitkan bangsa dan agama, tetapi di sini saya terpaksa umumkan bahawa mereka ini anak-anak pendatang tanpa izin Filipina. Jika hendak dikaitkan dengan insiden Lahad Datu baru-baru ini, memang parah benar isu Projek IC dan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Ketika gambar-gambar  ini diambil, saya juga didatangi kumpulan mereka ini mengetuk cermin tingkap kereta dan meminta wang sedekah. Saya tahu peraturan ini : " Jangan diberi, jika tidak mereka datang meminta lebih ramai lagi." 

Kebenaran peraturan itu? 100% benar. Pada tahun 2006 lepas, saya ada beri beberapa sen kepada seorang budak PATI peminta sedekah. Akhirnya dia datang lagi dengan lebih ramai kakitangan. Terpaksa jalan laju-laju tidak layan.







Sunday, April 7, 2013

Sandakan Dari Kanta Kamera Handphone Aku

Tokong Puu Jih Shih

Ini tokong terletak di atas bukit yang curam. Jika hendak naik, memang ampus la rasanya kepada mereka yang tidak biasa dengan aktiviti fizikal. Pertama kali sampai sini, memang terasa nyaman udaranya tetapi pemandangan laut terbentang luas lebih menggamit jiwa. Bagus juga feng-shui tempat ini, boleh melihat matahari terbit setiap hari dari horizon laut timur. 

Antara lain, ini tokong memang tempat orang Buddha sembahyang, jadi tidak sesuai jika hendak membuat kotor atau perkara sembarangan di sekitar sini. Walaubagaimanapun, saya amat suka kepada kepelbagaian warna terang dan berkilauan di dalam tokong ini. 

Tokong Puu Jih Shih
Taman Peringatan Sandakan

Taman ini seperti namanya, peringatan kepada generasi baru akan susah perit hidup para askar ketika zaman pendudukan Jepun dahulu. Ada banyak informasi berkaitan taman ini bersarang dalam laman sesawang maya  jika anda benar-benar mahu mengetahui lebih lanjut.

Apa yang saya ada di sini ialah cuma kepelikan yang menarik tertangkap oleh mata kepala lalu rakam ke lensa telefon bimbit untuk perkongsian bersama. Sila cari kaki garuda.

Kaki Garuda Taman Peringatan Sandakan

Lapangan Terbang Sandakan

Tiada apa yang lebih menarik selain daripada struktur binaan bumbung bangunan yang kelihatan begitu rapi dari pandangan dalam. Lihat kuasa pengulangan struktur I-beam tersusun sehingga ke hujungnya berdinding gelas kaca berwarna warni. Sekurang-kurangnya menarik kepada saya jika kamu tidak kisah.

Selebihnya cumalah gambar kafe / kantin / restoren tipikal yang ada pada setiap lapangan terbang. Namun, disini penumpang boleh sendiri melihat pesawat mereka mendarat datang atau berangkat pergi kerana dinding kaca secara langsung menghala ke arah lapangan mendarat. Tapi, tiadalah ekslusifnya kerana setiap lapangan terbang juga lebih kurang sama pemandangannya.

Bumbung / Siling Lapangan Terbang Sandakan

Sambil makan menunggu

Boleh lihat menerusi tingkap

Boleh lihat menerusi tingkap