Sunday, April 7, 2013

Sandakan Dari Kanta Kamera Handphone Aku

Tokong Puu Jih Shih

Ini tokong terletak di atas bukit yang curam. Jika hendak naik, memang ampus la rasanya kepada mereka yang tidak biasa dengan aktiviti fizikal. Pertama kali sampai sini, memang terasa nyaman udaranya tetapi pemandangan laut terbentang luas lebih menggamit jiwa. Bagus juga feng-shui tempat ini, boleh melihat matahari terbit setiap hari dari horizon laut timur. 

Antara lain, ini tokong memang tempat orang Buddha sembahyang, jadi tidak sesuai jika hendak membuat kotor atau perkara sembarangan di sekitar sini. Walaubagaimanapun, saya amat suka kepada kepelbagaian warna terang dan berkilauan di dalam tokong ini. 

Tokong Puu Jih Shih
Taman Peringatan Sandakan

Taman ini seperti namanya, peringatan kepada generasi baru akan susah perit hidup para askar ketika zaman pendudukan Jepun dahulu. Ada banyak informasi berkaitan taman ini bersarang dalam laman sesawang maya  jika anda benar-benar mahu mengetahui lebih lanjut.

Apa yang saya ada di sini ialah cuma kepelikan yang menarik tertangkap oleh mata kepala lalu rakam ke lensa telefon bimbit untuk perkongsian bersama. Sila cari kaki garuda.

Kaki Garuda Taman Peringatan Sandakan

Lapangan Terbang Sandakan

Tiada apa yang lebih menarik selain daripada struktur binaan bumbung bangunan yang kelihatan begitu rapi dari pandangan dalam. Lihat kuasa pengulangan struktur I-beam tersusun sehingga ke hujungnya berdinding gelas kaca berwarna warni. Sekurang-kurangnya menarik kepada saya jika kamu tidak kisah.

Selebihnya cumalah gambar kafe / kantin / restoren tipikal yang ada pada setiap lapangan terbang. Namun, disini penumpang boleh sendiri melihat pesawat mereka mendarat datang atau berangkat pergi kerana dinding kaca secara langsung menghala ke arah lapangan mendarat. Tapi, tiadalah ekslusifnya kerana setiap lapangan terbang juga lebih kurang sama pemandangannya.

Bumbung / Siling Lapangan Terbang Sandakan

Sambil makan menunggu

Boleh lihat menerusi tingkap

Boleh lihat menerusi tingkap

No comments: