Wednesday, April 10, 2013

Penunggu Kecil Tg. Lipat

Penunggu Kecil Tg. Lipat

Tanjung Lipat merupakan sebuah kawasan yang sudah dinaiktaraf sejak beberapa tahun lepas untuk menjadikan ia sebagai sebuah lokasi rehat, berkelah, rekreasi dan beriadah yang sesuai  untuk semua golongan masysarakat. 

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kecacatan yang menggugat kesenangan pengguna di situ. Kanak-kanak kecil dalam deretan gambar-gambar berikut menjadi bukti kepada kegiatan meminta sedekah yang berleluasa sekian lama bermula dari bandar Kota Kinabalu kini merebak ke tempat-tempat awam. 

Saya pernah berikrar untuk tidak mengaitkan bangsa dan agama, tetapi di sini saya terpaksa umumkan bahawa mereka ini anak-anak pendatang tanpa izin Filipina. Jika hendak dikaitkan dengan insiden Lahad Datu baru-baru ini, memang parah benar isu Projek IC dan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Ketika gambar-gambar  ini diambil, saya juga didatangi kumpulan mereka ini mengetuk cermin tingkap kereta dan meminta wang sedekah. Saya tahu peraturan ini : " Jangan diberi, jika tidak mereka datang meminta lebih ramai lagi." 

Kebenaran peraturan itu? 100% benar. Pada tahun 2006 lepas, saya ada beri beberapa sen kepada seorang budak PATI peminta sedekah. Akhirnya dia datang lagi dengan lebih ramai kakitangan. Terpaksa jalan laju-laju tidak layan.







No comments: