Thursday, April 24, 2008

Drama kemenangan (part i)

Mimpi itu misteri
penipu dan penuh pembohongan
namun juga mencetus pengharapan
maukah kau mengubah dunia?
mampukah kau mengubah dunia?

Mimpi itu misteri

kau boleh melayang

dan membuat semua berhasil

baik atau ngeri



Mimpi itu misteri


serupa penari dalam jubah hitam


menari tanpa lenggok


dan tujuan


membuatkanmu keliru antara realiti dan fantasi





Mimpi itu misteri



Ia datang dan pergi



dalam sedar dan tidak sedarmu



maukah kau mengubah dunia?



mampukah kau mengubah dunia?

[ciptaan RaymondJ]







Suasana menjadi sunyi tatkala malam menjelma. Ketika itu jam menunjukkan jam 8.30 malam. Kelihatan Remon sedang tidur kerana keletihan hari ini. Teman sebiliknya Haza sedang mengulangkaji pelajaran. Namun tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam mimpi Remon. Sesuatu yang mengerikan.





" Arggh!" Suasana hening dipecahkan oleh Remon. Dia terjaga dari mimpi paling buruk yang dialaminya. Dia bermimpi semua rakan-rakan termasuk dirinya sendiri akan menjadi korban dalam sebuah kemalangan. " Benar, semua akan mati!", jelasnya kepada Haza dengan nafas yang tidak cukup. "Saya tidak berbohong, benar semua akan mati!'', jelasnya berkali-kali kepada teman sebiliknya itu. " Kita semua bersama dalam lawatan, dan semua akan mati!", tegasnya lagi.






Dia kelihatan bingung dan tidak tenteram.





Haza tidak bersetuju. " Remon oh Remon, itu semua hanyalah mainan mimpi la. Semua perkara pun boleh berlaku. Jangan pikir sangat la tu. Lekas bersiap. Kita ada kelas lepas ni.", kata Haza sebelum keluar dari bilik. " Oit, pegi mandi la," katanya dari sebalik pintu lagi.




Di dalam kelas, suasana adalah sama seperti biasa. Pensyarah mengumumkan tarikh untuk mengadakan kuiz dan ujian. Pelajar mencatat setiap butiran sama seperti biasa. Kehidupan tipikal pelajar universiti. Hari yang bosan buat semua pelajar kecuali Remon. Mimpi yang dialami hari itu benar-benar menggigit pangkal hatinya.










BERSAMBUNG...








Drama Kemenangan Rm200 (Part ii)

Mimpi yang di alami terbawa-bawa ke dalam kelas. Remon tidak dapat memberikan tumpuan ketika di dalam kelas. Semua perkara dalam fikirannya hanya satu. Dia mesti menyelamatkan semua orang.




Setelah selesai waktu kelas, pensyarah pula memberikan cadangan lawatan sebagai aktiviti sosial sebagai penutup semester itu. Memandangkan tidak banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang semester itu, semua pelajar kelihatan sangat berminat untuk menyertai lawatan ini. Ketika itu, Remon sudah berdebar-debar.

Remon merasa sangat tidak tenteram memikirkan tentang lawatan yang di cadangkan oleh pensyarahnya itu. Semuanya serupa sama seperti apa yang telah dimimpikannya sebelum ini. Setiap perkataan itu sama. Destinasi lawatan juga sama. Dan yang mungkin menjadi kenyataan ialah kenderaan yang akan mereka naiki akan terbalik dan menyebabkan semua terkorban. Dia sangat tidak tenteram.


Remon menemui Haza yang duduk di belakang kelas. "Haza, tolonglah! Kita semua akan mati! Kita jangan pergi! Kita batalkan saja!", sebutan setiap perkataan itu sangat bercelaru dan tidak jelas. Dia sangat tidak mahu melalui sama seperti apa yang terjadi dalam mimpinya. "Remon,
kita bercakap hal ini kemudian ok?", Haza cuba menenangkan Remon. Tetapi kali ini Remon tidak tahan, lalu dia menjerit sekuat hatinya. Dikeluarkan semua yang terpendam. Seluruh kelas tersentak, "Apa yang terjadi?". Remon mula menerangkan perihal mimpinya dan naluri 6ixth sense yang ada padanya. Dia sangat bersungguh-sungguh.


Namun,
Seluruh kelas mentertawakan niat suci yang ditunjukkan oleh Remon. Tiada sesiapa yang cuba percaya akan kata-kata seorang lelaki yang cuba menyelamatkan rakan-rakannya. " Aiseh, kalau kita pergi ke lawatan tu, pasti seronok woo..", seloroh Adan sambil disambut gelak ketawa kelasnya. " Banyak awek ooo", sambungya lagi. Jang si pemarah yang dari tadi melihat, akhirnya sudah tidak tahan dan melaungkan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati Remon. " Kamu ni bodoh Remon! Memang lelaki dayus tak guna!", jerit Jang sambil menggenggam penumbuk.




Remon terasa tercabar kerana pendapatnya dipermainkan. Dia mula menjadi ganas dan cuba menyerang Jang. "Benar! Jika kita semua pergi ke lawatan itu, kita semua akan mati! Bas akan terbalik dan dan perkara yang tinggal hanyalah memori buruk! Kamu semua cuba dengar!!", jerit Remon sambil cuba melepasi Syukri dan Adan. Suasana menjadi sangat kelam kabut.






Jang tidak bersetuju dengan kewujudan naluri 6ixth sense. " Itu semua pembohongan! Tipu! Hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya dengan kata-kata karutmu itu!" Jang menjerit sekuat hati lalu bergegas keluar dari kelas. Hatinya masih panas. Dia tidak menyangka kewujudan kekarutan yang di ungkit Remon.





Selepas semua orang beredar sambil menggelengkan kepala kerana tidak percaya dengan ketaksuban seorang manusia kepada 6ixth sense, Haza sebagai teman sebilik datang mententeramkan Remon. " Kamu ok?", Haza bertanya dengan suaranya yang sedikit melegakan. " Saya tidak mampu menahan semua sebak dan kekalutan ini Haza. Sy sangat bingung!'' rintih Remon. "Saya faham. Tapi saya kena pergi ke kelas sekarang. Kalau kamu ada apa-apa masalah, beritahu saya ok?", katanya sebelum beredar pergi.




Suasana menjadi sangat sepi. Yang berbunyi hanyalah kekalutan. Kekalutan tentang dunia. Kekalutan tentang rakan-rakan. Kekalutan atas kejadian yang tidak pasti. Sangat kusut. Semuanya tidak kabur, tetapi sangat kusut.





Dalam kekalutan fikiran, dia dengan pantas mengeluarkan pil yang tersimpan di dalam poket bajunya. Dan dengan pantas dia menelan semua pil itu. Dia sudah sangat tidak berupaya memilih untuk hidup. Semua yang terjadi membuatkan dia sangat bercelaru.




Dia terjatuh ke lantai dalam usaha memuntahkan semua pil-pil itu. Namun dia sudah dilumpuhkan. Dengan pantas kesan itu merebak ke seluruh badannya. Dia mengelupur kesakitan.





Di atas lantai dia berbaring, menghela nafas-nafas terakhir. Nampaknya kesan pil yang ditelan dengan pantas melumpuhkan saraf dan keupayaannya. Dalam saat-saat nazak itu dia memohon maaf kepada semua. Dia sudah tidak mampu menangani ini semua. "Ampunkan daku sayang..." Dadanya tidak lagi bergerak. Semuanya sudah berakhir..


Surat yg di tulis oleh si raymond sebelum membunuh diri. Akhirnya telah memilih untuk meninggalkan dunia kerana tidak tahan dengan kebolehan 6ixth sense itu. [ banyak salah grammar, berabis kata sy ni estupido. orang laen tulis, ciss... ]





Kami berjaya mendapat tempat ke 2 dalam drama ni. Sy pula dapat anugerah khas Pelakon Terbaik. Cehh..untung la dpt RM 50.

Kenangan bersama kelas BMM ( Bachelor Mechanical Engineering).











Apa tafsiran Leonardo Da Vinci?

The Last Supper

Dalam lukisan2 yang banyak dihasilkan, Leonardo Da Vinci telah menyampaikan banyak mesej yg tersembunyi tetapi tidak dapat ditafsirkan dengan betul oleh orang2 pada abad ini. Kita mengatakan bahawa dia sangat bijak kerana memiliki kebolehan dalam banyak perkara terutama dalam hal2 yang berkaitan seni, imaginasi dan kreativiti.

Monalisa


Dalam lukisan karya Monalisa pula, lukisan ini menunjukkan sifat misteri si wanita dalam gambar itu. Lihat sahaja gaya senyumannya yang tidak dapat ditafsir, samada dia sedang senyum atau tidak. Telah banyak tafsiran yang cuba disampaikan oleh generasi moden pada ketika ini yang kemungkinan benar atau tidak. Jadi kemungkinan jika si Leonardo masih hidup, dia pasti mengungkai banyak misteri yang aneh dan pelik2. Sy cuma mau dia tafsir satu gambar untuk saya sahaja. yang di bawah ini.

Cuba teka?
Sy cuma mau tau apa tafsiran senyuman lelaki yang dalam gambar diatas tu kalau menurut si Leonardo. Sy rasa lelaki dalam gambar itu senyum gumbira owh..tenguk lama2 buat saya seram pula. HAHA..