Setelah selesai waktu kelas, pensyarah pula memberikan cadangan lawatan sebagai aktiviti sosial sebagai penutup semester itu. Memandangkan tidak banyak aktiviti yang telah dilakukan sepanjang semester itu, semua pelajar kelihatan sangat berminat untuk menyertai lawatan ini. Ketika itu, Remon sudah berdebar-debar.
Remon merasa sangat tidak tenteram memikirkan tentang lawatan yang di cadangkan oleh pensyarahnya itu. Semuanya serupa sama seperti apa yang telah dimimpikannya sebelum ini. Setiap perkataan itu sama. Destinasi lawatan juga sama. Dan yang mungkin menjadi kenyataan ialah kenderaan yang akan mereka naiki akan terbalik dan menyebabkan semua terkorban. Dia sangat tidak tenteram.
Remon menemui Haza yang duduk di belakang kelas. "Haza, tolonglah! Kita semua akan mati! Kita jangan pergi! Kita batalkan saja!", sebutan setiap perkataan itu sangat bercelaru dan tidak jelas. Dia sangat tidak mahu melalui sama seperti apa yang terjadi dalam mimpinya. "Remon,
kita bercakap hal ini kemudian ok?", Haza cuba menenangkan Remon. Tetapi kali ini Remon tidak tahan, lalu dia menjerit sekuat hatinya. Dikeluarkan semua yang terpendam. Seluruh kelas tersentak, "Apa yang terjadi?". Remon mula menerangkan perihal mimpinya dan naluri 6ixth sense yang ada padanya. Dia sangat bersungguh-sungguh.

Namun,
Seluruh kelas mentertawakan niat suci yang ditunjukkan oleh Remon. Tiada sesiapa yang cuba percaya akan kata-kata seorang lelaki yang cuba menyelamatkan rakan-rakannya. " Aiseh, kalau kita pergi ke lawatan tu, pasti seronok woo..", seloroh Adan sambil disambut gelak ketawa kelasnya. " Banyak awek ooo", sambungya lagi. Jang si pemarah yang dari tadi melihat, akhirnya sudah tidak tahan dan melaungkan perkataan-perkataan yang menyakitkan hati Remon. " Kamu ni bodoh Remon! Memang lelaki dayus tak guna!", jerit Jang sambil menggenggam penumbuk.
Remon terasa tercabar kerana pendapatnya dipermainkan. Dia mula menjadi ganas dan cuba menyerang Jang. "Benar! Jika kita semua pergi ke lawatan itu, kita semua akan mati! Bas akan terbalik dan dan perkara yang tinggal hanyalah memori buruk! Kamu semua cuba dengar!!", jerit Remon sambil cuba melepasi Syukri dan Adan. Suasana menjadi sangat kelam kabut.
Jang tidak bersetuju dengan kewujudan naluri 6ixth sense. " Itu semua pembohongan! Tipu! Hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya dengan kata-kata karutmu itu!" Jang menjerit sekuat hati lalu bergegas keluar dari kelas. Hatinya masih panas. Dia tidak menyangka kewujudan kekarutan yang di ungkit Remon.

Selepas semua orang beredar sambil menggelengkan kepala kerana tidak percaya dengan ketaksuban seorang manusia kepada 6ixth sense, Haza sebagai teman sebilik datang mententeramkan Remon. " Kamu ok?", Haza bertanya dengan suaranya yang sedikit melegakan. " Saya tidak mampu menahan semua sebak dan kekalutan ini Haza. Sy sangat bingung!'' rintih Remon. "Saya faham. Tapi saya kena pergi ke kelas sekarang. Kalau kamu ada apa-apa masalah, beritahu saya ok?", katanya sebelum beredar pergi.
Suasana menjadi sangat sepi. Yang berbunyi hanyalah kekalutan. Kekalutan tentang dunia. Kekalutan tentang rakan-rakan. Kekalutan atas kejadian yang tidak pasti. Sangat kusut. Semuanya tidak kabur, tetapi sangat kusut.
Dalam kekalutan fikiran, dia dengan pantas mengeluarkan pil yang tersimpan di dalam poket bajunya. Dan dengan pantas dia menelan semua pil itu. Dia sudah sangat tidak berupaya memilih untuk hidup. Semua yang terjadi membuatkan dia sangat bercelaru.
Dia terjatuh ke lantai dalam usaha memuntahkan semua pil-pil itu. Namun dia sudah dilumpuhkan. Dengan pantas kesan itu merebak ke seluruh badannya. Dia mengelupur kesakitan.
Di atas lantai dia berbaring, menghela nafas-nafas terakhir. Nampaknya kesan pil yang ditelan dengan pantas melumpuhkan saraf dan keupayaannya. Dalam saat-saat nazak itu dia memohon maaf kepada semua. Dia sudah tidak mampu menangani ini semua. "Ampunkan daku sayang..." Dadanya tidak lagi bergerak. Semuanya sudah berakhir..

Surat yg di tulis oleh si raymond sebelum membunuh diri. Akhirnya telah memilih untuk meninggalkan dunia kerana tidak tahan dengan kebolehan 6ixth sense itu. [ banyak salah grammar, berabis kata sy ni estupido. orang laen tulis, ciss... ]
Kami berjaya mendapat tempat ke 2 dalam drama ni. Sy pula dapat anugerah khas Pelakon Terbaik. Cehh..untung la dpt RM 50.
Kenangan bersama kelas BMM ( Bachelor Mechanical Engineering).

No comments:
Post a Comment