Mimpi itu misteri
penipu dan penuh pembohongan
namun juga mencetus pengharapan
maukah kau mengubah dunia?
mampukah kau mengubah dunia?
Mimpi itu misteri
kau boleh melayang
dan membuat semua berhasil
baik atau ngeri
Mimpi itu misteri
serupa penari dalam jubah hitam
menari tanpa lenggok
dan tujuan
membuatkanmu keliru antara realiti dan fantasi
Mimpi itu misteri
Ia datang dan pergi
dalam sedar dan tidak sedarmu
maukah kau mengubah dunia?
mampukah kau mengubah dunia?
[ciptaan RaymondJ]
Suasana menjadi sunyi tatkala malam menjelma. Ketika itu jam menunjukkan jam 8.30 malam. Kelihatan Remon sedang tidur kerana keletihan hari ini. Teman sebiliknya Haza sedang mengulangkaji pelajaran. Namun tiada siapa yang tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam mimpi Remon. Sesuatu yang mengerikan.
" Arggh!" Suasana hening dipecahkan oleh Remon. Dia terjaga dari mimpi paling buruk yang dialaminya. Dia bermimpi semua rakan-rakan termasuk dirinya sendiri akan menjadi korban dalam sebuah kemalangan. " Benar, semua akan mati!", jelasnya kepada Haza dengan nafas yang tidak cukup. "Saya tidak berbohong, benar semua akan mati!'', jelasnya berkali-kali kepada teman sebiliknya itu. " Kita semua bersama dalam lawatan, dan semua akan mati!", tegasnya lagi.
Dia kelihatan bingung dan tidak tenteram.
Haza tidak bersetuju. " Remon oh Remon, itu semua hanyalah mainan mimpi la. Semua perkara pun boleh berlaku. Jangan pikir sangat la tu. Lekas bersiap. Kita ada kelas lepas ni.", kata Haza sebelum keluar dari bilik. " Oit, pegi mandi la," katanya dari sebalik pintu lagi.
Di dalam kelas, suasana adalah sama seperti biasa. Pensyarah mengumumkan tarikh untuk mengadakan kuiz dan ujian. Pelajar mencatat setiap butiran sama seperti biasa. Kehidupan tipikal pelajar universiti. Hari yang bosan buat semua pelajar kecuali Remon. Mimpi yang dialami hari itu benar-benar menggigit pangkal hatinya.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment