Ganjil dan aneh.
Kenapa banyak orang Sabah yang saya kenal menjadi guru @ cikgu @ pensyarah??
Saya punya kawan di Kiulu, jadi cikgu. Jiran saya suma jadi cikgu, bapanya, emaknya, anaknya lelaki perempuan jadi cikgu. Kawan saya ambil TESL mo jadi cikgu. Ada lagi orang kampung sebelah masuk Maktab Gaya mau jadi cikgu. Ada lagi kawan-kawan graduan yang ambil KPLI jadi cikgu. Ada juga yang sudah bekerja pun ambil KPLI jadi cikgu. Ada yang da kerja, pegi jadi pensyarah di Politeknik. Ada juga yang ambil kursus pendidikan di UMS jadi cikgu. Ada juga yang keluar negara, lepas tu balik sini ajar di sekolah swasta. Saya sendiri pun semasa tingkatan lima Bonda bilang, “ Lebih baik ko masuk maktab jadi cikgu”.
Ganjil dan aneh.
Kenapa banyak orang Sabah yang saya kenal menjadi nurse @ jururawat ??
Saya punya kawan dari Kiulu ambil kursus Nursing di Pahang jadi nurse di Institut Jantung Negara. Ada jiran saya yang anaknya ambil nursing di Johor. Ada yang pegi Melaka. Ada yang di Kota Kinabalu saja. Ada yang di Kuala Lumpur. Saya sendiri bilang kepada sepupu perempuan saya, “ Lebih baik ko ambil Nursing, boleh kawin doktor.”
Saya berpendapat bahawa di Sabah, memang ternyata tidak banyak variasi pekerjaan. Apa tidak jadi negeri paling miskin. Bandar yang ada paling banyak pekerjaan ialah di Kota Kinabalu sahaja. Orang Sandakan, orang Lahad Datu, orang Tawau, orang Kudat suma mengapply kerja di Kota Kinabalu. Bandar Kota Kinabalu menjadi sangat sesak dengan kenderaan-kenderaan. Tempat parking akan cepat penuh. Ramai orang malas pegi berurusan di Kota Kinabalu kerana hal ini, tiada parking.
Banyak kerja yang ada cumalah kerja yang biasa, iaitu kerja-kerja yang tidak memerlukan ijazah tinggi-tinggi. Kalau ada kerja yang memerlukan kelulusan universiti, tempat-tempat ini sudah direbut oleh orang-orang bukan bumiputera. Memandangkan kekosongan tempat kerja adalah jarang, maka peluang merebut sangat tipis.
Senang cakap, macam inilah.
Ada syarikat di Sabah. Pengeluar gam, adhesive, dan bahan kimia kayu. Mo buat produk itu, mesti guna ‘shipping’ dari Sarawak, Semenanjung M’sia dan negara jiran. Kos bahan itu sangat murah. Kos ‘shipping’ or pengangkutan sangat mahal. Bila da hantar pegi kilang, boleh la proses jadi produk-produk tersebut. Mo jual produk itu, target bukan untuk negeri Sabah saja, tapi juga negeri lain dan negara-negara jiran. Kos pengangkutan sangat mahal. Kesimpulannya, bila kos buat dan kos hantar tinggi, duit untung jadi sikit. Kalo duit untung sikit, bermaksud, syarikat itu tidak kaya. Bila syarikat itu tidak kaya, maka, gaji pekerja juga tidak besar. Bila gaji tidak besar, ramai la yang memikir untuk jadi cikgu à gaji tetap, tidak pening kepala sangat, banyak cuti.
Mo salahkan siapa la juga. Kedudukan tidak strategik buat syarikat yang banyak mengangkut barang. Kalo buat Headquarters di Sabah, pun ada kos perhubungan, telefon, faks, pos bungkusan dan sebagainya.
Kerajaan pusat sendiri nampak kelemahan Sabah ini sebagai tempat industri pembuatan. Kerana kos pengangkutan itulah. Sebab tu la mau jadikan Sabah tempat orang bertani. Tapi tidak semua orang akan mau bertani. Kemudian Kerajaan Pusat buat Sabah Koridor di kawasan Sepangar kasi senang hati orang Sabah. Tapi memang tiada banyak industri yang muncul di sana. Kerana tidak banyak untung boleh buat. Kerana kos pengangkutan itulah.
Sabah semakin miskin.
Ternyata, kerja-kerja yang paling bagus yang ada di Sabah cumalah menjadi cikgu @ guru @ pensyarah atau nurse @ jururawat.
Jadi la macam saya. “ Willing to travel”.
No comments:
Post a Comment