Saturday, January 31, 2009

Demokrasi

Serius:Demokrasi

Seorang konservatif berkata, “Saya tidak kisah la negara kita ni sudah jauh moden, sebab saya akan tetap kepada cara tradisional, mengamalkan nilai ketimuran, patuh kepada kepercayaan saya dan berpegang teguh kepada prinsip hidup saya, termasuk no sex before marriage”.
Seorang religious berkata, “ Walaupun kita ada banyak kepercayaan dalam masyarakat kita, tapi saya bersetuju bahawa setiap agama itu mengamalkan tunjang yang serupa, seperti, berbuat baik dibalas baik, percaya kepada rencana Tuhan, dan seharusnya mengikut ajaran yang digariskan”.

Seorang liberal berkata, “ Saya suka dengan pemikiran orang yang lebih terbuka dan bebas. Mengenakan pakaian yang seksi tidak salah, berkahwin dengan jantina yang sama tidak juga salah, kerana kami tidak kacau orang lain pun. Walaupun kami buat perkara-perkara yang tidak disenangi umum, kami tidak kacau orang pun. Kami tidak buat jenayah bunuh orang ka apa ka. Sendiri mau ingat la.”

Seorang patriotik berkata, “ Saya agak berbangga dengan pencapaian negara kita ketika ini. Tapi bila sebut perihal pendatang asing yang merampas peluang pekerjaan di negara ini, betul2 buat saya sakit jiwa. Tindakan menhantar mereka pulang ke negara asal adalah sesuatu yang berhasil. Lebih baik jika tingkatkan kawalan tentera di setiap sempadan negara ini, supaya kemasukan pendatang ini dapat kita halang. I love my country.”

Seorang kapitalis berkata, “ Saya sangat bersetuju dengan prinsip ‘rajin berusaha pasti berjaya’. Kenapa tidak guna peluang-peluang yang ada untuk mencapai kejayaan, tapi menunggu bantuan dari kerajaan semata-mata? Kejayaan tidak datang bergolek. Gunakanlah semua sumber yang ada untuk berjaya. Tipu sikit2 pun bolehlah untuk mencapai kejayaan. Sendiri punya tau.”
Seorang sosialis berkata, “ Kamu tahukah kenapa wujud jurang perbezaan yang sangat besar diantara orang kaya dengan orang miskin? Bayangkan la, menteri-menteri atau orang-orang berpangkat punya income tu melebihi keperluan mereka. Kamu faham2 saja la,perbelanjaan seorang menteri yang pergi buat lawatan sosial di suatu lokasi sepenuhnya di tanggung, dalam bentuk elaun? Income rm10,000 maintain setiap bulan, tapi ada elaun perjalanan la, elaun hotel la, elaun makan la, dan banyak rupa elaun lagi. Apa salahnya beri sket pendapatan beri pada orang miskin.”

Seorang environmentalis berkata, “ Saya kurang senang dengan pembukaan tanah2 baru untuk tujuan pembangunan. Hancur kita punya hutan. Habis suma haiwan liar. Air sungai pun abis tercemar. Saya juga tidak setuju dengan pembinaan empangan-empangan hidro, sebab air empangan akan membanjiri hutan dan menenggelamkan darat tempat tinggal flora dan fauna. Kita simpan la alam ini untuk generasi akan datang.”



Bayangkan la, menjadi seorang ahli politik untuk menyenangkan hati semua orang. Bila kita perkenalkan suatu polisi baru, pasti ada pihak yang tidak senang hati.

Polisi 1: Beri kebenaran waktu operasi pusat hiburan dipanjangkan.
Orang konsevatif mengamuk.
Orang religious mengamuk.
Orang liberal suka.

Polisi2: Status ‘pulau bebas cukai’ di tarik balik.
Orang liberal mengamuk.
Orang kapitalis mengamuk.
Orang konservatif suka.
Orang religious suka.

Polisi3: kebenaran teroka hutan dara bagi tujuan pembangunan.
Environmentalis mengamuk.
Orang konservatif mengamuk.
Orang kapitalis suka.

Polisi4: Tingkatkan sekuriti disempadan utk halang kemasukan pendatang asing.
Orang patriotic suka.
Orang sosialis mengamuk.
Orang kapitalis mengamuk.

No comments: