Music dan orang?
Perbezaan psikologi manusia ni agak mudah juga kita mau terangkan. Banyak hal yang kita boleh tengok dan bandingkan dan menilai pemikiran seseorang. Salah satu cara yang paling simple ialah melalui music.
Disclaimer/ Penafian:
Sebelum saya merapu lebih banyak, artikel ini merupakan idea atau pandangan saya sahaja, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sahaja. Sendiri punya tau mau percaya atau tidak!
Musik Disko/Club
Orang-orang yang minat pada beat ini merupakan orang yang paling simple minded. Kita boleh kata dorang ini easy going, tidak kisah pada banyak hal, cepat buat keputusan tanpa pikir panjang2. Ya atau tidak saja. Jarang pikir baik buruk suatu keputusan. Dorang ni selalunya pikir moden juga, suka design futuristic la apa la. Contohnya, suka kereta sporty, rumah yang bersegi-segi penuh cermin, aksesori yang moden-moden dan berkilat-lilauan.
Music Pop/ Balada
Peminat-peminat lagu-lagu macam nyayian Innuendo ka Anuar Zain ka, selalunya orang yang berjiwa jiwang. Dorang ni manusia yang banyak pikir juga. Orang macam ni banyak menenangkan diri dengar lagu-lagu yang tenang.
Hip Hop / Rap
Kalau mengikut nature lagu-lagu hiphop atau rap, music yang dimainkan tidaklah terlalu komplikated tapi lebih mengutamakan vocal atau kata2 si penyanyi. Pengikut2 lagu ni selalunya simple, tapi selalunya mempunyai prinsip tersendiri, berdasarkan kecenderungan jenis hiphop atau rap yang mereka dengarkan. Banyak kata2 yang disebut penyanyi rap hiphop itu berunsur nasihat, atau rasa amarah, atau kekecewaan mereka sendiri. Biasanya pengikut2 lagu ini juga pandai menari dan rapping.
Emo
Lagu-lagu emo ni selalu saja dikaitkan dengan lagu-lagu dan personaliti yang penuh kekecewaan. Banyak orang ternyata penuh rasa penyesalan, kekeliruan dan kesedihan, namun mereka ingin hati mereka didengari. Maka terciptala luahan-luahan rasa amarah, jerit2 yang dasat pada lagu-lagu emo. Paham2 saja la orang yang suka duduk belakang tabir, tapi berusaha meluahan perasaan mereka. Terjadi la lagu macam ni.
Punk / Ska
Penggemar lagu-lagu ni pula bersifat berani dan kadang2 menyakitkan jiwa orang tua mereka. Suka lawan cakap, keras kepala, degil, kadang2 suka menunjuk-nunjuk dan suka menjadi center of the universe. Boleh kata dorang ni juga ada nature easy going, tidak pikir panjang, happy2 belaka. Suka duduk depan tabir.
Reggae
Reggae punya sifat ternyata lebih oldies. Sebab lagu ini lebih slow, dan lagu-lagu guna instrument yang simple-simple saja. Boleh kata, dari reggae baru la wujud ska. Reggae ,ska, punk ni boleh kata anak beranak. Lagu-lagu ni suma banyak guna kod major saja, yang bila dimainkan, bunyi music tu jadi happy saja. Reggae membuat suasana jadi lebih ringan dan selesa didengari.
Jazz
Jazz yang berkembang di Western mempunyai nature yang lagi dasat. Jazz memang bermula mudah. Tapi bila ia mula develop jadi macam2 jenis jazz, menjadi banyak susah mau paham pula. Ada yang focus pada unik vocal. Ada yang focus kepada kod yang lebih blues dan banyak guna kod major seven, yang lagi tenang pun ada, yang bikin bingung pun ada. Memandangkan music ni lebih membingungkan, boleh kata nature manusia-manusia yang gemar pada jazz ini, lebih matang. Ia juga menenangkan, romantic juga kadang-kadang, biasanya orang yang gemar jazz ni juga orang yang faham music.
Metal
Orang yang nyaris-nyaris gila selalu suka layan kepala batu metal. Ada guna jerit-jerit, sebab sedap mo marah orang tanpa sebab. Kalo boleh, pengikut-pengikut metal tidak akan dengar cakap orang langsung. Ini dunia dia woo.
Gothic
Ini punya jenis orang pun pelik juga. Ada sesuatu kebingungan dalam pikiran dia. Ini music banyak guna bunyi koir atau guna bunyi string dengan efek gema. Kod yang digunakan pun selalunya kod-kod minor yang lebih buat suasana jadi aneh. Biasanya orang gothic ada sifat yang lebih spiritual, ataupun sifat mau orang mendekat kepada kepercayaan dia, melalui cara yang tidak disedari oleh pendengar. Ada unsur2 sadistic kepada manusia-manusia gothic, contohnya, kalo mo jahanamkan kehidupan seseorang, dia mau pastikan orang itu betul2 jatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Mereka ini juga tidak suka muncul dalam suasana keramaian tapi suka menyendiri danberfikir perkara2 aneh. Boleh kata, orang-orang ni paling psiko.
Okestra/Choir/Pancaragam
Orang-orang yang menghayati lagu-lagu macam ini la yang paling komplikated! Biasanya orang-orang yang paham dengan okestra ialah pemain-pemain music sendiri. Orang yang hidup dia jarang melibatkan diri dengan music, selalunya tidak faham mengapa wujudnya benda macam Philharmonik Petronas, atau mengapa seorang konduktor okestra di sanjung tinggi. Ada berberapa perkara yang unik pada okestra: satu, jumlah pemain yang ramai, dua, pembahagian part2 tertentu untuk instruments ter tentu, tiga, gabungan kod-kod yang begitu merdu, bass note+ piano note+ violin note+ percussion lagi> tiap satu guna kod yang berbeza tapi output tetap merdu. Memang komplikated!
No comments:
Post a Comment