Saturday, January 31, 2009

Salasak

Salasak

Dalam permainan gong tradisional di negeri Sabah, ada banyak panggilan yang kita beri kepada setiap beat gong tertentu. Yang paling senang kita beri nama beat itu berdasarkan jenis tarian dia, seperti beat sumazau untuk tarian sumazau, beat sumayau untuk sumayau, beat monggigol untuk monggigol dan sebagainya.

Melalui laman web kebudayaan dan kesenian Malaysia, saya ada berjaya memuat turun sejumlah lagu tradisional untuk negeri Sabah, yang banyak bercirikan permainan set gong, gendang dan kulintangan kaum-kaum petani,dan juga permainan musik kaum-kaum nelayan.
Dalam senarai lagu-lagu itu, ada beberapa yang saya sudah familiar atau sudah biasa dengar cara permainan beat dia. Yang paling common ialah beat sumayau, memandangkan saya ni Lotud. Kemudian ada beat sumazau.

Beat sumazau menurut pengalaman saya, adalah berbeza di banyak tempat dan daerah. Tarian sumazau memang sama, iaitu lelaki dan perempuan menari dalam beberapa formasi ciptaan sendiri dengan mengekalkan pergerakan (apa mau panggil tu? Naik turun ka? Henjut-henjut? Loncat-loncat?) mengikut beat gong.

Kalo dari lagu yang saya muat turun tu, beat yang kena guna ialah beat sumazau Penampang. Sebenarnya ada lagi beat sumazau yang tidak terdaftar dalam pendengaran rakyat setempat. Kalo ada festival kebudayaan, barulah kita sedar cara pukulan gong ada banyak dan pelik-pelik belaka.

Ada beat sumazau Tenghilan.
Ada beat sumazau Kiulu.
Ada beat sumazau Kota Marudu.
Ada beat sumazau Ranau .
Dan macam-macam lagi.

Biasanya, pukulan gong yang paling kecil, iaitu nombor satu, selalu saja sama dalam banyak daerah. Tapi yang membezakan beat dalam banyak daerah ialah pukulan gong kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh, kemudian beza pukulan beat gendang lagi
Kamu mau tau apa yang paling dasat?

Ada juga beat gong yang bukan sumazau.

Banyak orang dari daerah lain-lain akan bermain gong menurut beat tersendiri dan memberi nama khas kepada beat itu. Selalunya, beat-beat gong ini tidak besertakan tarian, sebab itu la ia tidak dikenali orang luar dari daerah tersebut.

Di kampong saya dan kawasan sekitarnya, as far as I know, ada bermain satu jenis beat gong yang diberi nama khas sebagai Salasak.

Salasak melibatkan penggunaan satu set gendang, set gong 6 atau 7, dan satu set kulintangan. Beat yang dimainkan memang rancak kerana peranan gendang yang menambah bunyi rancak. Saya boleh kata beat salasak adalah jenis trance rancak. Tiada tarian yang boleh digambarkan untuk beat ini, kecuali gambaran dua orang pendekar yang sedang bertarung. Bunyi beat salasak adalah jenis rancak dan keras dan tidak sesuai untuk tarian yang lembut-lembut. Memang bunyi untuk orang bertarung la.

Oleh kerana beat salasak tiada tarian khas, mungkin beat ini tidak akan kekal lama lagi. Jarang sudah ada orang kisah untuk belajar main gong.

Secara amnya, dalam permainan gong, kita perlu tahu beat setiap gong dari nombor satu sehingga gong ke berapa . Macam belajar musik la, ada part mau pukul, ada part mau rest, dan setiap gong guna their own beat. Main gong ni perlu ada teamwork, sebab kadang-kadang it consists of 9 members. Satu main gendang, 7 main gong, satu lagi kulintangan. Suma jaga beat masing-masing. Ada part kita saja-saja kasi laju beat, tapi semua orang pandai laju beat juga sebab jiwa dia sudah bersatu dengan beat yang diaorang main. Lepas tu kita kasi slow beat, suma orang pun pandai slow beat juga.

Percaya atau tidak? Orang sabah punya gong guna kod E macam Orang Ulu punya sape yang guna kod D.

No comments: