Monday, January 19, 2009

Telur

Telur

Ada suatu hari, semasa saya p makan di kedai cina, saya order mee goring. Saya minta tambah telur goreng satu. Lepas siap makan, saya ready mo bayar la.

“ amoi, tulung kira.” Beritau saya.

“ mee goreng, milo ping,…” kata dia.

“telur berapa?” dia tunjuk pada saya.

Terkedu saya kejap.

Haih. Ini telur punya cerita betul2 isu sensitive buat lelaki. Dalam banyak perbualan lelaki, pasti selalu ada melibatkan perihal telur. Telur yang orang lelaki maksudkan ini bukan la telur sembarangan. Telur ajaib yang pasti membuatkan perbualan atau perbuatan lelaki yang menjadi kelucuan buat sesetengah orang. Bila lelaki sebut telur, ada beberapa kemungkinan saja yang wujud. Sama ada itu telur ayam, telur itik masin dan satu lagi ialah ‘nut in a sling’( menurut kata si Guru Pikta dalam filem the Love Guru).

“telur berapa?” tanya amoi lagi.

Saya perhati jari dia betul2. Rupa2nya dia tunjuk piring depan saya.

“owh, satu!” kata saya masih terkejut.

Dalam hati saya, “ nasib baik nda jawab dua tadi…, nnt bayar lebih pula.”

No comments: