Monday, February 16, 2009

Pendatang Tanpa Izin

Pendatang Tanpa Izin
Ada berita menyebut jumlah pendatang tanpa izin yang berada di pusat tahanan sementara di negeri Sabah dalam 20,000 orang.
Ramai betul tu.
Tiada pula berita yang sebut jumlah pendatang tanpa izin yang berjaya mendapatkan status kerakyatan Malaysia melalui cara tidak sah yang kemungkinan lebih 20,000 orang.
Apa la rakyat Sabah boleh buat dalam keadaan ini?
Pendatang2 tanpa izin ini banyak juga merupakan pelarian2 yang mahu menyelamatkan diri daripada kezaliman tempat mereka. Mereka melarikan diri daripada kedaifan. Mereka melarikan diri kerana keselamatan. Mereka melarikan diri daripada bermacam hal juga.
Bila sudah menjejak kaki di Sabah yang aman damai ini, mereka cepat mendapat tempat berteduh dan meneroka penempatan baru untuk masyarakat mereka. Lalu mereka ini juga menjadi penting dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah.
Orang Sabah mula cemas dan melaung-laungkan hak-hak mereka.
Mereka melaungkan ‘ketuanan orang sabah’, yang nampaknya tidak akan banyak berhasil seperti orang Melayu yang melaungkan ‘ketuanan Melayu’ di semenanjung.
Dan dasar apartheid mini di Malaysia akan berakhir dan mencontohi kes-kes di Amerika apabila kuasa-kuasa politik mula dipegang oleh bangsa-bangsa bukan tempatan.
Bersiaplah menghadapi kenyataan.

2 comments:

Anonymous said...

http://www.sabahkini.net
have u ever visit this site??

Anonymous said...

http://portal.ump.edu.my/ppa/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=74

find u soft skill grup..