Sunday, June 15, 2008

Kahwin kakak


My Sisters Wedding [Jonuen & Arlina]

Tarikh 26 April 2008, bersamaan pada hari Sabtu, merupakan sebuah hari yang sangat bermakna buat keluarga kami. Anak kedua dalam keluarga Joseph telah melangsungkan majlis perkahwinan meriah dihadiri seluruh penduduk kampung dan rakan-rakan terdekat kepada kedua pasangan ini.

Selesai misa pemberkatan kahwin kakak di Chapel St. John, Tuaran semua orang pun mau bertolak balik ke rumah untuk majlis makan tengahari di rumah pengantin perempuan. Sadis ba saya waktu tu, tiada tempat mo tumpang untuk balik rumah. Suma kereta penuh orang. Memang betul la sistem yang diorang pakai, penumpang kereta pergi dan balik adalah sama. Jadi, tiba-tiba saya ada, memanglah tiada tempat duduk. Ada juga la option yang pelik, iaitu saya pegi duduk belakang Hilux 4x4 sepupu. Pakai kot dan duduk kat belakang tu. Sadis ba saya. Penat direct dari Kuala Lumpur n rushing naik teksi selepas mendarat di KK, kemudian tiada pula dipikirkan kewujudan saya ni yang memerlukan satu tempat duduk kosong dalam mana-mana kenderaan sewaktu balik pada kemudian acara. [komplen]

Saya diamkan ja la. Then abang kasi pindah penumpang supaya saya boleh naik dia. Untung ada ruang lagi untuk saya.

Orang-orang di chapel telefon orang-orang yang membuat persiapan di rumah, mau tau air sudah naik ka belum. Malam sebelumnya ada hujan lebat, dan dikhuatiri banjir akan melanda. Uncle bilang sudah naik 2 cm kasi tenggelam jalanraya utama ke kampong. So kami orang terpaksa ikut jalan lain, dan terpaksa pusing jauh sikit la. Semasa memasuki jalanraya tepi sungai, memang terpaksa meredah air banjir yang sudah agak tinggi sedikit. Air sungai sudah melimpah sedikit ketika kami memasuki simpang pegi rumah pengantin merangkap rumah saya tu.

Semua hal berjalan lancar dan terpaksa dilajukan sedikit untuk berlumba dengan banjir yang sedikit demi sedikit menaiki tebing dan melarat ke rumah. Pada sekitar jam 2 petang, air sudah naik ke buku lali. Walaupun begitu, orang tetap ramai bersama-sama meredah air. Banyak makanan yang telah disediakan untuk semua orang. Bila saya round pegi dapur tengok, banyak sangat lauk pauk yang tersimpan untuk dijamah banyak orang. Tetamu yang hadir pada ketika itu dalam lingkungan 200 orang la juga. Tapi lauk memang sangat banyak. Bila saya tanya auntie, dia bilang dijangka tetamu yang hadir adalah 500 orang. Patutlah banyak sangat lauk. Tapi sayang, banjir telah menutup jalan-jalan untuk masuk ke kampung kami. Banyak juga panggilan telefon yang Bonda jawab, semuanya tetamu-tetamu yang tidak kesampaian mau menjejak kaki ke majlis itu.

“Banjir. Memang tiada jalan lain lagi. Apa boleh buat.”, itu ja Bonda mampu jawab.

Majlis tetap berjalan juga la hari tu. Orang tetap gumbira la berguyang dan menari seperti dusun tipikal. Pemain band yang disewa tu hari tetap bermain juga dengan rancak di tempat yang tinggi sedikit. Suma orang pun gumbira. Banyak yang mabuk, banyak yang kenyang dan banyak lagi la.

Esoknya pagi, air banjir sudah surut dengan laju. Ada la ramai orang yang datang kasi kerjakan pinggan mangkuk dan cuci periuk gelas dan semua sekali. Penutup periuk yang hanyut ke hulu semasa banjir menaik telah ditemui semula ketika ia menghilir pagi itu. Saya pula terpaksa la meringan tulang mencapai penyapu dan menyapu lumpur yang menutupi segenap lantai rumah ruang bawah. Kazen-kazen beraksi, kawan-kawan adik dari Politeknik KK juga membanting tulang sama membersih lumpur. Dalam jam 10 pagi tu, orang-orang dewasa mula bertindak membuka ‘meja mabuk’. Banyak benda lagi boleh diminum, banyak benda lagi boleh dimakan. Apalagi, beraksi hingga la ke petang.

Esoknya pagi lagi, bapa masak saki-baki daging dalam peti sejuk buat sup. Beberapa kawan Bapa dan Bonda datang, kemudian dari beberapa jadi ramai pula. Apalagi, beraksi la lagi hingga ke petang.

Esoknya lagi, ada lagi mereka datang sebab Bapa panggil. Apalagi, nda abis la aksi kalo belum malam. ‘Cecair mabuk’ belum abis ba.

Dalam 4 hari tu, saya memalu gong saja la. Ada set gong 6 biji dan satu set kulintangan yang dorang Bonda beli di Kudat khas untuk keramaian majlis kakak. Best ba main benda-benda tu. Jatuh cinta juga pada kulintangan.

No comments: