Whoa! Sudah Tahun 2009!
Haha! Selamat Tahun Baru 2009 semua.
Selepas menjalani tahun yang penuh kepahitan dan kesakitan dan kesedihan, kini tiba lagi satu tahun yang menjanjikan suatu pembaharuan buat saya dan anda semua.
Pada ini tahun saya berazam banyak hal.
Tapi azam yang paling utama ialah mencapai azam saya yang 1 tahun lepas tidak juga capai2.
Azam mengurangkan berat badan dan membentuk pinggul yang cantik serta pinggang yang ramping.
Pada tahun lepas, saya sekurang-kurangnya bercerita dan berkongsi impian ini kepada seseorang. Suatu permulaan yang baik. Pada pendapat saya, kalo kita ada suatu perkara yang kita mau jayakan, kita mesti kongsi kita punya cita-cita kepada orang yang dekat2 dengan kita, seboleh-bolehnya orang yang mau sokong cita-cita tu la.
Jangan pula pegi beritau orang2 yang mulut dia celupar dan cabul. Nanti suma orang tau dan mula kasi ketawa nanti. Ko paham2 la mulut dia tu yang pandai olah cerita.
“ ko tau ka si lelaki yang banyak ‘kelebihan’ tu. Dengar cakap dia mo kasi kurang berat badan konon. Mustahil kurang! Makan sudah la tambah 2 kali, lepas tu tidak pernah pegi berjoging ka apa ka. Haha! Jogging? Suruh dia bergolek la. Bulat macam bola. Lebih baik dia derma duit pegi Afrika kasi makan orang kebuluran daripada dia susah payah beli pil kasi kurus badan. Orang mau gumuk, dia mau kurus! Ceh!”
Dasyat kan orang yang bikin panas macam tu. Sebab tu la pilih orang yang tau sokong anda.
Dulu ada saya beritau kakak saya pasal hal berat badan ni. “ Gunakanla produk Alken!” kata dia pula, sambil membunyikan gaya iklan. Hmm..mentang2 ejen kosmetik sambilan.
“ko tiada orang mau monitor ba tu. Mesti mau ada orang sokong dan tolong kamu mencapai berat badan yang ideal.” Kata dia lagi. Ini yang baru betul.
So, kalo mau mencapai cita2 apa pun, minta sokongan orang yang betul, dia boleh tolong monitor pencapaian kamu.
Ada la saya sudah kongsi pada beberapa orang. Sudah juga berkurang yang lebih, tapi belum mencapai tahap, “lihat pinggang ku, rampingkan!” lagi la.
Pada ini tahun, saya mungkin akan mendaftar pegi gym kalo saya jumpa la. Ini kira planning fasa kedua la. Saya tidak juga rush mo kurus ka apa ka, sebab saya takut juga jadi terlalu ‘hot’ nanti perempuan sibuk mengurat buat saya tidak dapat bernafas pula. Mungkin tahun ini kurang lagi beberapa kilo.
Tengok la macam mana nanti. Boleh juga saya jadi pelakon Bollywood, ganti Salman Khan, yang bertubuh sasa tu. Tapi menari poco2 saja la kalo time part menyanyi tu.
4 comments:
accidentally terjumpa blog ko masa bertanya dgn uncle google.nick name sounds familiar..bila cek, memang betul la sangkaan sy
cuba post gambar ko...mo juga tgk 'kebesaran' ko..buat la gambar before and after nanti..
-oldskulmate-
yeah right..
'kebesaran' satu perkataan yang tepat.
before: bulat
after : bulat
jangan la mo post gambar. nnt tidak juga nampak kekurangan itu.
wow.masih di bintulu ka ni?update ba blog ko.ramai pula kamu yang bermaustatin di sarawak ni.
sma ni azam kita..xtcapai2 ni...
Post a Comment