penulis berita: remon j
Kuantan, 17 Feb: Satu kejadian ragut telah berlaku btempat di tempat makan bernama Restoran Sara Thai, yang mana melibatkan si jahanam peragut dan seorang lagi rakannya yang sedang menunggu di motosikal jenis kawasaki kalo aku nda silap la.Dalam kejadian yang berlaku tepat jam 3.20 petang itu, si jahanam peragut itu telah meragut beg tangan seorang pelanggan wanita yang sedang menikmati makan petang bersama seorang lagi temannya.Rasanya beg tangan itu terletak di atas meja makan sebelum di ragut. Akibatnya, si jahanam peragut yang dilihat dan aku sendiri lihat berlegar2 di kawasan itu, dengan mudah meragut dan melarikan diri bersama kawannya yang sedang menunggu.Yang sialnya lagi, semasa si buduh kawan si jahanam peragut tu baru mula memecut semasa sempat ku tengok, si jahanam peragut tu dah berabis selongkar beg tangan yang berjaya dilarikannya itu.Mcm kemaruk nak tengok duit dalam tu.Aku pun terus adrenalin rush. Apa nda rasa mrh, sudahla aku duduk lama tp takda orang ambil order makanku,ditambah lagi muka si jahanam peragut nda hensem langsung! "Harap2 kau buat pembedahan plastik dengan duit yang kau dapat tu, biar hensem mcm Johny depp,"detik hati marahku.
Sebagai saksi kejadian tu, sy pun mmg nda puas hati betul dengan sesetengah orang bodoh yang suka buat buduh. (Waw! Sy berjaya buat grammar baru, [noun; bodoh, adj; buduh].
Sebelum kejadian, sekitar jam 3 petang,sebenarnya sy dah tengok muka si lelaki tu sangat mencurigakan. Semasa sy lalu tempat tu dan pegi ke atm machine, adalah si jahanam tu dengan kawannya betul-betul depan restoran tu tengah survey kali. Lepas cucuk duit, diaorang da pindah pegi park kedai sebelah pula. Tapi si jahanam peragut tu masih termundar-mandir depan restoran tu. Sy berselisih dengan dia lagi. Mmg sial yang amat sangat muka dia ( nda hensem satu hal ) betul2 saya boleh rasa, dia nmpk sedikit cemas la. Selepas kami bselisih, sy tengok belakang lagi, di da ikut belakang sy pula, dlm jarak 2 meter la. Sial rasanya mcm dia mo tikam dari belakang ja rasa dengan muka kontrol cemasnya itu. Bila depan restoran, sy terus masuk p duduk.
Semasa tunggu orang ambil order, tiba2 dengar orang pompuan menjerit. Pekerja-pekerja restoran yang tengah nak ambil order mau pun sedang duduk mencuri tulang, kelihatan berlarian keluar cuba mengejar si jahanam peragut itu. Tp apakan daya, dia da naik atas motor. Motor pecut. Tp dia nda pakai helmet, mmg bahayakan diri ja pandu laju2 tanpa helmet.
Macam tu la kejadian. Ada juga usaha pekerja2 restoran tu ku tengok. Dorang pun naik motor juga dan memecut ikut arah yang sama. Tapi masuk balik ikut simpang yang lain pegi ambil helmet. Cheiss..
Jam 3.50 sy masih duduk di situ Sara Thai Restaurant. Masih mau makan juga. Order nasi goreng namprik pau ( nama dlm menu), tomyam seafood dgn nescafe ais. Makan sorang2 mestilah nda bkira. Sedap juga rasanya pada pendapat ku. Enak dan lazat. Jgn heran la ku membayar rm14, nama pun restoran.
Highlight of the story:
1. Jangan letak dompet ka, tas tangan ka, apa2 yang berharga di atas meja semasa makan. Kau da kenyang mana boleh lari.
2. Tatabahasa baru: orang bodoh buat buduh [noun; bodoh, adj; buduh ]
3. Utamakan keselamatan ketika memandu. Terutama yg naik motosikal, pakai helmet k.
4. Sara Thai Restaurant ni rasanya ada bnyk branch. Even pekerjanya pun ramai orang Thailand. Kap ja la. Harga standard restoran. Mmg sedap juga.
No comments:
Post a Comment