Tamu secara umumnya dikenali di Sabah sebagai tempat orang berniaga dan berdagang hasil pertanian, perladangan, dan juga menjual makanan-makanan tempatan. Untuk orang2 yang bukan Sabahan mungkin tidak mengerti apakah yang terlalu istimewa dengan penampilan pasar-pasar ini. Memang kewujudan tamu ini adalah tidak ubah seperti pasar malam yang diadakan di semenanjung Malaysia. Saya selalu juga pergi ke pasar malam di Gambang, Pahang, memang ramuan atau intipatinya adalah sama serupa iaitu, menjual makanan, baju2, seluar2, alat permainan kanak2, kaset2, sayur2, buah2, ikan daging dan segala macam rupa benda yang lain lagi.
Lorong-lorong yang sibuk
Saya cuma tahu sedikit perbezaan pada penampilan tamu dan pasar malam. Satu perbezaan yang paling ketara ialah, tamu diadakan pada siang hari, bermula dari pagi sehingga menjelang tengahari. Keseronokan membeli-belah barangan keperluan harian dari seawal pagi hari mungkin tidak dapat dibayangkan. Ada juga saya mendengar peniaga-peniaga akan bersiap seawal mungkin membuka gerai-gerai mereka, sebelum matahari mula terbit. Tujuannya adalah untuk mendapatkan tempat yang paling strategik bagi melariskan jualan mereka. Ada juga kes yang melibatkan rasa iri hati dikalangan peniaga kerana tapak yang mereka selalu gunakan direbut peniaga lain.
Tourists were spotted on that day
Satu benda yang seronok dalam tamu di Sabah ini ialah kerana kehadiran kepelbagaian kaum yang terlibat dalam aktiviti ini. Si penjual, si pembeli dan si pencuci mata adalah orang-orang yang berbilang kaum dan juga berbeza-beza latar belakang. Seperti yang kita maklum, Sabah merupakan negeri yang mempunyai suku kaum yang agak banyak, merangkumi bangsa yang bertani, bangsa penjual sehinggalah bangsa nelayan. Pada hari tamu sajalah kita dapat merasakan keistimewaan menjadi rakyat Malaysia, walaupun dalam perbezaan kaum, tetapi selalu tetap aman dan damai.
Berniaga kuih muih
Oleh kerana keistimewaan-keitimewaan ini, kerajaan Sabah telah menjadikan tamu sebagai suatu hari yang menarik, dan meletakkan tamu sebagai salah satu tarikan melawat Sabah. Untuk itu, hari-hari berbeza telah dijadualkan untuk hari menarik ini. Contohnya, Hari Ahad adalah untuk Tamu Tuaran dan Hari Rabu untuk Tamu Tamparuli. Sebenarnya, banyak hari lagi diperuntukan utuk tamu di tempat berbeza-beza, tetapi memandangkan saya cuma peka pada dua kawasan ini, maka ini sajalah yang saya tahu.
No comments:
Post a Comment