Hari ini, saya secara virtual menjelajah keluar ke jalanraya, dan membelok ke banyak simpang yang menjadi memori saya. Tapi yala, secara virtual, berpandukan wikimapia.org, saya menyusur di jalan-jalan yang pernah saya lalui.
Tempat bermula adalah dari rumah asal saya di Kg. Tinambak. Semasa dalam perjalanan keluar dari simpang kampung, saya telah memutuskan untuk membelok ke zaman kanak-kanak saya. Saya menyusur melalui Topokon dan Rongolis, untuk mencapai ke destinasi yang sebenarnya sangat jauh lagi. Melepasi Tenghilan kemudian melepasi Kota Belud. Dan selepas jauh berjalan, saya akhirnya tiba juga di destinasi pertama kehidupan saya, tempat saya membesar, iaitu perumahan Kilang Sawit Langkon.
Di tempat inilah saya belajar banyak perkara. Dan seingat saya, saya seorang yang agak bijak. Mungkin banyak perkara yang saya ingat itu seawal umur saya 4 tahun. Saya mengingat Bonda saya selalu bermain badminton disebuah gelanggang. Saya mengingat Bonda saya ketika itu masih muda dan bertenaga. Dan cantik juga.
Saya tidak tahu kekerapan saya ikut Bonda ke ladang kelapa sawit untuk mencari cendawan, tapi saya rasa saya selalu pergi. Saya ingat mencari cendawan yang tumbuh dari tandan sawit yang mereput. Dan saya ingat saya selalu hairan melihat lembu-lembu berkeliaran di dalam ladang sawit. Saya juga ingat dengan jelas pohon-pohon sawit itu masih mengeluarkan hasil dengan biji saga yang merah menyala.
Bapa selalu kata
" Banyak pengait di Langkon".
Ayat yang seram buat banyak orang. Pengait yang dikaitkan dengan perbuatan memotong kepala orang untuk dibuat persembahan kepada makhluk-makhluk aneh semasa membuat jambatan baru [ hantu, penunggu dan sebagainya]. Tapi sebenarnya hanya untuk menakutkan budak-budak, seperti saya yang suka merayau kerana hairan banyak perkara. Kata Bapa tidak salah, sebab memang banyak pengait di Langkon, tapi tukang kait tandan sawit la.
Saya juga ingat, saya selalu berjual sayur dari rumah ke rumah. Sayur sawi dan sayur bunga yang ditanam belakang rumah, kami jual dengan harga rm1 seikat menurut harga dulu-dulu la. Pelik pula diingat sekarang, umur saya ketika tu dalam 7 tahun. Bonda letak sayur-sayur tu dalam besen besar, kemudian samada abang, kakak atau saya akan berdua bergilir pegi menjual dari rumah ke rumah. Kami ketuk rumah jiran, lepas tu bila orang buka pintu, kami kata la kami jual sayur rm1 seikat. Ada orang beli, ada orang tidak. Tapi selalu orang beli la.
Saya ingat bermain dengan banyak budak-budak dari sekitar perumahan itu, dan rumah kami menjadi pusat bermain segala jenis permainan. Main rounders la apa nama dia, tapuk-tapuk, baling selipar, guli la, main bubut-bubut la, dan suma sekali jenis permainan yang anda tau, terutama korang yang membesar dengan permainan yang tidak moden. Ada sekali, budak-budak tiba-tiba riuh di halaman rumah, sebab ada kambing tengah mengejar atau mengamuk ka, tapi budak-budak lelaki suma tu suka la. Dikejar, dorang lari. Tidak dikejar dorang kacau. Saya turun la mo ikut. Tapi sekejap saja ditangkap sang kambing dan dirogol. Rupa-rupanya sang kambing itu tengah stim...mating season.Bapa yang dari tadi memantau budak-budak bermain dari beranda jadi superhero menerajang sang kambing. Saya satu orang menangis seram. Suma orang ketawa termasuk Bapa dan Bonda sekali. Zaman yang tiada komputer game, tv game ka apa ka,cuma sekali mungkin tahun 1991 ada tiba-tiba tv kami tertangkap siaran tv orang lain, game super mario, yang ternyata paling popular dulu-dulu. tapi jadi tukang tengok sajalah.
Super Mario Bros
Saya ingat saya membesar dengan bercakap bahasa Melayu, sebab perumahan tu ada banyak bangsa yang menetap, Rungus la, Dusun la, Bajau la, dan banyak jenis loghat lagi. Saya ingat juga saya pernah pergi tadika dihujung baris rumah kami. Dan saya ingat saya dengan rilek saja menghafal ABC tidak seperti budak-budak lain. Saya masih ingat juga kami makan bubur kacang dan mee goreng, selepas saya yang kasi doa, dalam doa cara Islam, tadah dua tangan kemudian saya tidak ingat apa yang saya cakap. Saya juga ingat, mengatakan mee goreng tu macam cacing, sengaja buat kawan saya geli, tapi akhirnya saya geli sendiri. Bijak membuduhkan diri sendiri.
Saya juga ada ingat beberapa budak perempuan yang minat saya. Orang lain suka tengok saya dan kasi pasang kami. Saya malu juga. Semasa masuk darjah satu, saya jadi rebutan tiga budak perempuan. Dua budak tu satu kelas dengan saya, sorang lagi kelas sebelah. Yang dua orang dalam kelas tu berebut mau duduk sebelah saya, saya malu sangat..pemalu la katakan. Malu blushing...aww. Sorang tarik tangan kiri dan sorang lagi tarik tangan kanan. Lepas tu saya tidak suka [malu miau..], saya pegi duduk tempat lain. Diaorang ikut juga, masing-masing tarik kerusi, duduk sebelah, sambil masing-masing peluk tangan kiri kanan saya sorang satu. Bila waktu rehat, budak perempuan yang kelas sebelah tu pula datang mo ikut berebut. Saya lari la. Suma kejar. Budak-budak yang lain suma ketawa tengok.
Saya ingat juga saya balik rumah minta duit rm10 buat buka buku akaun. Dan ingat cap jari saya diambil lekat pada buku BSN biru tu. Kalo tengok sekarang, cap jari tu kecil saja. Betapa saya budak waktu tu.Saya selalu membeli digerai luar semasa rehat,
"Bu', o Bu', saya mo bayar kerupuk ni".
Tapi sangat ramai budak yang berebut, kadang-kadang saya ambil ja kerupuk dan tidak bayar sebab malas tunggu. Saya juga ingat belajar menyanyi lagu Wawasan 2020, Sabah Tanah Airku semasa perhimpunan, ikut lagu yang dimainkan.
Dan akhirnya kami meninggalkan tempat itu, kerana berpindah. Saya memang tidak tahu sebut Tawau. Bila orang tanya pindah pegi mana, saya cuba cakap Tawau, tapi saya sebut benda lain2.
"Kamurang pindah pigi mana?"
"Kami pinda pigi Ta.."Dahi berkerut.
'' Tua..." Dahi masih berkerut.
'' Tau...'' Dahi tambah berkerut kemudian cepat-cepat lari cari Bonda.
''Tawau.." kata Bonda.
"oo..Kami pinda pigi Tuawau"Kata dengan jelas.
"Kami pindah pigi mana?" Saya pula tanya.
"Kamu pinda pigi Tawau la"
'' Tawau...'' Dahi tidak berkerut lagi. Tapi hati jadi sedih.
Akhirnya berpindah ke Tawau. Bersekolah di SK. Apas Balung.
Semasa tinggal di sana, kami bertukar rumah sekali. Mula-mula duduk di rumah baris hujung, seingat saya kami terus menanam sayur dan cuba menjual sayur, tapi ternyata tidak mendapat sambutan. Berkawan dengan orang2 yang bercakap loghat Indonesia, Gua= saya, Lu=kau, dan kepiting=ketam dan sebagainya. Mula mendengar lagu popular seperti Fiona nyanyian 4U2C, diuraikan sebagai empat ular dua cacing. Juga lagu dari KRU, kumpulan remaja utama kalo kami sebut.
Kemudian pindah ke rumah kedua, baris yang sama, cuma ke tengah sedikit dicelah banyak rumah. Ingat Bonda mengikut perlawanan Badminton dan menjadi Juara Beregu dengan kawan sekitar sana juga. Petang yang sama juga, saya pertama kali merasa air bandung, ketika membeli air dari gerai sekitar gelanggang badminton. Warnanya menarik kan, warna pink, jadi, terasalah mau cuba. Bila malam menjelma selepas penyampaian piala, ada orang mau ikut balik tumpang kereta kami sebab tiada pengangkutan. Saya tidak ingat berapa orang naik motokar SA7474 tu, tapi memang sangat pack, sebab saya ingat saya, adik saya dan anak orang tu, naik di bonet belakang sambil pura-pura rasa best, sebab Bapa kata best.
Teringat juga selalu berjalan dengan budak-budak yang tidak betul, pergi ke sungai berbatu dan mandi. Beberapa kali. Kadang-kadang ada bawa megi dan telur, masak di sana kemudian makan di sana. Umur dalam 7 tahun waktu tu. Kadang-kadang main dalam belukar tepi rumah, bertembak guna sejenis buah hutan yang kecil, dan macam-macam lagi.
Ada kes kehilangan ayam orang kampung, dan suatu hari telah berjaya menyelesaikan puzzle itu, dengan tertangkapnya seekor ular sawa yang sangat besarr... Kulit dilapah dan menatang itu dihapuskan. Ada benda macam kaki kecil bawah badan ular tu, tidak tahu apa benda itu. Bapa memegang kepala ular semasa orang menarik kulit ular itu, dan secara tidak sengaja terlepas kemudian gigi ular sawa itu tergores pada lengan Bapa. Dasat juga.
Ada anak jiran sebaya saya ketika itu, memiliki game nintendo, yang merupakan video game yang sangat menarik. Hari-hari pegi rumah dia mo main. Dia ada banyak mainan lain lagi, seperti LEGO, Robot dan sebagainya. Budak tu sangat manja sebenarnya. Orang tua dia pun layan juga. Budak tu minta beli macam-macam, dan dia mesti dapat punya la. Kalo tidak, dia merajuk macam-macam juga. Pernah dia menghilang dari rumah sebab tidak dipenuhi kehendak. Dasat.
Kami kemudian berpindah lagi. Saya pun pelik kenapa Bapa suka pindah2 kerja. Bonda kata, Bapa tidak suka di sana tempat kerja dia. Entah la.
Bapa berpindah masuk bekerja di Kilang Sabah Forest Industry di Sipitang. Kami sekeluarga juga berangkat dan menetap di perumahan yang berdekatan. Nama kawasan itu disebut Kg. Keling. Ya, seperti namanya, tempat tu memang banyak India lebih banyak daripada kawasan perumahan yang lain. Kemudian saya berpindah masuk ke SK. Padang Berempah. Ya, seperti namanya, tempat kawasan sekolah tu macam didirikan atas pasir yang agak putih. Tapi rasanya tidak mcm berempah. Rasa pasir tu macam rasa pasir. Saya teringat ketika ada rancangan makanan di sekolah, satu menu yang paling saya suka ialah, nasi lauk bawang besar sardin. Sedap juga woo.
Ketika itu, saya sudah dalam darjah 2 dan masih memegang status akademik dengan baik. Ada perkara yang paling saya tidak tahan ialah, bila tiada guru dalam kelas, pelajar kena suruh diam. Yg bikin panas tu, si pengawas kelas yang kena lantik dari kalangan kami tu, nda bole tahan tengok kami gumbira sket. Memang sh*t la. Bercakap sepatah haram pun kena tulis nama. Lepas tu, bila cikgu datang, dia bagi nama la. Lepas tu, dapat la rotan di tapak tangan. Selalu sy kena. Jahanam. Tapi saya rasa saya dalam kategori nakal ba juga. Ada satu kali, guru tiada macam biasa, si dia perempuan itu yang jadi pengawas itu, mo ugut saya mo tulis nama sebab saya main benda. Kalo korang tau itu origami katak tu, itu la saya buat. Saya main la en. katak tu, kasi tekan punggung kasi dia lompat. Lepas tu saya gumbira la. Lepas tu, tekan lagi punggung en. katak kasi diaa lompat. Lepas tu saya gumbira lagi. Tp itu suma dengan senyap saja. Akhirnya? Kena tulis nama dan dapat rotan la apalagi. Jahanam.
Lepas beberapa lama, akhirnya kami sekeluarga berpindah lagi sebab Bapa mo cari gaji yang tinggi sket mo tanggung kami suma ni. Kami pindah pegi Menggatal.
Tinggal ditanah baru teroka orang bukan tempatan. Sekolah d Sk. Gudon dari pertengahan darjah 3 sampai abis darjah 5. Jadi saya berkawan la dengan budak-budak bangsa Bugis dan Filipina yang illegal. Memang dasat juga, ada budak-budak tu yang memang cikgu nda tau mau buat apa sebab murid-murid tu illegal tiada status warganegara. Yg saya ingat, saya dapat Piala Murid Berpotensi Tahap Satu, semasa darjah tiga. Saya juga pertama kali mengikut pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris dan mendapat tempat ketiga berlawan sekolah lain. Ada juga yang saya tidak bersedia dan tidak hafal cerita tu, lepas tu saya stuck di atas pentas terdiam. Entah macam mana saya tamatkan cerita saya tu. Sy tidak ingat la pula.
Sebab rumah dibina dekat hutan, saya selalu pegi masuk hutan belukar sekitar rumah, dan merayau masuk pegi tengok apa benda yang ada dalam sana. Ada satu pokok mangga yang besar, dan berbuah lebat dan pernah juga kami orang pergi serbu ambil sebanyak mungkin. Ada satu kali kami pergi lagi untuk lawatan yang ke berapa kali, tapi pangkal pokok tu da ada diikat dengan kain kuning. Seram, kami tidak lagi pegi lepas tu.
Perumahan Indah Permai pada tahun 1995 masih tidak wujud. Saya ingat saya dan rakan-rakan selalu merayau atas property itu yang masih padang jarak padang tekukur. Ada suatu benda yang kami sebut sebagai Berlian, yang ternyata memenuhi tempat itu dan kami pungut banyak2. Benda itu serupa berlian, kerana ia jernih dan wujud dalam bentuk bersegi dan memang macam berlian. Entah apa benda itu sebenarnya.
Tepi padang jarak padang tekukur tu pula, ada satu rumah orang, yang kelihatan menarik kerana ada tanaman markisa yang meliar di pagar rumahnya. So, berkawan dengan budak-budak Filipina ni, membuatkan saya pun pandai mencuri markisa orang dan lari bila tuan rumah kejar dengan parang. Berkawan dengan budak Bugis pula kami baling sarang tebuan yang sangat besar ditepi sebuah telaga. Yang buduhnya, ada orang ambil air di telaga pun kami tidak peduli. Tebuan tidak peduli kan. Siapa yang dekat dengan sarang tebuan kena serang la apalagi. Lain orang baling, lain orang kena kejar.
Sampai suatu masa pada 25 Dis 1996, tragedi paling dasat melanda Sabah. Ribut Greg.
Bersambung...

2 comments:
rasanya saya sepatutnya ada dalam cerita ko ni, cuma cerita side B watak utama juga tau..
haha. sapa punya blog dia punya cerita la encik. oit! pening kepala ku cuba bikin ini busines plan.
Post a Comment