Thursday, May 1, 2008

Perbualan dengan Pak Cik Teksi

Kau orang tau kan itu hari saya pulang.

Pulang ke Sabah menghadiri wedding kakak.

Saya ambil bas jam 8.00 pm dari Kuantan.

Turun di Pekeliling sekitar 11.30 pm. Macam laju pula kalo bas malam.

Sy cari teksi. Naik seorang pakcik taxi. ataupun pakcik cab. [ taxi is known as cab in KL ]

Sy kata mau p KL Sentral. Dia kata boleh, tp bayar rm10.

Baru sy paham kenapa orang tidak naik dia, dia tidak guna meter.

Kerana rasa mau cepat, saya naik la dengan dia.

Kami pun bergerak la.



Dia tanya saya mau pegi mana.

Saya kata saya mau balik Sabah.

Dia tanya saya ni orang Sabah ka.

Saya kata ya.

Kemudian dia kata dia ada menantu dari Sabah.

Saya kata owhh.. lepas tu saya tanya orang mana.

Pakcik cab kata menantu dia orang Pulau Gaya.

Sy pelik la. Dalam pikiran saya ni, orang Pulau Gaya bukan penduduk yg original.

Menantu saya tu orang Filipina kata pakcik cab.

Sy owhh... lagi. Sebenarnya saya pelik juga cara pakcik ni bercakap. Dia punya cara bercakap bukan melayu yg selalu.

Kami terdiam sekejap.

Selepas beberapa ketika, kami sampai di KL sentral.

Saya lihat semua bas tidak ada da jam itu. Pukul 11.50 pm.

Pakcik cab suruh tanya siapa2 orang kat sana.

Saya turun la tanya kat polis kat pondok polis tu.

Saya tanya kalo ada bas lagi jam itu.

Encik polis kata tiada, suma bas ke LCCT bermula pada jm 3.15 am.

Saya rasa luarbiasa la. Sy pun membuat keputusan. Saya naik teksi itu saja la.

Saya tanya pakcik kalo dia mau hantar saya pegi LCCT.

Dia kata boleh la.

Macam biasa, saya tanya la berapa tambang ke LCCT.

Dia kata kalo siang hari tambang dalam rm80. kalo malam hari jadi la rm100.

Sy minta rm90. walaupun saya tau tambang rm100, tapi sy cuba minta kurang juga.

Nanti kita lalu tol lagi, kata si pakcik cab. lagipun hari malam dia kata.

Yala pakcik. Susah juga kalo da malam memandu saya kata la. Sy setuju la rm100.

Kami pun gerak lagi.




Saya tanya kalo pakcik tu tau ka di mana Zouk, tempat orang melayu clubbing.

Dia tanya saya mau pegi sana ka dulu.

Saya kata tidak la. Saya cuma tanya ja. Macam rasa buduh pula tanya benda pelik mcm tu, adalah sangat mustahil seorang pemandu teksi tidak tau tempat dan alamat.

Lepas beberapa minit, saya tanya la dia sudah berapa lama kerja taxi.

Sudah 24 tahun kata dia. Dulu dia pernah kerja buat kasut dia kata. Lepas tu pernah jual-jual. Dia buat macam2 lagi.

Saya tanya dia duduk mana.

Dia kata duduk d Gombak. Sama-sama menantu dia. Menantu dia sekarang main jual-jual kain baju di pasar malam dia kata. tapi sekarang susah sket mo menjual dia kata. barang kain baju jadi mahal dan terlalu banyak orang menjual kain baju. kalo dulu-dulu sekarung baju pembekal jual rm200, tp sekarang pembekal jual rm450 kata dia.

Saya tanya siapa yang kasi bekal.

Dia kata orang sekitar situ juga. Dia kata dua orang anaknya sudah kawen. Yang kawen orang Pulau Gaya dan seorang lagi kawen orang Perak. Anak yang ketiga dan seterusnya belum lagi. Yang start anak ketiga ini barulah lahir di Malaysia kata pakcik cab.

Lepas tu saya rasa makin pelik. Tp saya tau pakcik ni bukan orang melayu yang original. Jadi, saya tanya dia la siapa dia yang sebenarnya.

Dia kata dia orang Minang.

HUh saya kata. Orang Minang tu siapa lagi saya tanya.

Orang Padang kata dia lagi. Dari Indonesia. Kalao orang lain yang dengar orang Minang, pasti orang da tau itu orang Padang,Indonesia.

Masalahnya saya yang baru first time tjumpa dan terdengar cerita orang Minang ni.

Kemudian dia bercerita lagi. Dulu hidup di tempat asal dia sangat susah kata dia. Kemudian ketika itu, ramai orang mendengar kehebatan Malaysia sebagai tempat cari makan. Jadi sekitar tahun 80an ramai orang Indonesia berhijrah ke Malaysia. Pakcik cab kata dia bawa 2 orang anak dia juga.

Saya tanya pakcik cab lagi macam mana pegi Malaysia.

Dia kata naik tongkang la apa lagi. Dah la tongkang tu sempit, boleh pula sumbat ramai orang rungut dia. Dia kata mereka suma tunggu dekat jeti pada malam hari, sebelum disumbat naik tongkang tu.

Saya heran pula siapa yang punya tongkang tu.

Itu suma lanun yang punya tu kata pakcik cab. Mereka ambil bayaran dan hantar orang menyeberang selat melaka dan mendarat di suatu tempat.

Sy pun owh.. sajala. Macam tu pula pakcik saya kata.

Pakcik cab sambung cerita lagi. Lepas mendarat tu ada trak polis masuk. Trak polis ini la yang tolong angkut suma pendatang baru ni pegi ke mana-mana penempatan yang mereka diberikan.

Trak polis. OWHH...saya kata lagi. memang tiada guna punya penyamaran. Sindiket yang menjengkelkan.

Dia pun bekerja la di Malaysia mengumpul wang sebanyak yang mampu dan akhirnya berhasil membawa isterinya ke Malaysia juga kata pakcik cab. Sekarang mereka sudah ada status penduduk tetap kata pakcik cab.

Penduduk tetap. ISH3..dalam kepala otakku.

Ada lagi cerita kami tu tapi malas da ku tulis di sini.

Akhirnya sy sampai d LCCT pada 1.40 am. Sy p mcDonald lagi. Lepas tu duduk termenung, berangan berjam2. Lepas tu jam 3.50 am p cofee bean minum black kopi yang sangat pahit tiada rasa lain. LCCt mula bernyawa da masa tu. Mula ramai orang. Lepas berjaya check-in, jam 5.00 am p la balai berlepas. Ada sy jumpa schoolmate, saya punya junior. Seperti yang saya expect, orang mesti akan kata saya makin besar. Saya tau la. Nda payah bagitau banyak kali.

kemudian naik kapal terbang.

Duduk sebelah sumandak cantik. Tp minat saya pada satu perkara ja. TIDUR. Bila saya terbuka mata ja, bila jeling sebelah, sumandak tu buka cermin dan bmekap. Tepuk-tepuk bedak. Belek2 muka. Sy tidur lagi balik. Sebelum tertidur,sy tertengok cantik juga pemandangan subuh bertukar menjadi siang dalam kapal terbang. Kalo sy duduk sebelah tingkap tu, mesti sy renung tengok awan lama2. Masalahnya saya duduk tepi lorong. Ada sekali ku buka mata, punggung si air hostess betul2 depan muka saya. Dia tengah tunduk ambil benda dari troli jualan dia tu. Si sumandak sebelah minta mi maggi.

Tensen betul dengar dia makan. Mcm nda sesuai ba, ko paham2 ja la kalo sumandak lawa.

Slurp...slurp..slurp..bunyi dia. Haha.

Saya mcm malu trus sambung tido lagi. Bila ku buka mata lagi, dia da siap makan, lepas tu buka cermin, buat dia punya gincu, lepas tu tepuk2 bedak lagi. Hantam la kau sumandak.

Akhirnya saya mendarat d kk jm 9.20 am. Lepas dapat beg, ambil kupon taxi rm60 pegi tuaran dari terminal 2.

Korang tau la kan, kalo naik taxi ni, mesti pemandu teksi sangat banyak benda mau bualkan.

Kebetulan waktu tu saya da pakai kot saya. Sy tanya khabar Sabah la. Dia kata ada banjir di Telipok sehari sebelum saya sampai KK. Dia kata sebab tempat tu rendah, tapi dulu2 mmg nda pernah banjir. Itu semua di sebabkan oleh kawasan perumahan yang baru dibina tidak menghiraukan sistem saliran yang baik. Dia kata lagi walaupun orang ramai da minta pada YB kawasan tu tolong selesaikan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat, tp tetap tiada tindakan yang diambil. Start sebut YB, kami mula la crita perihal politik dari KK sampai la Tuaran.

Kami crita perihal babi d selangor.

kami cerita perihal politik di sabah.

kami cerita perihal parlimen.

Kami crita perihal Mahathir Muhamad dan anak dia.

Kami crita perihal kemenangan BN di sabah sarawak.

sy crita perihal perhimpunan BERSIH dan HINDRAF. tp dia nda tau, sebab mmg tiada cara media cetakan mo siarkan benda2 ni.

Dan banyak benda politik lagi.

40 minit dalam teksi, akhirnya sampai di Chapel St. John, Tuaran.

Timing saya bagus, sebab masa sy sampai baru start Misa Perkahwinan. So demikianlah.

Nnt sy buat entry untuk wedding kakak pula. Yang dasat.

No comments: